Dunia Blog Semakin Sepi


Zaman blog suatu ketika dahulu begitu meriah namun zaman kegemilangannya kini kian memudar. Kalau dulu, blogger tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan namun saban hari ia mula ditelan arus perubahan.

Blog merupakan satu platform media sosial perkongsian info atau maklumat yang disampaikan melalui pembacaan mahupun gabungan grafik (gambar + video). Blogger akan menulis mengikut niche masing-masing sama ada secara berkelompak atau pun secara individu.

Bagi mereka yang sempat berkecimpung dalam dunia blog pasti akan mengikuti jejak pembelajaran tentang bagaimana cara-cara untuk membina sesebuah blog. Disamping itu juga berlajar untuk menetapkan template blog masing-masing.

Secara amnya, membina blog adalah suatu yang praktikal yang memerlukan kemahiran. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada keperluan. Ada template yang percuma, malah ada yang berbayar. Bagi amatur atau pemula, wajar untuk menggunakan template yang disediakan secara percuma sebelum bergerak ke arah yang lebih gratis.

Media blog yang popular adalah Blogger dan WordPress. Kedua-dua ini mempunya kelebihan masing-masing. Bagi pengguna atau blogger, mereka akan memilih mengikut keselesaan. Ada yang suka menggunakan media blog oleh Blogger, manakala ada juga yang gemar menggunakan WordPress.

Pada era tersebut, salah satu asbab apa yang lebih membuatkan penggunakan berlumba membina blog adalah untuk mendapatkan pendapatan sampingan (side income). Sebagai contoh mendapatkan paid review, mahupun untuk membedah sesuatu info atau maklumat serta bayaran pengiklanan (Google Adsense).

Tidak dapat dinafikan ada yang membina blog untuk berkongsi semata-mata. Dan tidak dapat disangkal ada juga yang menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan. Ya, dengan menulis boleh buat duit. Ia bergantung pada kepakaran masing-masing.

Sehingga ke hari ini, blog sebenarnya masih lagi relevan meskipun ia tidaklah segah dulu. Ini kerana ada di antara pengguna menggunakan pelayan Google untuk membuat carian maklumat. Blog merupakan di antara carian yang masih mendapat ranking meskipun kini pencarian telah banyak tertumpu pada media sosial seperti contoh Tiktok dan Facebook serta lain-lain. (update)
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Dunia Blog Semakin Sepi"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK