4 Novel Seram Pilihan Sepanjang 2024 Yang Wajib Anda Baca!


Bahan bacaan atau novel bergenre seram begitu mendapat tempat di kalangan pembaca. Tidak hanya tontonan malahan melalui bahan bacaan juga cukup memberi impak yang besar dalam industri pembukuan dalam negara ini.

Tinjaun di dalam Tiktok khususnya bagi bacaan buku seram pilihan menarik perhatian RS. Ini melibatkan seorang influencer review bahan bacaan iaitu Rainy Rose yang cukup membantu para penggemar buku untuk membuat pilihan yang tempat.

Semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2024 lalu, Rainy Rose memberi petunjuk atau rekomendasi kepada pengggemar agar memilih bacaan yang terbaik. Namun semua itu adalah menurut pandangan beliau yang ingin membantu pembaca memilih.

Di sini RS senaraikan 4 novel pilihannya yang boleh pembaca manfaatkan. Ia disenaraikan mengikut apa yang telah Rainy Rose sarankan kepada korang:


1. Senjata Iblis

Novel atau buku terbitan Karya Publika ini menggabungkan tiga penulis dengan tiga cerita yang berlainan di dalam satu naskah.

KERIS ITU AKAN KU TUSUK DI ATAS KUBURAN WANITA YANG MATI DIBUNUH! KAU AKAN MERASAI KEKAYAAN USAI SELESAI UPACARAKU... 

PUAKA KERAMBIT - NURHARYATI ISHAK ANDING 
"Roarrrr!!!" makhluk itu membuka mulut luas-luas mengeluarkan suaranya yang sangat kuat. Bergema seluruh alam hutan. Kerambit di tangan Anding terus dihayun. Sipi-sipi kerambit di tangannya mengenai kulit pipi makhluk itu. la mengaum. dengan kuat menampakkan gigi taringnya yang panjang. Gerakannya bermula. la menerkam ke arah Anding membuatkan tubuh Anding tersandar ke batang pokok. RISKA - "Datang kepada aku kalau kau inginkan aku." 

KERIS PAWANG HITAM - LOKI DAECHWITA 
"Masakan keris dapat memberikan aku kemewahan.." riak wajah Lokman seperti tidak percaya. Senyuman sinis seakan mengejek mula terukir di bibirnya. "Keris itu akan ku tusuk di atas kuburan wanita yang mati dibunuh! Kau akan merasai kekayaan usai selesai upacaraku Tok Pawang Hitam bersuara keras, sambil matanya melirik pada Lokman yang sudah pucat lesi mendengar penjelasannya. 

DAMPING KESUMAT - RASHID SALIM 
"Angkara dengki? Khianat?" Fiza mengangguk. Dia merenung ke dalam mata lelaki itu. "Siapa yang sanggup buat saya begini?" - ZUL HARIS. Zul Haris berasa sangat kecewa terhadap apa yang diusahakan selama ini hampir musnah. Sungguh dia tidak tahu, kerana dalam diam ada yang berniat jahat terhadapnya.


2. Rumah Kabilah Jin

Selepas Tok Guru Rahman meninggal dunia, Ustaz Ukasyah dan Ustaz Baihaqi menggalas tanggungjawab menguruskan maahad tahfiz tok guru mereka. Malangnya, mereka terpaksa mencari sebuah rumah baharu selepas diminta untuk berpindah. 

Usaha pencarian dua ustaz muda itu menemukan mereka dengan sebuah rumah agam yang terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Rumah yang terpisah daripada masyarakat setempat malah dijauhi oleh orang kampung. 

"Ladang ni berpenunggu,ustaz, Rumah putih yang ustaz duduk tu pulak, rumah jin!" - Lokman 

"Dengarnya, ada mayat tercampak atas pokok kelapa sawit. Peliknya, keadaan mayat tu kecut tak ubah macam buah kelapa sawit bila kering - CikSiah 

Awalnya, mereka memilih untuk bertahan tetapi selepas gangguan, rasukan dan penampakan makhluk menakutkan dialami oleh pelajar-pelajar tahfiz itu, mereka mulai menimbang semula keputusan yang dibuat. 

"Kau nak kata rumah ni jin yang bina?" - Ustaz Ukasyah 

Selamatkah sekumpulan pelajar tahfiz itu untuk terus bertahan tinggal di situ walau hanya untuk satu malam lagi? Dapatkah dua ustaz muda itu melindungi pelajar-pelajar mereka? 

"Insya-Allah, pertolongan Allah itu sangat dekat." - Ustaz Baihaqi



3. Siri Aku Bercerita : Perempuan Busana Merah

Mukmin ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di sebuah rumah agam di daerah pergunungan Kundasang. Seorang perempuan berbusana merah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali Mukmin telah terperangkap di dalam rumah itu. Pertemuan misteri di antara mereka mengundang bencana. 

Perempuan busana merah minta segera dikeluarkan dari rumah itu. Apabila berjaya dibawa keluar, Mukmin terjebak dalam bencana yang lebih dahsyat. Berjayakah Mukmin mengharungi cabaran dan misteri bersama perempuan busana merah itu?


4. Puaka Lembah Perasing

PERASING, satu kawasan yang menjadi tumpuan pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.

Jauh di dalam hutan Perasing, pernah wujud sebuah perkampungan yang terletak di kawasan yang dikelilingi bukit dan tanah tinggi. Perkampungan Melayu itu aman dan damai sehinggalah munculnya satu makhluk yang menaruh dendam terhadap seseorang di kawasan lembah itu. Satu demi satu kematian mengerikan terjadi!

“Perkampungan yang tidak ada manusia di dalamnya. Mereka hilang tanpa jejak. Seperti hilangnya kabus yang kita lihat sekarang ini.” - Rahmat

“Di dalam hutan ini, ada banyak kubur yang tidak bertanda. Rata-ratanya kubur pendatang dan kubur askar bintang tiga. Pak Mat kesal kerana mereka tidak mengalihkan kubur-kubur itu dan terus diturap menjadi lebuh raya.” - Pak Mat

“Derus, aku akan berusaha untuk dapatkan kembali kepala kau yang hilang.” - Imam Khidir

Sumber: Rainy Rose
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "4 Novel Seram Pilihan Sepanjang 2024 Yang Wajib Anda Baca!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK