Kisah Seram SP Hospital


Seronok juga berkongsi kisah seram dengan rakan-rakan SP (Surprise Planner) dan rupa-rupanya ramai juga yang mengalami kisah mistik cuma mereka segan nak share sahaja. Bila saya buka topik di sebuah group, mereka pun mula berkongsi.

Malah ada yang mesej katanya mahukan saya tulis mengenai kisahnya. Terima kasih kerana memberikan kebenaran pada saya untuk kongsikan kepada umum. Kisah ini datangnya daripada Kak Jay (bukan nama sebenar).

Kak Jay SP dari Johor. Kak Jay kata dia pernah terima penghantaran bouquet ke hospital. Bouquet tersebut untuk pekerja di situ. Jadi dipendekkan cerita, Kak Jay hantar pada waktu tengah hari. Hospitalnya dirahsiakan.

Jadi… Kak Jay pun pergi. Setibanya di sana, Kak Jay hubungi penerimanya yang bekerja sebagai cleaner di situ. Kejutan hadiah anniversary.

Lepas tu datangnya seorang perempuan, cantik tapi duduk bawah pokok jauh dari orang sambil panggil Kak Jay datang dekat. Kak Jay pun pergi bawak hadiah tu sekali. Kak Jay fikir, itu agaknya si penerimanya.

Kak Jay beritahu ni hadiah dari suami. Tapi perempuan tu diam je. Kak Jay cakap ambillah hadiah ni. Tapi perempuan tu tak ambil pun. Macam sesuatu je. Lepas tu telefon Kak Jay berbunyi. Kak Jay tengok nombor akak cleaner tu naik.

Kak Jay pandang semula perempuan yang duduk di kerusi tadi, tak ada sesiapa pun. Kak Jay tonyoh-tonyoh matanya takut tersalah tengok. Meremang bulu romanya. Siang-siang dia kena tegur.

Kak Jay pun takut-takut nak jawab panggilan itu tapi dia jawab juga. Dia tanya akak tu ada di mana? Akak cleaner tu beritahu ada dekat tempat sekian-sekian… jadi Kak Jay pun ambil semula hadiah tu. Tapi waktu dia melangkah, dia merasakan seperti sedang diperhatikan je.

Saat dia sampai, memang tak samalah muka dengan perempuan tadi, memang dia silap orang. Kak Jay rasa pelik sangat. Yang tegur mula-mula tu siapa?

Selepas semua dah selesai setakat tu je. Bila Kak Jay sampai rumah, malam tu anak dia tak boleh tidur menangis sepanjang malam. Dah tak tahu nak buat apa, dengar bunyi orang mandilah dalam bilik air.

Part yang dia tak boleh lupa, ada perempuan rambut panjang, pakaian lusuh sedang bertengek atas tong gas di dapur rumahnya. Yang hairan suaminya pula tak nampak apa-apa, kecuali pernah sekali terdengar bunyi air seperti orang mandi. Itu pun suaminya fikir Kak Jay yang mandi tengah-tengah malam.

Tak tahan, panggil ustaz. Bila cuma reda keadaan itu kecuali tak tahu punca. Selang beberapa ketika ada balik benda itu. Kali ini ikhtiar lagi panggil orang lain. Lain pula jawapannya. Orang itu cakap Kak Jay dah bunuh orang.

Kak Jay jadi takut, bila masa Kak Jay bunuh orang? Mengarut semua tu. Dia jadi tak sedap hati akhirnya terjentik hati nak pergi tanya akak cleaner tu. Macam ada benda tak kena. Sebab gangguan ini berlaku selepas dia delivery bouquet ke hospital dan ditegur oleh ‘perempuan itu’ sebelum akak cleaner. Mungkin akak cleaner tahu sesuatu.

Selepas dia pergi jumpa tu, akak cleaner tu pun tak tahu menahu akan apa yang terjadi pada Kak Jay, tapi pada hari delivery tu ada kes emergency, ada seorang perempuan mati terbabas motosikal katanya menurut saksi, perempuan malang tersebut mengelak kereta yang masuk simpang tak bagi signal.

Bila Kak Jay ingat balik, dia waktu itu sedang memandu, kemudian dia belek telefon dan rasa ada dengar macam seretan atas jalan raya dan berlaku dentuman tapi dia tak pasti apa bendanya. Kemudian dia hanya buat tak tahu ajelah sebab dia rasa bukan hal dia.

Kak Jay kata dia tak tahu menahu langsung… dan tak tahu tentang itu. Semua itu berlaku di luar pengetahuannya. Kemudian dia ikhtiar untuk berubat. Setelah itu semua gangguan pun lenyap.

Begitulah gais… Kak Jay tinggalkan kita pengajaran di sini… harap-harap korang dapatlah ye… semoga kita bertemu lagi, Insya-Allah…. Assalamualaikum.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Kisah Seram SP Hospital"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK