Player Knockout (PK) Di Tiktok - Permainan Manipulasi?
Rabu, 25 Disember 2024
Add Comment
Player Knockout atau dalam bahasa Melayu bermaksud permainan kalah mati yang melibatkan dua belah pihak sama ada dua pasukan atau lebih. Tetapi yang pastinya ia tidak melebihi dari empat host setakat ini di Aplikasi Tiktok yang merupakan jaringan media sosial pilihan oleh kebanyakan pengguna.
Seperti yang diketahui umum, Aplikasi Tiktok merupakan media sosial yang meningkat naik dari saban hari. Pada awal Januari lalu, Apps Tiktok mendapat kedudukan ke-5 platform popular dengan 1.6B pengguna. Manakala Facebook ketika itu menduduki tempat pertama dan disusuli pula Youtube di tempat kedua.
- Facebook: 3,049,000,000
- Youtube: 2,491,000,000
- Whatsapp: 2,000,000,000
- Instagram: 2,000,000,000
- TikTok: 1,562,000,000
- WeChat: 1,335,000,000
- Telegram: 800,000,000
- Snapchat: 750,000,000
- Twitter: 619,000,000
Pada hari ini, pengguna Tiktok terus meninggkat. Tidak ketinggalan, angka pengguna Tiktok dari Malaysia turut melonjak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah kerana di Tiktok dikatakan mudah untuk menjana pendapatan berbanding platform lain. Namun semua itu bergantung pada usaha.
Untuk makluman, Tiktok merupakan satu platform perniagaan. Ini kerana di Tiktok turut menyediakan perkhidmatan jual beli barang dagang untuk para penggunanya. Selain itu, Tiktok turut memuatkan permainan yang melibatkan mata wang dalam bentuk koin yang dinamakan sebagai PK.
Selain daripada penyebaran maklumat serta hiburan, Tiktok turut menjadi satu medan pencarian pendapatan sampingan bagi penggunanya yang inginkan keseronokan. Cuma ia bergantung pada persepsi masing-masing.
Walau bagaimanapun, Teknologi AI masa kini terutamanya di dalam Apps Tiktok yang telah diprogramkan untuk mengawal pelbagai kaedah (Manipulasi) yang dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Cuma ditegaskan di sini, di mana-mana platform pun sama sekiranya tidak dibendung oleh kebijakan diri sendiri dalam menilai sesuatu.
Bagi saya, sebelum ini persepsi saya terhadap permainan PK adalah terlalu negatif dan tetapi setelah mengamati kenapakah permainan ini diwujudkan di Tiktok dan menjadi pilihan di antara pemain-pemainnya, maka persepsi buruk terhadpa hal tersebut beransur pudar.
Sekiranya wujud tohmahan buruk yang sengaja dilempar oleh individu, maka ia merupakan masalah peribadi mereka sendiri yang gagal meneroka. Yang gagal untuk mendalami sesuatu kaedah yang Tiktok sediakan. Jadi tidak hairankan jika mereka yang terlibat sengaja memperbesarkan sesuatu isu yang mereka sendiri sebenarnya tidak pasti.
Namun begitu, anda dinasihatkan agar tidak terlalu taksub pada sesuatu perkara sehingga menggabaikan hal-hal yang lebih penting. Ini kerana setiap orang mempunyai misi dan visi yang berbeza khususnya melibatk host kegemaran anda.
Nanti saya akan kongsikan lagi berkenaan game PK yang melibatkan pihak Agency. Kita sembang bincang mengenai pro dan kontronya, Insya-Allah...
@rashidsalim2022 Assalamualaikum. Dengan rendah hati saya menjemput sahabat kesayangan saya semua untuk hadir ke PK Birthday pertama saya yang bakal berlangsung pada 29 Dec 2024, jam 9pm ini. Kehadiran sahabat kesayangan saya semua amat dialukan bagi memeriahkan suasana bagi perlawanan bersama Filipina. Terima kasih tidak terhingga buat sahabat serta kepada rakan-rakan yang menerima video ini... Alhamdulillah... #pkinternational #pkbirthday #rakanbaru #teamabgleha #abgleha #newfollowers ♬ Are You Ready - Deejay Meddy
0 Komentar untuk "Player Knockout (PK) Di Tiktok - Permainan Manipulasi?"
Catat Ulasan