Blog pun belum berjaya dah nak beralih ke Youtube pulak?
Ahad, 12 September 2021
2 Comments
Saya dilemparkan pertanyaan begitu oleh 'seseorang' tetapi saya terfikir juga, kenapa? Salah ke saya cuba buat Youtube pulak? Kalau saya fikirkan mulut orang, sampai bila pun ianya tak sudah. Sebab itu kalau saya nak buat satu-satu benda saya tak fikirkan apa orang nak kata.
Begitu juga seperti hal yang saya kata saya nak buat blog hari itu pada bulan April lalu. Saya beritahu pada pembaca-pembaca saya di media sosial yang saya akan menulis di blog. Saya tak lagi menulis di media sosial karya-karya saya.
Ada yang kata, orang dah tak baca blog, orang baca kat Facebook dah sekarang. Itu anggapan mereka tetapi saya mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa saya menulis di blog. Untuk pengetahuan umum, suatu ketika dahulu saya memang menulis di blog.
Tetapi email blog saya kena godam, kemudian saya give up sekejap dan tulis di Facebook, tetapi saya rasa ada yang kurang. Itu dari pendapat saya, saya tak menafikan pendapat orang lain. Jadi ini dari pandangan saya sahaja dan korang boleh baca di halaman ini.
Saya juga pernah punya akaun Youtube, saya aktif juga buat video puisi dan oleh kerana email saya digodam maka akaun Youtube yang sekali dengan Gmail tu tidak dapat digunakan. Sudah puas dah buat report tetapi malangnya tak berjaya. Redha ajelah...
Video saya pun biasa-biasa je tak reti nak editing pun dan beberapa hari lalu saya membuka channel Youtube saya sendiri dengan nama Cerita Rashid Salim. Video pertama perkongsian saya adalah mengenai Misteri Ford Laser Kuning yang diceritakan oleh Abang Sani.
Dari situ saya terfikir, why not saya tak cuba buat perkongsian seterusnya kan? Bukan nak kejar apa pun. Minat saya memang dari blog, tapi apa salahnya kalau saya ada Youtube saya sekali, kan? Kemudian ada yang kata, orang buat Youtube, kau pun nak buat youtube jugak. Ada juga mulut puaka. Adoi...
Kalau tak nak menyokong jangan jadi pemusnah semangat orang lain. Kita hidup ni janganlah menyusahkan orang lain. Lagipun masing-masing ada minat sendiri, kalau tak suka, abaikan sahaja. Ia suatu perkara yang mudah. Lebih baik kita jangan mencipta masalah.
Jadi, semalam pun saya curi-curi masa dan ambil peluang mengikuti webinar, speakernya Tuan Khairul Zaman Khobin, admin pages Suka Filem dan juga pemilik blog sukafilem.net dan juga KhairulVlog yang saya kira dah berjaya dalam bidang blogger dan Youtuber.
Bersama Tuan Khairul Zaman Khobin (Novelis, Blogger & Youtuber) |
Apa yang menjadi inspirasi bagi saya, beliau juga merupakan seorang Novelis. Tetapi beliau dah declare dirinya sebagai bekas novelis kerana kini beliau sudah tiada masa untuk menulis novel kerana menghadapi kekangan waktu membuat kerja yang beliau lakukan sekarang, iaitu blogging dan menjadi youtuber selain kerja hakiki beliau sebagai pendidik.
Bukan saya nak meniru beliau, tetapi sebagai inpirasi dan contoh supaya saya pun boleh berjaya seperti beliau juga. Walaupun niche berbeza namun caranya boleh dipraktikkan untuk digunakan. Saya tahu bukan mudah menjadi Youtuber, tapi apa salahnya mencuba, kan? Apa yang penting semangat dan tidak berputus asa.
Mendengar perkongsian dari beliau semalam cukup membuatkan saya tersentuh, betapa semua itu tidak mudah dicapai sekiranya kita mengambil cakna apa kata orang. Katanya lagi, abaikan kata-kata negatif, teruskan menghasilkan konten yang bermanfaat.
Oleh itu saya ingin memanfaatkan kedua-duanya iaitu Blog dan juga Youtube meskipun saya kena banyak belajar dan ambil tahu selok belok hal editing. Tapi saya rasa saya tak akan begitu mendalami sangat hal editing yang merumitkan. Cukup sekadar yang basic sahaja.
Blog dan Youtube saya, Insya-Allah adalah niche yang sama iaitu perkongsian kisah-kisah seram, thriller, mistik dan info-info menarik untuk anda. Untuk video pertama itu, saya mohon maaf ya, biasalah saya budak baru belajar. Orang lain dah sampai ke bulan, saya baru merangkak, hee...
Terima kasih kepada yang dah menonton dan subscribe channel Youtube Cerita Rashid Salim. Dengan sokongan yang diberikan, saya akan lebih bersemangat untuk meneruskannya. Insya-Allah. Blog ini on macam biasa dengan perkongsian kisah-kisah seram untuk anda. Terima kasih.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
Go for it! Jangan dengar cakap orang. By the way saya ada blog dan youtube, dua-dua dah monetize. Sekarang saya ingat nak baiki youtube saya yang belum monetize untuk buat sharing pasal pelaburan. Persetankan cakap orang kan (wah, ayat) :D
BalasPadamTerbaik!
Padam