Misteri Sulur Bidar Menggulung Mangsa


Saya ingin berkongsi sedikit mengenai apa itu Sulur Bidar. Sulur Bidar juga dikenali sebagai Leled Samak oleh masyarakat Sunda. Leled yang membawa maksud menggulung manakala samak pula bermaksud tikar. Jadi, gulung tikar atau tikar menggulung. Lebih kurang begitulah.

Sebenarnya pelbagai versi dan pendapat akan benda ini. Ada yang kata ianya mitos, ada yang kata ianya adalah cuma gas dari dasar sungai atau tasik. Gas H2S atau hidrogen sulfide keluar dari dasar terus membuak naik bersama dedaun kering. Baunya hanyir dan busuk.

Itu dari pendapat saintifiknya. Tak dapat dinafikan kerana ada yang menjalankan ujian seperti itu, namun bagaimana pula bagi yang pernah melaluinya seperti video di bawah ini? Apakah ia suatu yang lain?


Menurut cerita masyarakat Melayu dulu-dulu, ia adalah tikar tempat orang mandikan jenazah yang telah dibuang ke dalam sungai. Kemudian penunggu atau semangat jahat meresapi tikar itu lalu hidup di dasar sungai, tasik atau paya.

Terdapat banyak penemuan buih-buih sebegini ditemui oleh kaki-kaki pancing juga para nelayan. Ianya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini apakah ia benar-benar wujud atau pun tidak. Sememangnya makhluk ghaib tidak terlihat oleh pandangan mata kasar namun kehadirannya dapat dirasai.

Apakah ada kejadian-kejadian aneh menimpa setelah kewujudan sulur bidar ini? Menurut cerita kebanyakan orang,sekiranya ada kejadian lemas di kawasan sulur bidar, dikhuatari sulur bidar ini telah menggulung mangsa tersebut selama beberapa hari.

Pernah juga terdengar cerita orang dulu, terdapat kejadian lemas bahawa orang telah mencari mangsa di tempat itu tetapi tak jumpa. Beberapa hari selepas itu mayat tersebut timbul di kawasan yang memang sudah sedia dicari.

Kemudian ada yang mendakwa, pernah melihat sulur bidar ini, katanya ia seperti tikar dan setiap penjuru pula ada kepala. Korang bayang tak gais macam mana bentuknya? Empat-empat bucu ada kepala. Contoh seperti di dalam gambar ini...


Saya menyaksikan juga sebuah video daripada seseorang iaitu Ustaz Rosdi Hasan. Beliau dilihat telah turun ke tempat di mana buih-buih itu menampakkan dirinya di sebuah sungai. Bagi saya agak menyeramkan gais, tapi mujurlah tak ada apa-apa yang berlaku.

"Insya-Allah saya akan cuba mencari kebenaran sama ada Sulur Bidar itu adalah mitos atau pun misteri. Kalau mitos, saya panggil ia takkan datang tapi kalau misteri saya panggil ia datang." Beritahu Ustaz Rosdi Hasan dan beliau turut ingin menguji sama ada gas yang dimaksudkan itu betul atau pun mitos.

Jadi, korang saksikan sendiri gais video di bawah ini. Adakah Sulur Bidar itu cuma mitos atau ia sebenarnya adalah misteri? Apakah anda pernah melalui atau berhadapan dengan benda ini?


Terima kasih gais sudi menjengah ke blog saya, sehingga kita jumpa lagi untuk konten-konten seram dan misteri yang akan datang. Jangan lupa follow pages saya di FB ya untuk update terkini.

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Sulur Bidar Menggulung Mangsa"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK