Kisah Misteri 5 Pendaki Hilang Di Gunung, Hanya Seorang Sahaja Ditemui
Isnin, 6 September 2021
Add Comment
Lima remaja tersesat di dalam hutan ketika melakukan aktiviti mendaki dan berkhemah ke sebuah gunung. Seorang daripadanya terpisah dari empat mereka ini. Keempat-empat mereka ternampak seseorang, ia seperti kelibat si kawan tersebut, lalu mengekorinya.
Seterusnya yang seorang ini namanya Syawal. Dia pun hubungi Maliki tapi panggilan tak berjaya. Masalah coverage. Syawal cuba lagi. Hari pun dah mula malam. Mereka ini sebenarnya sudah habis berkhemah di puncak gunung tersebut malangnya di pertengahan jalan tersesat pula.
Syawal jalan sorang-sorang meredah hutan itu cari lorong keluar sebab tak jumpa. Perasaan dia bercampur baur. Menggelabah tak tentu hala jadinya. Dia pun hubungi kecemasan. Alhamdulillah dapat. Dia beritahu bahawa dia dah tersesat dalam hutan tak jumpa jalan keluar.
Dalam pada itu dia tetap berusaha mencari empat rakannya yang lain dan mencari jalan keluar. Berkali-kali dia cuba hubungi Maliki serta rakan-rakan yang lain, namun tidak berjaya. Ketika dia redah hutan tersebut, bermacam-macam bayangan muncul. Dia cuma risau sahaja.
Lama jugaklah Syawal terperangkap dalam hutan tersebut. Dia dah penat. Sangat-sangat lelah sehingga di terduduk dan bersandar di pohon yang sangat besar. Di situ dia menghela nafas. Nyamuk banyak menggigit tubuhnya.
Dia lihat jam pada skrin telefonnya, sudah pukul 1 pagi. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Telefon bimbitnya pun akhirnya mati kerana kehabisan tenaga bateri. Dia tak dapat berbuat apa-apa. Dalam hatinya berdoa agar dapat segera keluar.
Tidak lama selepas itu dia ternampak cahaya lampu dan dia terdengar suara-suara orang memanggilnya. Lalu dia pun segera menyahut. Dia sangat bersyukur kerana dirinya ditemui oleh pihak bomba. Dia pun memberitahu bahawa ada lagi empat rakannya tapi tak tahu di mana.
Usaha mencari tetap dilakukan. Syawal pula dibawa turun oleh penyelamat sehingga ke kaki gunung. Di situ ramai orang menanti mereka. Rupa-rupanya berita kehilangan mereka sudah pun tersebar. Ketika itu hanya Syawal sahaja ditemui, Maliki dan tiga rakan yang lain entah di mana keberadaan mereka.
Akhirnya pencarian mereka berlangsung beberapa hari. Maliki dan rakan-rakan belum ditemui lagi. Dari hari demi hari sehingga membawa kepada sebulan. Empat orang ditemui hilang dan hanya seorang sahaja ditemui selamat. Itulah berita yang tersiar di portal-portal dan akhabr-akhbar tempatan.
Selepas 100 hari, Syawal bermimpi bertemu keempat-empat rakan mereka itu dalam keadaan mengerikan. Tetapi pihak bomba dan penyelamat telah berusaha mencari tetapi gagal. Usaha mencari telah dihentikan dan hanya keluarga dan rakan taulan yang lain tidak putus berdoa agar mereka ditemukan dengan selamat.
Misteri kehilangan itu belum terjawab, sehinggalah Syawal diminta memberikan keterangan berhubung kehilangan tersebut. Syawa sudah memberikan segala maklumat dan tujuan mereka ke sana. Dia kata, mereka ke sana nak mendaki dan berkhemah. Dia langsung tidak menjangkakan hal tersebut berlaku.
Pelbagai spekulasi timbul dan mengatakan bahawa Maliki dan rakan-rakan yang lain disorok bunian. Walau bagaimanapun, hal tersebut menimbulkan pelbagai curiga yang akhirnya membawa penemuan beg pendakian keempat-empat mereka.
Tidak jauh dari tempat mereka berkhemah, terdapat tanah mendap. Selepas digali, akhirnya ditemui mayat yang telah dipotong-potong. Ternyata mayat-mayat itu adalah mayat Maliki dan rakan-rakan yang lain.
Syawal sangat terkejut mendapat berita tersebut dan sangat tidak menyangka bahawa kawan-kawannya telah menjadi mayat. Mati dalam keadaan yang begitu tragis sekali. Namun pihak polis curiga, bagaimana hanya Syawal sahaja yang terselamat?
Akhirnya mereka menyiasat Syawal namun tidak menemui apa-apa bukti meskipun mereka mengesyaki bahawa Syawal adalah suspek utama pembunuhan tersebut. 100 hari lebih mencari orang hilang, di sangka hilang tetapi rupanya mati dibunuh.
Syawal berkata bahawa dia tak tahu apa-apa. Yang dia tahu hanya tersesat dan terpisah di dalam hutan. Itu sahaja dan dia hanya mengulangi kenyataan tersebut tanpa mengubah apa-apa. Tetapi itu tidak dapat boleh ditipu.
Apa Syawal fikir penyiasat ini bodoh sangat ke. Mereka tetap selidik ke atas mayat-mayat itu. Penyiasat menyimpulkan bahawa kematian keempat-empat mereka telah diracun terlebih dahulu, kemudian barulah mayat mereka dipotong-potong.
Walau bagaimanapun Syawal mengaku tidak bersalah. Namun tampil doktor psikiatri yang pernah merawat Syawal kerana dia beranggapan bahawa ia bukanlah kes yang biasa. Doktor itu memaklumkan bahawa Syawal perupakan pesakitnya.
Doktor itu mengatakan kemungkinan besar Syawal adalah pelakunya tetapi Syawal menghadapi masalah kejiwaan, split personality (kecelaruan personaliti). Ada jiwa lain di dalam diri Syawal. Syawal pernah memberitahunya bahawa Rambo tidak suka orang yang membuli.
Doktor itu tanya, siapa Rambo? Syawal memberitahu bahawa orang itu adalah yang ada dalam dirinya. Bila personaliti itu bertukar, ternyata Rambo adalah orang yang sangat agresif bersifat benci dan pendendam. Rambo menyatakan akan menghapuskan pembuli-pembuli itu.
Tapi pihak polis tak jumpa apa-apa bukti yang membawa kepada pelakunya adalah Syawal. Tiada sebarang petunjuk. Itulah yang merumitkan keadaan. Syawal hanya suspek sahaja tetapi belum terbukti bahawa Syawal pelakunya.
Kalau mayat dipotong, pasti ada alatnya? Di mana? Itu boleh dijadikan bukti. Tetapi tiada. Tiada apa-apa yang ditemui di rumah Syawal. Di hutan tempat dia berkhemah juga tiada. Hal tersebut menjadi misteri.
Hari-hari berlalu, Syawal yang berada di rumah senyum sendiri. Dia pun bercakap di hadapan cermin sambil mengucapkan terima kasih kepada seseorang.
"Terima kasih, Rambo..."
Sekian...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "Kisah Misteri 5 Pendaki Hilang Di Gunung, Hanya Seorang Sahaja Ditemui"
Catat Ulasan