Misteri Mata Tak Berhijab


Nama saya Nani, anak lelaki tunggal dalam keluarga. Saya nak berkongsi pengalaman seram dapat merasai energy dari alam lain. Saya dapat rasa benda-benda ni selepas saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Ketika itu saya sedang menunggang sebuah motosikal seorang diri hendak menghantar laddu kepada makcik saya. Sewaktu saya berhenti di persimpangan jalan, tiba-tiba ada kenderaan melanggar saya dari belakang. Saya tak sedar apa-apa lagi.

Kemudiannya saya dirawat di ICU selama hampir tiga bulan. Setelah saya sedar dari koma, telinga saya ini seperti berdengung, Mereka yang datang ziarah saya bercakap seperti suara jadi echo. Saya nak bercakap pun susah kerana tekak saya rasa sempit.

Pandangan mata saya pula kabur, saya cuma nampak mereka dalam keadaan samar-samar sahaja. Hendak saya mengadu saya tak berdaya nak memberitahu mereka. Kaki tangan saya berbalut nak bergerak rasa berat. Saya hanya mengangguk dan menggeleng sahaja tetapi hakikatnya saya tak faham apa-apa pun yang mereka katakan.

Kemudian suatu malam, saya masih lagi di bilik ICU, ada orang datang kepada saya, bayangan hitam yang saya tak tahu siapa, sebab pandangan saya kabur. Suhu dalam bilik ICU rasa sangat sejuk, sangat-sangat sejuk sehingga saya rasa menggigil.

Selepas itu bayangan itu hilang. Misi pun datang tengok saya tak stabil katanya degupan saya laju. Mereka tenangkan saya dengan berikan suntikan. Saya reda dan tak tak sedar apa-apa lagi. Keadaan saya semakin stabil dan dipindahkan ke wad lain.

Ketika itu kawan-kawan saya datang jenguk saya, malangnya suara mereka bertindih-tindih. Saya pun dapat bercakap dan beritahu mereka yang saya tak dengar. Pandangan mata saya pun kabur. Maka ujian dilakukan ke atas pendengaran saya. Doktor kata tak ada apa-apa masalah.

Mata saya pun mereka check tak ada apa-apa masalah. Jadi saya tak tahu kenapa. Saya hadapi perasaan kurang selesa. Saya tak berbual dengan orang. Saya tak dapat dengar mereka bercakap, suatu malam di wad itu, ada orang berbangsa Melayu, dimasukkan ke wad.

Tapi di kaki dia saya nampak ada gumpalan benda hitam. Saya tak tahu apa. Saya bercakap dengan dia, pakcik sakit apa? Wajah dia memang saya tak cam sebab samar-samar. Saya nak berjalan pun teraba-raba. Pelik sangat. Saya ingat saya ni dah blank agaknya.

Tapi pihak hospital akan rujuk saya ke pakar neurologi pula, untuk tengok masalah saraf. Pakar mata pun akan check lagi. Telinga saya memang kurang jelas pendengaran. Kalau cakap mesti echo. Double. Suara bertindih. Semua itu begitu mengganggu.

Pakcik tu diam je... dia berada di sebelak katil saya. Pada malam itu saya dengar jelas macam suara dengusan nafas. Saya rasa aneh, kenapa suara itu tidak ada echo? Katil saya ni tepi tingkap, saya pun pandanglah ke sebelah pakcik tu. Saya nampak jelas sangat-sangat jelas makhluk pelik!

benda tu kecik je, saya tak pasti apa tapi kepala dia ada duri-duri tajam. Bukan macam landak, duri dia macam durian, cuma lebih runcing. Warna hijau gelap kehitaman, nampak berkilat dipantulan dari cahaya lampu.

Mata dia tu macam mata lalat, merah besar. Kepalanya bujur, ada paruh macam burung hantu. Tangan pendek je, cuma kukunya sangat tajam cengkam betis pakcik tu. betis pakcik tu dah luka berdarah bengkak. Saya tercengang kaku.

Ekornya seperti ekor pari, panjang. Kakinya saya tak berapa nampak sebab pendek dan terlindung. Merengus-rengus, macam tengah marah. Makhluk tu peluk dan cengkam erat-erat betis pakcik tersebut. Saya nampak la pakcik tu gerak kiri dan kanan seolah-olah menahan kesakitan yang amat sangat.

Selepas itu benda tu tengok saya. Saya pun cepat-cepat tarik selimut dan berpusing. Saya meligih ketakutan sampailah esok pagi. Bila saya bangkit, saya pendengaran saya tiba-tiba jadi normal. Penglihatan saya jadi jelas.

Walaupun anggota badan saya masih sakit-sakit lagi, tapi semua itu ambil masa untuk pulih. Saya pun pelik juga, semua dah okey. Saya pun tengok pakcik tu, saya nampak wajahnya berkerut menahan sakit. Saya tanya, pakcik sakit apa?

Pakcik tu akhirnya beritahu dah lama dia menderita sakit kaki. Bengkak. Ya memang kaki pakcik belah kanan besar. Saya tanya dia, doktor bilang apa? Lantas jawabnya doktor suspek, gout. Saya pun hairan, gout, sampai besar gedabak kaki pakcik tu.

Cuma saya tak ceritalah apa yang saya nampak malam tadi. Saya takut. Hari ini pun badan saya panas semacam. Misi bagi saya ubat demam. Pakcik tu cuma diberikan rawatan susulan sebelum dilakukan pembedahan.

Nak bedah apa kat pakcik ni kalau doktor pun ragu-ragu dengan penyakit dia? Saya tanya pakcik nak lakukan pembedahan ke? Dia kata sebenarnya tak mahu sebab dia ada ikhtiar ubat kampung, mereka kata kena buatan orang.

Saya pun tak tahu sangat permainan sihir, tapi sangat kasihankan pakcik tu. Saya pun kasihan mereka-mereka yang lain turut menderita sakit berada di dalam wad. Tapi saya tak dapat nak buat apa-apa pun sehinggalah tengah hari tu saya nampak kerusi roda bergerak sendiri.

Ada misi dan pesakit terkejut nampak kerusi roda nampak beralih sendiri. Tapi saya lagi terperanjat. Saya bukan nampak kerusi roda tu sahaja beralih tapi saya nampak misi yang kakinya tak jejak lantai alihkan kerusi roda yang menghalang laluannya. Misi misteri tu pun menghilang.

Saya dah mula pelik terhadap apa yang saya lalui. Pakcik yang beritahu saya yang dia terkena buatan orang tu telah dipindahkan ke wad lain. Mungkin untuk rawatan lanjut. Saya yang berada di hospital sudah mula tidak tenteram.

Bila saya mengadu nampak macam-macam, akhirnya saya dirujukkan kepada pakar saraf dan psikiatri. Itu yang saya tak faham kenapa. Saya diberikan ubat itu dan ini namun saya tetap dengar suara-suara pelik, dan nampak benda-benda pelik.

Doktor kata itu mungkin kesan dari kemalangan yang saya lalui menyebabkan berlakunya kerosakan pada otak. Saya terpaksa terima takdir saya, kalau itu dari segi medikalnya. Jadi bila saya sudah dibenarkan keluar wad, saya tetap kena ambil ubat-ubatan untuk mengawal halusinasi dan dirujuk pada doktor pakar.

Pernah suatu hari saya berada di bus stop sorang-sorang tengah malam, saya pun tak tahu kenapa malam itu saya rasa tak boleh nak tidur. Saya meronda dengan motosikal dan berhenti di sebuah perhentian. Saya parkir di situ.

Ketika itu sekitar jam hampir satu pagi, kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu tak banyak, tapi tiba-tiba saya nampak ada makcik tua memakai sari melintas yang entah dari mana datangnya mengakibatkan ada sebuah kenderaan terbabas mengelak makcik itu lalu melanggar tiang elektrik. Kereta wira jenis aeroback remuk teruk.

Saya memerhati makcik tua tadi entah ke mana perginya. Saya yang berada di situ terus menelefon kecemasan melaporkan insiden tersebut. Walau bagaimanapun, pemandu kereta itu telah maut di tempat kejadian.

Namun, ketika di tempat itu, saya berasa sangat dingin seolah-olah diri saya seperti diperhatikan. Ada seolah-olah makcik itu ada di sekitar situ sedang melihat. Saya tak tahu ia nyata atau pun tidak tetapi perasaan itu hadir sendiri. Seluruh roma saya merinding...

Sekian...
Cerita asal: Nani A/L Maniam
Ditulis: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Mata Tak Berhijab"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK