Misteri Bilik 14 Hotel Bajet


Sebut pasal misteri, ada satu kisah seorang bernama Zaim. Dia mengalami satu kejadian yang aneh dalam hidupnya. Zaim ini kerjanya di bahagian housekeeping di salah sebuah hotel bajet. Baru dapat kerja dekat situ.

Dia pun nak timba pengalaman katanya, bukan nak kekal terus kerja tersebut. Lepasan diploma, tapi jauh larinya dari kelulusan dia tu. Ambil bidang mekanikal engineering, tapi pergi buat kerja itu. Apa salahnya, kan?

Ini semua mak dia membebel, lepas tamat belajar, terperap dekat rumah. Itu yang mak dia suruh cari kerja. Kebetulan pula dekat hotel bajet tu nak pakai orang, mak dia rekemenkan. Dia terima ajelah dari asyik dengar mak berleter.

Lagipun, dapatlah dia timba pengalaman, kan? Dari tak buat apa, lebih baik cari duit belanja sendiri. Terperap di rumah pun bosan juga asyik makan tidur dan layan Instagram. Ada juga cita-cita nak jadi Instafemous, lain kali la kut.

Pada mula-mula dia bekerja tu, macam biasalah diberikan penerangan serba sedikit. Hotel bajet, relaks sahajalah kut, itulah yang berada dalam kepala Zaim. Tak perlu ribut-ribut. Maka dia dengarlah apa pesanan supervisor dia tu.

Ada beberapa perkara yang disentuh oleh supervisornya yang membuatkan Zaim rasa penasaran. Rasa kaget la orang Indonesia cakap.

Dekat situ ada beberapa orang je staff housekeeping ni. Bukan ramai pun. Lepas tu dia pergilah tanya yang jaga bahagian reception tu, nama Alia, Zaim berbahasakan diri perempuan itu sebagai kakak sebab rasanya lebih tua darinya.

"Kak saya nak tanya ni,"

"Apa dia?"

"Encik Hamdan kata jangan usik bilik 14 di tingkat tiga, kenapa eh?"

Kak Alia pun menarik nafasnya lantas mengingatkan lagi kepada si Zaim ini agar jangan sesekali alpa kalau nak kerja lama dekat sini. Zaim hairan.

"Hotel ni berhantu ke kak?"

"Syhhh!!!" Kak Alia minta Zaim jaga mulut. Jangan suka-suka cakap. Orang dah pesan macam tu, ikut sahajalah, jangan banyak tanya. Kak Alia agak marah kalau Zaim mempertikaikan apa yang telah dipesan.

Jadi Zaim pun dengan rasa bingung tetap juga nak tahu. Jadi tengah hari tu dia pun berdiri betul-betul depan pintu bilik hotel 14. Dia sentuh-sentuh pintu itu dan cuba buka pintu itu. Dia tak dapat buka sebab dia tak ada kuncinya.

Pintu itu berkunci.

"Eh! Kau buat apa ni?" Tiba-tiba Encik Hamdan menegurnya. "Kan aku dah cakap kau jangan usik bilik hujung ni. Kerja kau kat bahagian sana." katanya.

Zaim terpinga-pinga dia pun rasa serba salah dan terus beredar. Dia rasa pelik, ada apa pulak dengan bilik tu sampai dilarang keras sehingga begitu sekali.

Di ruangan pantry, dia bercakap pula dengan Musa, dia tanya pekerja senior situ. Apa sebenarnya yang ada dalam bilik tu. Musa pun beritahulah, bilik tu kosong je tak ada apa-apa pun.

"Dah tu kosong, macam pelik je tak bagi aku bukak?" Bebel Zaim tak puas hati sebab dia rasa ingin tahu. Biasalah, orang ni kalau dilarang makin ingin nak tahu. Ingin tahu apa sebabnya.

Jadi hari pertama tu agak penat jugalah belajar buat kerja-kerja tu semua. Kak Alia pun cakap kat Zaim, dia kata Zaim janganlah terlalu obses dengan bilik 14 tu. Tak ada apa-apa pun, buat tak tahu je... Kak Alia berpesan lagi, jangan pedulikan apa-apa.

Setiap hari Zaim ni cuba juga nak tahu, dia selalu pergi dekat pintu bilik 14 tu nak tahu sangat. Tanpa dia sedar tindakannya itu selalu diperhatikan. Akhirnya, dia dipanggil oleh supervisornya.

"Kau ni kenapa ya? Asyik pergi dekat bilik 14 tu?" Soal Encik Hamdan di ruang pejabat.

"Takde bang, saya sebenarnya..."

"Macam inilah... memandangkan kau dah seminggu kerja dekat sini... bermula esok aku tukarkan kau kerja syif malam." Setelah itu, esoknya Zaim pun kerja syif malam.

Pada malam, yang jaga bahagian hadapan bukan Kak Alia, tapi Romzi yang murah dengan senyuman. Cuma Zaim tak sempat nak borak-borak lagi dengan Romzi.

Malam itu Zaim macam biasa, dalam kepala otaknya asyik teringat pasal bilik 14 di tingkat tiga tu sahaja. Waktu dia nak naik lif, tiba-tiba ada seorang perempuan pun ikut masuk. Waktu itu jam 12:30 tengah malam.

Itu pun sebab Romzi minta tolong kemaskan bilik 9 sebab ada pelanggan tiba-tiba checkout pukul 11:00 lagi. Belum ada yang kemaskan.

Zaim tengoklah perempuan tu pakai skirt merah, betis putih menggelepak. Pakai kasut tumit tinggi. Rambut pula paras bahu. Wajah kacukan macam Chinese. Kemudian perempuan tu berdiri di belakang Zaim ketika Zaim tekan punat tingkat tiga.

Zaim pun tegur, "Tingkat tiga juga ke?"

Perempuan itu tak jawab, mungkin Zaim rasa perempuan itu tak faham kut, lantas dia pun bertanya dalam bahasa English, perempuan itu pun menjawab, "Yes."

Setibanya di tingkat tiga, pintu lif pun terbuka, Zaim pun melangkah keluar, tetapi perempuan itu tak ikut melangkah keluar pun. Dia pandang ke dalam lif, Eh?!

Tak ada sesiapa pun. Mana perempuan tadi? Dia pun mula rasa tak selesa. Bulu romanya tegak. Dia pun pergi ke bilik 9, dia kemas sorang-sorang. Buang kulit-kulit kacang yang disepahkan.

Selepas dia keluar dari bilik 9 tu, dia pun nampak perempuan tadi yang beradai di hujung. Perempuan tu berdiri sambil tengok ke arahnya. Zaim perasan tu adalah bilik 14. Kemudian dia pun nampak perempuan tu masuk tembus pintu.

Zaim pun jadi panik. Cepat-cepat dia berlari turun melalui tangga dan pergi menemui Romzi yang  tersengih-sengih. "Jumpa ke?" Zaim ditanya oleh Romzi.

Tak terkata apa-apa Zaim. Romzi pun kata, ala... rezeki la tu... bukan semua orang boleh jumpa pun... "Aku yang kerja lama dekat sini baru sekali je dapat jumpa, tu pun dekat tangga. Kau beruntung, seminggu dah terserempak." Selamba beritahu Romzi.

"Eh bang, aku datang sini nak kerja tau, bukan nak hadap hantu-hantu ni."

"Itulah, orang dah pesan jangan pergi dekat bilik 14 tu kau degil... kau nak juga tahu."

"Siapa perempuan tu bang?"

"Manalah aku tahu Zaim, bilik 14 tu adalah bilik dia. Memang dari dulu lagi tak ada orang berani tinggal dalam bilik tu."

"Mustahila la bang, mesti ada hal." Zaim tak percaya. Dia mahu Romzi cakap hal yang betul-betul.

"Kau nak tahu sangat ke?" Tiba-tiba Encik Hamdan muncul. Terkejut Zaim, tadi dia menggelabah terserempak kelibat tersebut.

"Kau mesti terserempak dengan dia kan? Kalau kau tak tahan, gerenti kau akan berhenti kerja. Sebab tu aku awal-awal pesan jangan cuba buka pintu bilik 14 tu,"

"Tapi kenapa?"

"Dekat situlah perempuan tu mati."

Hah? Zaim.

Encik Hamdan beritahu dalam bilik itulah perempuan tersebut bunuh diri. Tapi hal itu tak dihebohkan nanti nama baik hotel ni rosak. Walaupun kes tu dah lama, tapi jelmaan perempuan itu akan tiba-tiba muncul kalau ada yang cuba nak masuk dalam biliknya.

Cuma risau, kalau-kalau hal yang lebih buruk lagi berlaku, jadi bilik itu dikosongkan agar entiti perempuan itu terus berada di dalam supaya tidak mengganggu pelanggan yang lain di hotel itu.

Zaim persoalkan, tak pernah panggil ustaz ke? Berapa ramai dah panggil, sekejap je reda, tapi perempuan itu datang balik, tetap nak tinggal dalam bilik tu.

Untung sungguh, dapat bilik free je tak payah bayar. Dah la mati bunuh diri, pow bilik hotel pulak. Zaim menggeleng kepala. Keesokan harinya dalam seminggu jugalah Zaim demam.

Pernah sehari tu dia datang, dia nampak di cermin di tandas perempuan tu berdiri di belakangnya. Jadi dia mengambil keputusan, untuk berhenti kerja. Dia malas nak hadap situasi begitu.

Jadi begitulah kisah misteri yang Zaim lalui... pokok pakalnya, kalau orang dah larang tu, janganlah nak pandai-pandai pergi juga. Itu baru sikit. Dibuatnya perempuan itu ikut balik? Tapi tak kut, sebab perempuan itu sayangkan bilik 14 tu lagi.... jadi dia stay la kut kat hotel tu... jangan marah tau, saja berseloroh.

Ok gais... terima kasih. Jumpa lagi di next story okey di blog rashidsalim.com, jangan lupa follow blog dan juga fb pagesnya ya.

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Bilik 14 Hotel Bajet"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK