Puaka Bengkel Motor Pak Ngah Osman
Sabtu, 21 Ogos 2021
Add Comment
Hi semua. Semoga baik-baik sahaja ya. Beberapa hari ini tak update story seram dari follower sebab agak sibuk dengan order buku seram saya iaitu Ratisya dan juga buku seram Buruk. Sekarang Alhamdulillah settle sikit kerja.
Baiklah gais, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana anda masih setia membaca di blog ini. Saya sangat-sangat menghargainya. Tanpa anda, siapalah blog RASHIDSALIM.COM ini, kan? Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan, ada waktu terluang saya mencelah dan berceloteh di sini.
Kali ini saya ada satu kisah seram nak berkongsi dengan korang gais. Yalah, dah blog kisah seram kan, kenalah bercerita kisah-kisah seram, tak gitu? Sesekali selit juga lelucon dan info-info lain. Itu semua korang boleh jelajah dalam isi blog saya ini ya.
Ok, kisah yang saya nak share ini adalah dari follower saya, nama Zaibidi, atau nama ringkasnya BD (bukan nama sebenar). Dia ni orang Tanjung Malim, Perak. Menurut BD, budak-budak bekas satu sekolah dengan dia dulu, kiranya satu kelas ada buat reunion.
Mereka ini sering buat reunion, boleh dikatakan menjadi acara tahunan, cuma kali ini agak berlainan sedikit. Biasanya mereka akan buat di tempat-tempat tidak terpencil seperti di kawasan bandar atau di rumah rakan mereka yang sesuai.
Pada hari tersebut reunion itu diadakan di tempat lain. BD kalau pergi reunion pasti dengan Farah. Mereka berdua ni kawan akrab. BD memang ada hati kat Farah, tapi Farah aje agak jual mahal. Nak buat macam mana hati tak boleh dipaksa.
Walau bagaimanapun, Farah memang rasa selesa berkawan dengan BD, kalau cakap pun main lepas sahaja. Tak ada nak berlapik ke apa. Itu semua kerana memang Farah anggap BD ni kawan baiknya. BD pun buat tak kisahlah dah mulut Farah macam tu, dia terima saja seadanya.
Kemudian, lokasi reunion tersebut buat Farah rasa tak seronok. Dia cakap dengan BD, kenapa Harun tu buat reuinion dekat tempat lain pulak lalu BD pun jawablah, dah mereka semua nak rasa suasana yang baru. Oleh itu Harun buat reunion di rumah pusaka datuknya di pinggir kampung.
Menurut BD, tempat tu agak jauh. Dia pun menerangkan kepada Farah, kali ini memang mereka semua bersetuju untuk ubah suasana. Ingin menikmati suasana hijau pula di kawasan kampung. Maka setelah bersetuju, masing-masing telah bertolak.
BD dan Farah bertolak dengan menunggang motosikal. BD rasa seronok dapat boncengkan Farah. Si Farah ini atas motosikal memang mulut asyik membebel sahaja. Si Farah ini sebenarnya tak suka suasana kampung. Tak enjoy.
Sudahlah melalui jalan yang sunyi, bukan banyak kenderaan pun yang lalu lalang di sepanjang kawasan itu. Mereka berdua bertolak petang. BD tadah telinga dengar Farah berleter atas motosikal.
"Aku tak sukalah, apa salahny abuat je dekat rumah Harun tu... ni nak buat kat kampung dah kenapa? Jauh pulak tu? Tengok ni ni lalu kawasan hutan lagi. Kiri kanan bersemak. Tempat setan semua ni." Ucap Farah.
"Relaks la Farah, sekali sekala ubah suasana, apa salahnya." balas BD.
"Ala dekat situ apa yang bestnya. Ni la buat keputusan tak fikir dah ada orang suka ke tak suka." Farah tak henti-henti membebel.
Tiba-tiba BD terlanggar jalan berlopak secara tak sengaja. Dia bukannya perasan, dah keadaan jalan begitu suram. Memang dia tak pernah lalu jalan itu. Tetapi laluan tersebut dikatakan adalah jalan pintas, atau lebih dekat untuk ke rumah datuk Harun.
"Bodoh ar kau ni BD, main langgar je, habis kotor dah seluar baru aku!" Marah Farah.
"Aku tak sengajalah Farah. Relaks la... kau ni pun." BD cuba bersikap optimis. Dia tidak mahu melenting nanti Farah akan lebih teruk naik angin.
"Kau ni dah la lalu tempat macam ni, pasti banyak setan. Tu la aku tak suka korang buat reunion dekat sana." Farah tetap tak puas hati.
Tidak semena-mena motosikal yang mereka naiki rasa hilang keseimbangan. BD pun beritahu mungkin tayar pancit. Bila dilihat, tayar kempis dah. Farah pun turun. Mulut tak henti-henti asyik bercakap dan berleter sahaja dari mula sampai la tayar pancit.
"Tu la kau BD, langgar lubang lagi. Tayar dah pancit. Kau ni main bawak je motor."
"Tenanglah, kita tolak dulu motor ni. Mana tau depan sana ada bengkel ke."
"Mana ada bengkel dalam hutam macam ni. Kalau ada pun bengkel setan!" Bentak Farah sambil mendakap geram tubuhnya sendiri. Mulutnya memuncung. BD menggeleng melihat reaksi Farah sedemikian itu.
BD cuba hubungi rakan-rakannya untuk memaklumkan bahawa dia dengan Farah akan lambat sampai kerana tayar motosikalnya pancit. Malangnya coverage tak ada. Mereka terpaksa berjalan sambil tolak motosikal tersebut. Hari pun mula gelap.
Tak lama mereka berjalan, Mereka rasa lega, ada sebuah bengkel motosikal di hadapan mereka. Terdapat papan tanda bernama Bengkel Motor Pak Ngah Osman. Mereka berdua pun melihat ada seorang lelaki tua tengah tukar tiub motosikal seseorang, dan ada dua orang sedang menunggu di atas kerusi.
BD yakin itu adalah tuan punya motosikal tersebut. Maknanya tak ramai pelanggan, motosikal mereka pun dalam sekejap dah boleh siap dan mereka pun menegur pakcik tu beritahu nak tukar tiub. Pakcik tu dengan suara garau dan nada meleret sambil berkata "Boleh..."
Sementara itu, Farah pun duduk menunggu dekat sebelah pelanggan berdua, sempat BD mendengar Farah membebel, "Ish!!! Nak bukak Instagram pun tak boleh, line tak ada pulak!!! Orang nak update pun payah!" Bebel-bebel sungguh si Farah ni. Seterus BD pula berjalan menjauhi bengkel tersebut.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan coverage. Dia nak hubungi rakan-rakannya. Memang line tak ada langsung. Tiba-tiba BD rasa lain macam. Dia rasa ada sesuatu yang menghampiri. Terperanjat dia.
"Setan!!!"
"Ehhh!!! Saya bukan setan. Saya orang."
Bila dilihat dalam kesamaran itu, BD nampak ada seorang lelaki berbasikal tua sedang membawa guni berisi rumput. Untuk diberi makan lembu rasanya. Orang itu menegur, BD buat apa di tengah-tengah hutan ini seorang diri?
Lantas BD menjawab, dia lagi tunggu motosikalnya direpair dekat bengkel lalu disebutkan nama bengkel tersebut. Lelaki itu pun terkejut. BD pun beritahu lagi yang dia bersama temannya dan temannya itu ada di bengkel itu. BD menambah, ada lagi pelanggan sedang tunggu di situ juga.
"Lagi dua orang? Lelaki dan perempuan?" Soal lelaki berbasikal itu.
BD pun mengiakan. Lelaki itu berkata, "Parah! Mana ada bengkel dekat sana."
"Ada." Balas BD.
"Tak ada, kawasan ni tak ada bengkel,"
Dalam pada itu, Farah menegur lelaki yang membaiki motor tu, "Kenapa repair motosikal di tempat yang tak ada orang dan sepi macam ni pakcik? Memang ramai ke yang lalu sini? Tak rugi ke? Gelap pulak tu."
"Sini memang baru buka cik kerana di tempat saya yang lama dah hancur akibat kemalangan." Kata pakcik tu.
Terkejut Farah dengar dan berkata "Oh, nasib baik pakcik tak apa-apa." Pakcik tersebut sedang buat kerja sambil membelakangi Farah yang sedang duduk dengan pelanggan lain.
"Taklah cik, sebenarnya saya adalah mangsa dalam kemalangan itu." beritahu pakcik tersebut membuatkan Farah tercengang. Dia dah mula rasa lain macam. Jantungnya berdebar-debar dan dalam perlahan-lahan pakcik itu bangun sambil berkata lagi, "Saya adalah orang yang pertama dihentam truck."
Selepas itu terdengar bunyi tulang belulang berkeriuk seperti sedang patah dan retak. Pakaian yang dipakai oleh pakcik tersebut mula menampakkan tompok-tompok darah. Farah meligih ketakutan, dia terus mencuit tubuh orang disebelahnya yang dari tadi hanya tunduk diam sahaja.
Kemudian Farah terdengar lagi pakcik itu berkata, "Selain saya, ada lagi pasangan yang sedang menunggu di sini." Bertambah cuak Farah jadinya. Lututnya terketar-ketar. Nafasnya laju. Pasangan itu pun mendongak bersama wajah yang mengerikan. Mulut mereka koyak rabak.
Baca: Jelmaan Di Tempat Kursus
"Kami semua sudah mati cik... apakah cik mahu bersama kami?" Beritahu pakcik tersebut membuatkan Farah terus menjerit ketakutan dan cuba angkat kaki tapi langkah jadi berat. Farah rebah pengsan di situ serta merta.
BD mendengar jeritan Farah, dia pun segera pergi ke sana bersama lelaki yang berbasikal tua itu. Sesampai di situ, didapati Farah telah rebah pengsan. Dia lihat memang tak ada bengkel pun. Mereka berada di kawasan semak.
Bila dilihat semula motosikalnya, tayar sebenarnya tak pancit pun. Lelaki itu memaklumkan bahawa Pak Ngah Osman dah mati 3 bulan lalu. Bengkel dekat hujung jalan sana telah dilanggar oleh truck. Pak Ngah Osman mati serta merta di tempat kejadian termasuklah pasangan yang menjadi pelanggan ketika itu.
Selepas kejadian tersebut, Farah berasa insaf. Mungkin kerana mulutnya yang celupar. BD menasihati Farah supaya jaga mulut jangan suka cakap lepas. Semua ini pasti ada hikmahnya.
Sekian.
Terima kasih kepada korang gais sudi baca kisah ini. Jika korang suka konten-konten yang ada di dalam blog ini, boleh tekan butang follow dalam blog dan like pages ya... jumpa lagi.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "Puaka Bengkel Motor Pak Ngah Osman"
Catat Ulasan