Adakah itu Jelmaan Rudi?


Kisah ni bermula sewaktu pendaftaran masuk di sebuah institut di sebuah kawasan yang agak terpencil juga tempatnya. Ketika itu minggu orentasi. Pada hari pertama iaitu pada sebelah malam, di hadapan sebuah dewan mereka semua beratur atau dipanggil ‘roll call’. Fuad, berasa tidak selesa. Perasaannya bercampur baur mungkin situasi baru di tempat itu agaknya.

Pada hari kedua dia mengalami perasaan yang sama iaitu tidak selesa, serta hari berikutnya dia merasakan seperti selalu diperhatikan sehinggalah pelajar baru juga selalu memerhatinya dengan pandangan tidak puas hati.

Fuad berasa tidak senang dengan pandangan pelajar tersebut yang bernama Rudi seolah-olah tidak berpuas hati terhadapnya. Dan pada malam ke empat ada aktiviti perkhemahan dilangsungkan di luar dewan.

Tiba-tiba pada tengah malam, Fuad terdengar dirinya dipanggil dari luar. Namanya diseru-seru. Fuad… Fuad…

Dia ketika itu tidak menanam apa-apa perasaan curiga lalu keluar dari khemahnya. Dia memerhati ada seseorang sedang berdiri di luar khemah dan ternyata kelibat itu adalah Rudi.

Rudi pun berganjak dan mengorak langkah pergi ke asrama. Entah bagaimana Fuad membuntuti langkah Rudi. Dalam ketika itu Rudi langsung tidak berkata sepatah apa pun. Fuad ketika itu cuma rasa Rudi mungkin ingin membuat perhitungan dengannya dek rasa tidak puas hati.

Langkah demi langkah sampai ke tingkat tiga ke asrama lelaki dan Rudi menuju ke tandas. Fuad tunggu di luar namun Rudi tidak keluar. Fuad pun memanggil Rudi, namun tiada Rudi di dalam.

Satu persatu pintu tandas di buka tetapi Rudi tiada. Tetapi… alangkah terkejutnya Fuad, sewaktu dia berpusing ke belakang, tiba-tiba ada satu lembaga hitam besar berbulu betul-betul berada di hadapan mukanya.

Dia tidak sempat mendongaknya kerana seluruh tubuhnya terasa kebas, kepalanya seperti mengecil sehalus-halusnya. Terasa aura yang sangat perit. Ia jadi kaku dan seluruh alam jadi gelap serta merta.

Apabila kelopak matanya terbuka, sekali lagi dia terkejut, dia memerhati dirinya sendiri sedang meronta-ronta di atas lantai sambil dipegang oleh ramai pelajar lain di dalam bilik asrama.

Dalam masa yang sama dia perasa seluruh tubuhnya ketika itu sangat berbisa dan seperti tercucuk-cucuk dengan jarum tajam. Dia yang berada di penjuru bilik seperti tidak kelihatan oleh orang lain. Dia tidak dapat bergerak dan tidak dapat berbuat apa-apa. Dia kaku.

Dia juga sempat menyilau pandangan ke luar jendela dan mendapati ada satu lembaga hitam memerhati keadaan dan terus hilang sekelip mata dan saat sekali lagi Fuad tersedar, dia berada di atas locker. Dia sendiri jadi keliru.

Apa yang nyata seluruh tubuhnya sakit, dan kawan sebiliknya pun terkejut melihat Fuad tiba-tiba terduduk atas locker ketika mereka hendak bangun solat subuh. Mereka beritahu yang Fuad kerasukan malam tadi.

Cuma Fuad tak beritahu mereka tentang Rudi… Rudi ada saka….
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Adakah itu Jelmaan Rudi?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK