Nilai Carian Tertinggi Untuk Pencipta Kandungan Akan Dibayar Oleh Tiktok

Wow! Bunyinya sangat menarik, ya tak? Ini bukan nak ulas apa-apa isu atau kemaskini terkini yang Tiktok lakukan, tetapi tahukah anda bahawa Tiktok mungkin berhasrat mendominasikan enjin carian di jaringan internet. Ini kerana sejak dua tahun lalu, didapati golongan muda menggunakan Tiktok sebagai enjin carian berbanding Google.

Secara tidak langsung, dilihat Tiktok cuba mengintergrasi Google terus ke dalam aplikasi mereka dan dengan cara ini mereka dapat menggalakkan lagi setiap pengguna membuat carian di Tiktok dengan semat ikon pintasan carian terus ke skrin utama peranti.

Dalam kemaskini terbaru Tiktok, mereka telah pun memperkenalkan CRP iaitu Creator Rewards Program yang memberikan ganjaran dalam bentuk byaran tunai kepada content creator (pencipta kandungan) berdasarkan nilai carian yang tertinggi.


Apakah itu "nilai carian"?

Di sini saya kongsikan maksud nilai carian yang dikatakan memgikut kefahaman saya. Ia adalah kandungan yang bersesuaian terhadap pencarian pengguna Tiktok. Pastinya kata kunci (keyword) terhadap sesuatu konten yang diukur berdasar stastik.

Kata kunci apakah yang patut digunakan oleh pencipta kandungan? Pencipta kandungan boleh membuat pemilihan kata kunci yang sesuai berdasar kata kunci yang sering dicari oleh pengguna Tiktok melalui alat Creator Search Insights.


Kekerapan carian merupakan faktor penentu konten tersebut mendapat nilai carian tertinggi. Dan walau bagaimanapun, Tiktok turut menyertakan syarat-syarat tertentu bagi pencipta kandungan layak untuk mendapatkan ganjaran ini.

Di antara syarat yang perlu dipenuhi adalah:

1. Setiap pencipta kandungan perlu ada originality yakni setiap kandungan yang diciptakan mestilah asli dan bukannya dari cetak rompak atau reupload dari mana-mana pencipta kandungan lain.

2. Video mestilah panjang berdurasi lebih dari 1 minit. Difahamkan 50% pengguna Tiktok gemar menonton video yang berdurasi lebih dari seminit.

3. Pencipta kandungan yang kerap berinteraksi dengan pengikut (follower) turut menerima ganjaran.

Kenapa syarat ini diperlukan? Ini adalah untuk memastikan bahawa nilai carian bagi setiap kandungan kekal tular mengikut trend dan formula video baharu hanya akan dibayar berdasarkan nilai iklan.

Kelayakan bagi menyertai program CRP (Creator Reward Program) adalah:
  • Pencipta kandungan mestilah berusia 18 tahun. 
  • Jumlah pengikut mestilah 10,000 dan ke atas.
  • Mendapat jumlah tontonan melebihi 100,000 selama tempoh 30 hari (sebulan).
  • Akaun tidak pernah digantung (suspended) atau melanggar garis panduan komuniti (Community Guideline) yang ditetapkan oleh Tiktok.
Sumber: amanz
disunting oleh: Rashid Salim
    LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

    0 Komentar untuk "Nilai Carian Tertinggi Untuk Pencipta Kandungan Akan Dibayar Oleh Tiktok"

    Catat Ulasan

    Iklan Atas Artikel

    IKLAN

    Iklan Tengah Artikel 1

    IKLAN

    Iklan Tengah Artikel 2

    IKLAN

    Iklan Bawah Artikel

    LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK