3 Cara Mudah Jana Pendapatan Di TikTok Yang Perlu Anda Tahu!


Aplikasi TikTok begitu tidak asing lagi bagi warganet (Netizen). Jika dahulu ramai yang beranggapan bahawa TikTok semata-mata untuk pamer aksi joget-joget, tetapi kini tidak lagi. Variasi yang ditonjolkan oleh pihak TikTok telah membawa perubahan besar yang begitu ketara.

Namun setiap orang pasti punya sebab-sebab tertentu mengapa mereka memilih untuk menggunakan media sosial ini. Selain daripada menambah rakan maya, ada juga yang ingin menjana pendapatan. Oleh kerana pengaruh besar ini, maka mereka juga ingin mencuba.

Terdapat ramai pempengaruh yang telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan dengan menggunakan aplikasi ini. Meskipun ada pihak yang mengecam tetapi itu bukanlah penghalang bagi mereka untuk membina kandungan yang menarik.

Dengan jumlah tontonan dan pengikut yang ramai membolehkan mereka mampu menjana income puluhan ribu ringgit malah ada yang cecah jutaan. Tetapi bagi korang yang baru berjinak-jinak menggunakan platform ini, maka dinasihatkan agar membina nama terlebih dahulu.


Bagi pencipta kandungan (Content Creator) ia bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan di sana terdapat banyak pilihan. Walau bagaimanapun, setiap apa yang dilakukan memerlukan konsentasi penuh dan barulah mereka dapat bertahan.

Korang mesti tahu cara untuk membina nama dari bawah. Cuma disarankan, untuk bertahan dalan industri dunia maya ini, korang perlu menjaga nama baik dan tidak hanya mencipta kontroversi semata-mata bagi meningkatkan populariti.

Semua itu tidak akan bertahan dan mencalarkan imej sahaja sehingga ada yang berhadapan dengan kemurungan yang melampau. Kalau boleh elakkan sekiranya mental dan fizikal anda tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan pelbagai keceman dan persepsi negatif.

Di sini kami berbagi dengan korang bagaimana cara untuk meraih pendapatan di Tiktok. Semua ini memerlukan kesungguhan dan bukannya hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Jika itulah yang berlaku, maka sia-sia sahaja anda menyertai TikTok.

1. Koin Percuma

Bagi pemula, pasti beranggapan koin percuma ini adalah hadiah semata-mata tetapi ini cumalah manis-manis yang disediakan oleh Host sesebuah siaran langsung yang korang masuk. Ramai pengguna baru TikTok menantikan Goodies Bag atau Treasure Box dikongsikan oleh Host atau sesiapa sahaja di dalam sesi sesebuah live.


Walau bagaimanapun, ia merupakan satu persaingan bila mana terdapat ramai mengguna lain yang ingin mendapatkannya. Sebernarnya ia bukanlah sesuatu yang mudah apabila jaringan internet anda kurang memuaskan.

Pengumpul koin yang banyak menjadikan jumlah pendapatan juga menjadi semakin bertambah. Walau bagaimanapun anda mesti tahu bagaimana untuk menjadikan koin tersebut ditukarkan menjadi hadiah kepada diri anda sendiri.

Inilah yang menjadikan TikTok cukup menarik untuk para pemula mendapatkan koin dan mengumpulnya bagi meraih pendapatan. Apa yang penting anda mesti rajin menyantuni siaran langsung walaupun anda tidak buat live.

@fatinnabielah #tipsandtricks Apa itu Treasure Box & macam mana nak dapat ?#TiktokGuru #tipstiktok #treasurebox #mestiadaaura #fatinauraguru ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya

2. Tonton Video Dapat Duit

Tiktok telah menyediakan peluang ini kepada semua pengguna Tiktok untuk menonton video sampai habis. Apabila anda menonton maka mata (point) terkumpul akan menjanakan pendapatan untuk anda. Ini memerlukan waktu. Setelah sampai ke suatu tahap, maka point itu dapat ditukarkan kepada matawang.

Pihak TikTok menyediakan pendekatan ini bagi menggalakkan anda untuk berusaha menonton dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan ini. Setiap video yang muncul di FYP adalah sesuai dengan minat anda sekiranya anda 'engege' terhadap video tersebut.

3. Affiliate

Ini merupakan salah satu cara yang memerlukan komitmen dan kesungguhan. Sekiranya korang melakukannya dengan main-main, maka pendapatan yang masuk juga adalah main-main.

Ramai di antara pengguna ingin menjadi affiliator tetapi tersalah memilih guru di TikTok sehingga terbeban dengan perkongsian yang sukar untuk difahami atau lebih tepat lagi pengguna ini berhadapan dengan manipulasi.

Seperti sedia maklum, TikTok juga merupakan aplikasi perniagaan di mana pengguna boleh membeli secara atas talian. Terdapat ramai peniaga berkampung di situ selain daripada Shopee atau Lazada.

Bagi anda seorang pemula perlu faham apa itu Affiliate dan apa syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak TikTok untuk menjadi seorang Affiliator. Anda mesti rajin membaca dan ambil tahu dari pelbagai sudut agar anda tidak melakukan pelanggaran yang membolehkan akaun TikTok korang tu dihapuskan secara kekal (permenant ban).

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "3 Cara Mudah Jana Pendapatan Di TikTok Yang Perlu Anda Tahu!"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK