Sihir Melalui Duit Syiling
Khamis, 22 April 2021
1 Comment
Baru-baru ini kecoh kes sihir menyihir yang dikatakan terkena pada anak-anak Kak Gee. Ia menjadi viral di TikTok dan di media sosial yang lain. Terus melibatkan pula beberapa individu lain termasuklah yang dikenali sebagai Tok Singa dan sebagainya.
Baiklah, saya sebenarnya bukan nak ulas mengenai hal tersebut. Tapi di sini saya cuma nak bercerita tentang kes sihir yang menggunakan duit syiling. Ini tak ada kena mengena dengan kes sihir yang tengah viral tu ya.
Pernah saya bersembang dengan kawan mengenai sihir yang menggunakan duit syiling. Katanya, sihir ini memang ada dan bagi yang tidak mempercayainya akan beranggapan bahawa benda sebegini adalah karut. Kalau sudah terkena pada diri sendiri ataupun keluarga sendiri barulah hendak percaya bahawa perkara ini memang wujud. Kalau tidak sampai bila-bila dianggap karut.
Kebiasaannya para peniaga sering terjumpa dengan syiling-syiling tersebut. Maksud saya orang-orang yang menjalankan sesebuah perniagaan. Mulanya saya pertikailah juga apa yang kawan saya cakap, saya kata... manalah tahu mungkin itu duit syiling pelanggan ke yang tercicir. Takkan semuanya nak dianggap sihir.
Lalu kawan saya menjawab, "Memang la ada juga syiling pelanggan tercicir, disebabkan itulah sihir juga turut mencelah untuk kita beranggapan benda yang sama supaya kita mudah untuk mengutipnya." Balas kawan saya tu dan membuatkan saya terfikir.
Dia cuba fahamkan saya tentang hal itu. Jadi, sihir sebegitu dihantar gara-gara dengki atau bersifat khianat untuk menjatuhkan perniagaan orang lain. Biasa orang berniaga juga yang buat benda-benda khurafat ni sebab tak boleh tengok orang lain senang. Namun, dalam soal ini kita tak boleh menuduh sembarangan sebab dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis orang. Ada yang jenis nak test ilmunya pun ada juga. Susah nak kata.
Selain itu, biasanya sihir sebegini bertujuan untuk menutup rezeki orang yang dituju tu, membuatkan perniagaan orang lain lingkup dan kalau orang tu berniaga makanan... makanannya jadi cepat basi. Pelanggan tak nampak kedai. Pelanggan akan lihat kedai tu sentiasa tutup padahal buka.
Selepas dah kena sihir tersebut, taukey jadi lesu tak sihat. Para pekerja pun ada yang tak sihat dan saling bertelagah. Kiranya keadaan jadi tak tenteram. Suasana pun sudah tidak aman. Jadi pesannya, jangan dikutip duit syiling sembarangan kalau jumpa.
Dia berpesan lagi, kalau jumpa duit syiling yang memang bukan milik sendiri depan pintu rumah ke, tepi kereta ke secara tiba-tiba tu... elak dari mengutipnya. Saya tanyalah, dah kalau tak kutip takkan nak biarkan sahaja? Lalu dia berkata, "Sekiranya kau tiada keyakinan diri dan tiada pendinding jangan sembarangan kutip. Boleh jadi kau mudah terkena sihir." Lantas saya bertanya lagi, bagaimana untuk mengelak dari terkena sihir tu?
Dia memberitahu, bacalah Surah Yunus (Ayat 81-82) untuk membatalkan sihir. Dan saya terus bertanya lagi tentang bagaimana nak tahu syiling tu mengandungi sihir atau tak? Lalu katanya, disebabkan kita tak tahu la maka kita kena berhati-hati. Kalau dah terkena, siapa yang susah? Sebab benda tu muncul tiba-tiba. Saya tak akan perasan, katanya.
Sekarang saya faham, kita cuma perlu berwaspada kerana dalam hidup kita ni kita tak tahu hati orang. Memang kita perlu bersangka baik, tetapi dalam masa yang sama kita kena juga mengambil langkah berjaga-jaga. Iyalah... rambut sama hitam. Hati lain-lain.
Di akhir bicaranya, dia berkata bahawa sihir ni tak kira siapa walaupun darah daging sendiri. Ia berkait dengan hati. Walaupun benda tu benda khurafat, bila seseorang tu dah dengki, sakit hati, mereka tetap sanggup melakukan benda-benda ni semua. Dah tak fikirkan kesan buruknya lagi dan tak peduli juga balasan di akhirat tu macam mana asalkan tujuannya sampai.
Selain itu, jin yang menguasai tubuh atau merasuki tubuh ketika dirawa biasanya boleh saja memetik nama sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga terdekat ataupun sanak saudara atau taulan. Sememangnya jin dan syaitan itu penuh dengan tipu muslihat dan menyesatkan.
Seterusnya aku ingin tahu apakah tanda-tanda seseorang itu telah terkena sihir, maka Kamal pun menjelaskan tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut;
Tanda-tanda umum terkena sihir ketika sedar;
- Sakit kepala tiba-tiba. Biasa ketika bangun dari tidur dan berlaku migrain. Ia tiada berkaitan dengan perubatan moden.
- Keguguran rambut tanpa sebab medis, terutama perempuan. Kadang-kadang rambut seperti diikat yang susah untuk diurai.
- Lebam-lebam pada badan termasuk pada dan bawah perut. Lebam makin ketara bila tidur dalam keadaan sedih atau marah. Keadaan lebam tu pula serupa seperti dicakar-cakar.
- Kitaran haid tidak lancar atau berbau. Terjadinya pendarahan yang tidak menentu dan keradangan pada vagina. (Biasanya kerana sihir pemisah atau jin asyik)
- Terjadi ruam seperti cacar air ketika bangun tidur. Lazimnya pada bahagian paha antara payudara dan punggung.
- Bahagian punggung terutama tulang punggung mengalami kesakitan
- Mengalami penyakit biasa yang sepatutnya mudah sembuh tapi susah sembuh dengan ubatan moden.
- Penglihatan dan tutur bicara jadi terganggu.
- Rasa tercekik, dada rasa sesak susah bernafas tanpa sebab yang jelas setelah menjelang waktu petang atau ketika melihat orang tertentu atau berada di tempat tertentu atau juga dalam keadaan tertentu.
- Sering mengalami kekejangan otot atau kerasukan atau juga tidak sedarkan diri yang bukan disebabkan oleh tindakan balas listrik pada otak.
- Jadi malas untuk melakukan ibadat (Jin memang suka buat orang jadi malas beribadah, kerana sangat mudah untuk dikuasai)
- Perasaan tidak menentu seperti menangis tanpa sedar masa sendirian, kadang-kadang berteriak tiba-tiba macam orang kena histeria.
- Timbul respon terkait waktu dan tempat macam cepat sakit kepala kalau hendak pergi ke sesuatu tempat atau berhubungan intim.
- Mempunyai deria ke enam seperti boleh nampak sesuatu perkara ghaib yang orang lain tak nampak, boleh tahu mengenai sesuatu yang akan berlaku.
Tanda-tanda umum terkena sihir ketika tidur;
- Selalu mimpi syahwat dan berhubungan intim dengan mahramnya, dengan orang tidak dikenali, orang terdekat seperti suami, tunang, atau mimpi dirogol atau mimpi berkait homoseksual atau lesbian yang terjadi antara tidur dan terjaga.
- Bermimpi haiwan seperti ular, unta, anjing atau kucing.
- Selalu bermimpi hal yang mengerikan dan menakutkan.
- Mimipi batiniyyah iaitu berasa duduk di suatu tempat dengan orang ramai dan merasakan kejadian tersebut pernah terjadi sebelumnya.
- Berkeringat waktu tidur sampai susah hendak tidur. Sudah berusaha untuk tidur tetapi tetap juga sukar sehingga lama kelamaan barulah terlelap tetapi terjaga semula sehingga menimbulkan kegelisahan. Anxiety.
- Tidur sambil berjalan. (sleepwalking)
- Mengaduh waktu tidur.
- Kerap tidur kena tindih sama ada berlaku antara tidur dan terjaga. Minta tolong tapi tiada seorang pun yang mendengarnya. Susah nak melepaskan diri.
- Sering mimpi melakukan onani atau melakukan hubungan songsang atau memiliki alat kelamin berlawanan jenis, contohnya laki-laki memiliki kelamin perempuan, perempuan memiliki kelamin laki-laki.
- Bermimpi selalu dikhianati orang terdekat seperti isteri. Dalam mimpi tersebut terjadinya perselingkuhan isteri dan sebaliknya. Isteri atau suami telanjang depan orang ramai dan disetubuhi orang lain di hadapannya dan sebaliknya.
- Seringkali bermimpi sesuatu tujuan dihalangi seperti tidak dapat sampai ke tempat yang dikehendaki. Ketinggalan bas, tidak dapat keluar dari satu tempat, gagal menjawab peperiksaan dan sebagainya.
- Kerap terlintas di fikiran mahu melakukan hubungan intim dan perasaan itu susah ditahan.
Jadi, di atas adalah tanda-tanda yang sering berlaku akibat sihir. Sekiranya ia berlaku kepada anda mahupun orang terdekat anda, mahupun sesiapa sahaja maka lekas dibawa ikhtiar pergi berubat kerana dikhuatiri sihir ini akan bertambah buruk dan parah sehingga membawa ke ajal.
Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Semoga bermanfaat. Sehingga berjumpa lagi untuk entri yang akan datang. - Rashid Salim.
Sihir semakin menjadi-jadi dari tahun ke tahun. Banyak kes yang dirawat berpunca dari perbuatan sihir. Kebanyakannya atas faktor dendam dan dengki. Apabila iman manusia semakin terhakis, halal haram tiada dihati. Asalkan puas hasrat nafsu dihati.
BalasPadam