Misteri Pondok Puaka


Terdapat satu kejadian aneh yang berlaku di sebuah tempat atau perhentian bas, di mana sering kelihatan kelibat pocong di situ. Pondok itu sebenarnya agak jauh dari kawasan kampung. Tidak dapat dipastikan kenapa ia dibina begitu jauh dan terpencil.

Ada kisah di sebalik apa yang berlaku. Aiman yang dalam perjalanan pulang telah mengalami masalah teknikal pada enjin keretanya. Di situlah enjin keretanya tiba-tiba tersedut-sedut. Dia terpaksa berhenti. Pada waktu itu hari sudah senja.

Jadi, dia terpaksa call towing untuk angkut keretanya. Memang masalah besar enjin kereta tidak dapat dihidupkan lagi. Kemudian dia pun menunggu di pondok tersebut sementara lori sampai untuk tarik keretanya ke bengkel.

Tiba-tiba sedang dia menunggu di tempat itu, muncul seorang lelaki berambut keriting telah menegurnya dari belakang. "Kenapa mas?" Lelaki bersinglet putih (baju pagoda) dan berseluar slack hitam serta memakai capal itu mempamerkan wajah kelat. Aiman yang menoleh kepadanya pun menjawab, "Kereta rosak,"

Mula-mula dia tak rasa pelik dan tak terfikir pun dari mana datangnya lelaki tersebut yang muncul dari situ. Sedangkan di belakangnya adalah semak samun. Kawasan berkenaan hutan semuanya. Pendek kata, tak ada rumah pun malah hari pun dah semakin gelap.

"Mas lagi tunggu siapa?" Soal lelaki misteri itu bersama raut wajah yang tampak serius.

"Tunggu lori datang," Jawab Aiman kemudian lelaki itu pun duduk di sebelahnya. Aiman pun bertanya kepada lelaki itu pula. "Abang ni siapa?"

"Saya udah lama tunggu di sini, tiada siapa-siapa yang mau tumpangkan saya."

"Lama tunggu sini?"

"Iya udah lama." Hairan Aiman dengar. Lama tu bila? Tadi Aiman duduk situ tak ada sesiapa pun. Selepas itu lelaki tadi diam tak bercakap apa-apa duduk membisu tak bergerak dah. Macam patung. Itulah yang Aiman pelik.

"Encik...." Aiman tegur.

Tak ada respon apa-apa pun. Masa tu Aiman mula curiga ada benda yang tak beres. Dia tengok bawah sampai atas. Tapi tak ada apa-apa yang aneh pada lelaki tersebut melainkan lelaki itu hanya kaku sahaja.

Kemudian lelaki yang tidak diketahui namanya pun tumbang. Aiman jadi panik. "Encik! Kenapa Encik?" Aiman terus nak pegang lelaki itu tapi tembus. Tak dapat pegang pun. Eh? Waktu dia gosok-gosok mata beranggapan itu hanya mainan mata, lelaki itu tak ada pun.

Dia terkejut. Dia keliru. Lelaki itu ada ke tak ada sebenarnya? Sebab dia sendiri yang nampak dirinya ditegur lelaki itu. Dia sendiri yang nampak. Dia berasa bingung sendiri, sambil tunggu di pondok itu, hari pun gelap. Dah masuk Maghrib.

Lori yang ditunggu pun sampai tapi belum apa-apa lori tersebut beredar macam tu sahaja. Aiman terus call driver tu semula tapi si driver lori tu cakap tak ada siapa pun di pondok itu kecuali kelibat pocong!

Aiman pun bengang, mana ada pocong. Dia sorang je dekat situ dari tadi duk tunggu. Kemudian terdengar suara dari belakang berkata, "Ada..."

Aiman pun menoleh. Alangkah terkejutnya dia! Dia betul-betul nampak pocong itu tercegat di belakangnya. Serta merta dia pengsan di situ. Sedar-sedar dah ada di rumah kawannya. Menurut kawannya, dirinya telah dijumpai pengsan di pondok tersebut.

Aiman beritahu bahawa dia telah diganggu pocong, lepas tu kawan dia memaklumkan di situ kalau nasib tak baik maka terjumpalah benda tu. Dulu, orang kata pernah ada kejadian bunuh, mayat telah disimen di bawah pondok itu. Sampai sekarang ia menjadi angker. Wallahu a’lam...


Dapatkan buku dari penulis Rashid Salim iaitu Antologi Cerpen seram & thriller Online Reload dan Novel Seram Buruk hari ini, selagi stok masih ada. Whatsapp: [Pesan Sekarang, Klik Sini!]
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Pondok Puaka"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK