Misteri Mayat Perempuan Gaun Merah


Terdapat kondominium ini yang semakin lama semakin kurang penghuninya. Ia ada tiga blok A, B dan C. Ketiga-tiga blok itu menghadap ke sebuah kolam renang di tengah-tengahnya. Rumah-rumah itu memang sudah bertuan, tapi pemilik asal tak tinggal di situ, hanya memberi sewa kepada orang.

Penyewa pula asyik bertukar-tukar tak tinggal lama di situ. Security pun sama, kadang bertukar-tukar partner. Mungkin tak tahan agaknya. Di blok A, ada 5 keluarga sahaja dari 15 tingkat kondominium tu. Blok B lebih kurang itu juga manakala blok C ada 7 keluarga.

Mereka ini bertahan di situ dengan tidak keluar lewat malam. Kalau keluar pun tidak sendirian. Kondominium itu dikatakan berhantu selepas seorang mayat perempuan bergaun merah ditemui mati di dalam kolam itu.

Mayatnya tidak dikenalpasti akan mayat siapa kerana tidak mempunyai identiti bahkan kulit wajah perempuan itu disiat-siat serta jari kaki dan tangan perempuan malang itu telah dipotong. Ketika mayat ditemui, air kolam itu telah bercampur darah.

Sejak kejadian itu juga, tiada sesiapa pun yang berani mandi di kolam tersebut. Mungkin trauma atau fobia. Pihak polis gagal mengesan pelaku berkenaan kerana hanya lelaki berkelubung sahaja yang terakam pada rakaman CCTV.

Pengawal kesalamatan yang bertugas di situ juga turut dipanggil bagi membantu siasatan. Dalam rakaman CCTV, mayat perempuan bergaun merah itu dihumban masuk oleh orang misteri yang berkelubung itu ke dalam kolam sekitar jam 2 pagi.

Setelah seminggu kejadian tersebut, penghuni di situ pun dihantui oleh jelmaan perempuan itu. Pintu rumah-rumah mereka diketuk tengah-tengah malam. Ia menjadi misteri. Dalam fikiran mereka beranggapan bahawa kemungkinan besar ia ada kaitan dengan kes kematian tersebut.

Pelbagai gangguan yang mereka terima. Ada yang mendakwa, ketika menaiki lif, ada yang berdiri di belakang mereka. Perempuan bergaun merah tanpa jari sedang menyeringai. Bahkan mempamerkan wajah yang mengerikan.

Tidak hanya itu, ada yang merasakan benda itu ikut sampai ke rumah. Malah ada yang ikut tidur di sebelah. Sungguh keterlaluan. Anak-anak kecil pula sering menangis ketakutan gara-gara terlihat kelibat menakutkan itu.

Sehinggalah terdapat kematian seorang lelaki yang dikatakan telah jatuh dari tingkat lapan. Hasil dari CCTV mendapati lelaki itu seperti mengelak dari sesuatu kemudian terjatuh. Kejadian itu berlaku jam 1 pagi.

Gara-gara itu ramai yang takut dan ada yang mula berpindah dari situ. Kelibat wanita itu sering muncul membuatkan penghuni di situ ketakutan. Semenjak peristiwa tersebut maka kondominium berkenaan kian sepi.

***

Samsul kerja syif malam mengawal di kondominium itu, memang sunyi. Penghuni di situ kurang berani keluar malam namun Samsul mahu atau tidak dia mesti menjaga dan meronda bagi memastikan keselamatan mereka.

Memang dia ada dengar berkenaan kes tersebut, tapi nak buat macam mana dia dah terima kerja tu. Bos dia tukar dia kerja dekat sini. Mahu atau tidak dia kena jaga. Kebetulan ada sebuah kereta nak masuk.

Samsul pun minta dia tunjukkan ID, dan lelaki itu tunjukkan kemudian dibenarkan masuk. Partner Samsul ada mengawal di pos depan bersamanya, dan kali ini dia akan ronda ke belakang. Sebelum itu dia akan lalu dekat tepi kolam.

“Bad, aku nak gerak meronda kejap.”

“Okey,” balas Badrol orang lama yang berkerja di situ. Rakan sekerja sahaja yang silih berganti. Badrol masih bertahan.

Ketika Samsul sedang berjalan, dia terlihatlah kelibat lelaki tadi tu sedang pergi ke arah lif. Gaya berjalan terhuyung-hayang. Dalam kepala Samsul berfikir pasti lelaki itu mabuk. Tiba-tiba ada yang aneh. Bila lif itu terbuka, sebaik sahaja lelaki itu masuk… dia dapati ada kelibat perempuan bergaun merah turut masuk.

Terjeda seketika Samsul jadinya. Eh…? Samsul kebingungan. Dia pun menyambung langkahnya lalu dekat tepi kolam tersebut. Tiba-tiba dia terhidu bau busuk. Aih? Dia yang memegang lampu picit tu suluh ke arah kolam. Meskipun keadaan kawasan tersebut tidaklah gelap dan masih samar-samar, tapi dia tetap menyuluh untuk melihat kut ada bangkai.

Walkie talkie berbunyi, “Sam, tadi aku ada nampak ada panjat pagar,” beritahu Badrol. Mendengar sahaja Badrol memaklumkan perkara tersebut. Dia terus berjaga-jaga. Dia pergi ke arah pagar nak cari siapa yang dimaksudkan Badrol.

Tak lama selepas itu, Badrol tinggalkan pos dia pergi cari Samsul, “Sam, aku nampak ada orang panjat pagar, pergi arah sini tadi.”

