“Anak Siapa Tu Main Tengah Padang? Nanti Kena Bola Golf!” - Kanak-Kanak Misteri Ganggu Kedi
Selasa, 5 Oktober 2021
Add Comment
Dulu kawan saya nama Yen datang rumah. Ajak jadi kedi. First time saya nak try jadi kedi, tapi sampai kat kelab golf, kena halau balik pulak oleh kawan abang.
Tak tahulah kenapa. Mungkin saya budak-budak lagi kut masa tu. Atau pun abang dah pesan kat dia kalau saya datang jangan bagi jadi kedi.
Mana la tahu kut... nanti saya jadi malas nak sekolah bila dapat duit jadi kedi kat kelab golf itu. Masa itu baru tingkatan dua. Kawan saya si Yen ajak saya, saya ikut ajelah.
Maka hari tersebut pulang hampa. Namun ada beberapa kali juga saya dapat jadi kedi, tapi akhirnya abang dapat tahu. Saya kena marah. Dah tak mengkedikan diri lagi.
Jadi bila dah besar ni kawan saya si Yen ada kisah seram dia jadi kedi kat kelab golf itu. Dia kongsi kat saya akhirnya. Kiranya kisah ni dah lama la, 90an dulu.
Saya tanya dia apa benda la yang seram sangat yang dia nak kongsikan itu. Jadi saya pun dengar cerita dia yang selama ini saya tak pernah tahu pun ada kisah yang dia alami.
Mungkin dia tak pernah cerita kat sesiapa. Disebabkan saya pun menulis kisah begini, maka ada peluang juga saya share dengan anda semua.
Yen kata suatu hari di hari pertandingan golf diadakan, sebelum pertandingan dimulakan... dia rasa nak buang air kecil. Jadi dia ke tandas sekejap. Ketika dia nak masuk ke dalam tandas, tiba-tiba, dia nampak seorang kanak-kanak lelaki dalam umur empat atau lima tahun begitu.
Dia pun buat biasa ajelah dan buang air kecil. Kemudian dia pun nak keluar. Waktu dia keluar itu, budak yang sama juga terkocoh-kocoh keluar sekali lagi. Ketika itu dia baru terfikir, dari mana pula budak ni datang? Bukan tadi dah keluar ke?
Yen anggap sahaja mungkin budak itu masuk lagi, bermain-main. Lagipun hari siang, buat apa nak rasa pelik. Dia pun melangkah pergi ke padang.
Dia ingatkan benda itu perkara biasa je, mungkin anak orang yang nakal duk main-main. Tapi bila sampai dekat padang pun, dia boleh ternampak lagi budak lelaki itu berlari-lari.
Yen pun tegurlah, "Anak siapa tu main tengah padang? Nanti kena bola golf!" jadi diorang pun peliklah, mana ada orang di hadapan.
Mereka yang ada di situ semua hairan, sebab tak nampak sesiapa pun. Tapi ada seorang dua dari kawan kedi Yen dengar suara budak macam tengah sorak-sorak ketawa.
Lepas itu Yen pun perasan pakaian budak tu lama-lama kebasahan. Budak itu berlari-lari tak berapa jauh pun dari dia.
Tak lama selepas itu, dengar dari bahagian kolam renang, ada budak mati lemas. Sekejap je benda tu terjadi. Bagaimana perkara itu boleh berlaku, Wallahu a'lam. Mungkin kecuaian.
Selepas itu budak lelaki yang kat padang itu tenung dia. Yen terjeda, lepas itu budak itu ghaib. Yen tersentak dan dia pun cepat-cepat pergi tengok dekat kolam.
Memang ada budak lemas dalam kolam renang. Ayah budak itu teriak tengok anak dia mati. Yen kata wajah budak tu sama dengan budak yang dia nampak.
Yen sempat beritahu saya, "Kolam renang tu berhantu sampai sekarang..." Kata-kata Yen itu membuatkan saya teringat pada berita kematian pelajar berumur 13 tahun. Pelajar tersebut mati di kolam berkenaan pada tahun 2016.
Yen berkata lagi, sebenarnya ada lagi orang lain yang pernah nampak kelibat di situ, tapi buat tak tahu sahaja. Mungkin itu benda-benda yang dah terbiasa mereka dengar.
Saya pun terfikir juga, mungkin kolam renang itu berpenunggu agaknya. Seriau pula sebabnya Yen ada beritahu pernah terdengar seperti ada orang mandi. Begitu juga yang dikongsikan oleh Pak Su Jaga, kadang-kadang terdengar air terjunan.
Menurut Yen, pelik kan... walaupun kolam tu sekarang dikeringkan, still ada orang dengar bunyi air berkocak tengah malam seolah-olah ada orang tengah mandi. Misteri...
Begitulah berpuaka swimming pool itu, yang dikatakan pernah meragut nyawa orang padahal bila dilihat keadaannya tak adalah seram pun, tapi misteri...
Sekian...
Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "“Anak Siapa Tu Main Tengah Padang? Nanti Kena Bola Golf!” - Kanak-Kanak Misteri Ganggu Kedi"
Catat Ulasan