“Siapa?”

“Jangan-jangan pencuri, kut.” Balas Badrol.

Sedang elok-elok Badrol berdiri tepi dia, tiba-tiba Badrol rebah pengsan. “Bad! Bad!” Panggil Samsul. Ada yang tak kena ni. Dia pun angkat Badrol bawa pergi ke pos. Dia tinggalkan sekejap dan pergi ke lif, bila pintu lif terbuka, dia dapati lelaki pemabuk tu pengsan dalam tu.

Apa yang berlaku? Dia cemas. Dia pergi semula ke arah kolam. Dia lihat ada seorang lelaki berkelubung sedang menaburkan sesuatu di dalam air kolam itu. Sebaik sahaja menyedari Samsul ada, lelaki itu segera mengorak langkah.

Samsul dengan berani terus kejar. “Hoi!!! Jangan lari!!!” Pekik Samsul.

Lelaki itu lari sehingga ke penjuru pagar, setiba di situ lelaki tersebut tidak sempat hendak memanjat kerana Samsul cepat menariknya sehingga terjatuh. Lelaki itu cepat untuk melawan. Malangnya dengan tangkas Samsul menangkisnya dan mengunci pergerakan.

“Jadi kau ke lelaki yang dicari polis selama ni?!” Soal Samsul.

“Tak! Bukan aku!”

“Ah!” Samsul tarik kelubung itu. Terkejut sungguh. Dia dapati itu adalah seorang perempuan. “Hah!”

Perempuan itu telah dikasari oleh Samsul. Manalah Samsul tahu itu adalah perempuan. Tapi apakah tujuan perempuan itu berbuat sedemikian dengan berpakain serba hitam dalam keadaan mencurigakan?

“Apa yang kau buat ni?”

“Tapi kenapa kau tak tidur?”

“Tidur?”

“Aku menggunakan pukau tapi kenapa orang lain tidur tapi kau tak?” Soal perempuan itu dan barulah Samsul teringat akan satu azimat yang tersimpan di dalam sakunya. Ia adalah azimat wafaq pelindung diri yang diberikan oleh ayahnya.

“Aku tak tahu. Tapi kenapa kau buat semua ni?”

Perempuan itu diam.

“Cakap!”

“Perempuan yang mati itu adalah adik aku bang. Dia telah dirogol dan diseksa dengan kejam. Aku tak boleh biarkan mereka bebas, jadi aku terpaksa buat begini untuk dia menuntut bela di atas kematiannya!”

Terkejut Samsul mendengarnya.

“Tapi kenapa?”

“Mereka buang mayatnya. Adik aku sendiri beritahu aku bang. Dia datang kepada aku. Hanya ini sahaja yang dapat aku lakukan. Dengan bawa mayatnya ke sini, maka dapat bunuh pembunuhnya yang tinggal di sini. Tapi…”

“Tapi?”

“Ada seorang lagi yang patut mati.”

“Siapa?”

“Aku tak tahu, tapi adik aku kata ada seorang lagi yang patut mati.”

“Adakah lelaki yang di lif tu?” Samsul sedikit cuak. Dia tak tahu siapa yang patut mati. Maknanya kes pembunuhan adik si perempuan ini ada dua orang sahaja. Yang jatuh dari bangunan tingkat lapan, dan siapa lagi seorang? Pemabuk itukah? Fikir Samsul.

“Aku ke sini hanya nak menarik balik semangatnya pergi, tapi kau muncul.” Ujar perempuan itu dengan kaki dan tangannya masih dipaut kuat ke belakang. Tapi dia masih tak meronta kuat. Dia lelah berlari.

“Kau kata ada seorang lagi?”

“Tapi aku tak mahu dia membunuh dan terus membunuh!” Bentak perempuan itu dan Samsul mula faham bahawa perempuan bergaun merah itu sebenarnya sudah mula kehilangan kendali.

Bimbang kalau-kalau perempuan ini lari, Samsul pun mengikat perempuan itu dekat pagar. “Lepaskan aku!”

“Kau tunggu sini!”

Sementara itu Samsul pergi ke pos pengawal dan alangkah terkejutnya dia setelah mendapati bahawa ada tubuh tergantung. Mayat itu adalah Badrol yang telah mengantungkan diri. Allahu`Akbar dan ditinggalkan sekeping nota.

'Ini adalah dari perbuatanku'

Menyedari bahawa mungkin perempuan itu benar, maka dia pergi semula di tempat yang dia ikat perempuan itu tadi. Tiba-tiba dia lihat perempuan itu tiada. Hanya tali sahaja yang tinggal. Dia sempat melontarkan pandangan ke luar pagar. Dia melihat kelibat perempuan itu sedang berjalan dan di sisi ada perempuan bergaun merah.


Hakikat sebenarnya, Badrol mati dirasuki dan dibunuh dengan cara menggantungkan diri. Semua itu kerana pada hari perempuan bergaun merah dibawa masuk ke kondomonium oleh lelaki di tingkat lapan, Badrol telah melihatnya.


Tetapi kerana ugutan, Badrol diminta memadamkan rakaman CCTV gadis itu ketika dibawa masuk. Selepas dibunuh dengan kejam dan tragis, perempuan malang itupun disumbat ke dalam beg kemudian dibuang ke tempat pembuangan sampah yang terpencil. Badrol juga telah memalsukan keterangannya kepada pihak polis.

TAMAT

Karya: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Mayat Perempuan Gaun Merah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK