Kisah Seram Tapak Perumahan Baru


Hai, nama saya Robi Wilson. Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih kepada Rashid Salim kerana sudi siarkan kisah saya di dalam blog beliau. Saya ingin berkongsi cerita seram yang saya alami kepada anda semua. 

Kejadiannya ini berlaku pada tahun 2015. Ketika itu kami baru berpindah ke rumah baru kami yang terletak di kawasan Kota Samarahan, Sarawak. Pada mula-mula kami pindah tu, kawasan tersebut agak sunyi keadaannya. 

Iyalah kawasan perumahan itu masih lagi baru dan banyak rumah yang belum siap kecuali di kawasan bahagian rumah kami saja yang sudah boleh diduduki. Masa itu terdapat ramai warga Indonesia yang bekerja di sana.

Dipendekkan cerita, pada suatu malam, saya balik dari rumah kawan yang tak jauh dari rumah saya. Saya seorang diri tidak ditemani sesiapa. Saya ni boleh dikategorikan sebagai budak yang agak nakal juga suka pulang lewat malam. 

Ketika itu dalam jam lebih kurang 11 malam, sedang saya berjalan dan tiba-tiba saya terdengar seperti orang memanggil-manggil nama saya. Sayup-sayup saya dengar. Kalau nak diikutkan, suara itu membuatkan saya cukup merinding.

Apabila saya menoleh ke belakang, tiada kelibat sesiapa pun. Jadi, saya pun terus melangkah tak ambil kisah dan cuba melupakan. Tengah berjalan, sekali lagi saya terdengar bunyi. Kali ini bunyi derap kaki seperti ada orang sedang mengekori saya.

Kawasan yang saya lalui tu agak sunyi, sudah malam tapi selepas saya dengar bunyi seperti orang ikut, saya rasa nak menoleh lagi ke belakang sebab nak tahu siapakah yang ikut. Masa saya pandang tu, alangkah terkejutnya, saya nampak tak berapa jauh dari saya, nampak ada kelibat seseorang dekat tiang lampu.

Saya punyalah kecut perut bimbang dan takut bercampur baur perasaan ketika itu setelah melihat kelibat tanpa kepala berdiri tak jauh dari saya. Terketar-ketar saya jadinya. Saya pun terus pusing badan dan cabut lari. Entah kenapa langkah kaki terasa berat, namun saya tetap gagahkan larian.

Saat saya hampir tiba di rumah saya tu. Semakin gementar saya jadinya. Andrenalin dalam badan saya kian laju. Mana tidaknya, terserempak pula dengan kelibat putih bertengek atas pohon. Kawasan rumah saya ni masih terdapat pohon-pohon besar.

Kawasan perumahan baru yang belum benar-benar rapi sepenuhnya. Kelam kabut saya dibuatnya, cepat-cepat saya buka pintu pagar dan berlari masuk dalam rumah. Terketar-ketar saya jadinya. Keringat di dahi menitis sebab debaran dan ketakutan.

Malam tu saya susah nak tidur, terbayang-bayang dengan apa yang saya nampak. Semua itu sungguh mengganggu fikiran saya. Sehinggalah sampai esok pagi, saya menceritakan kepada keluarga saya. Malangnya saya dimarahi kerana keluar sampai lewat malam.

Saya pun memaklumkan kepada kawan saya tentang hal tersebut, ayahnya pula menceritakan kepada saya telah berlaku kejadian yang mengerikan di tempat ini. Saya bertanya peristiwa apa, lalu katanya warga Indonesia bertelagah sesama sendiri menggunakan pedang samurai sehingga ada yang terpotong kepala hingga putus.

Ngeri pula rasanya, jelmaan kelibat itu pada malam tersebut telah membuatkan saya kurang berani lagi untuk keluar malam, bukan setakat itu sahaja, macam terdengar-dengar akan suara memanggil saya dan juga seperti suara hilaian pontianak. Cukup menyeramkan.

Begitulah pengalaman saya ketika mula-mula pindah ke tempat baru, disapa oleh benda-benda tu di sana. Terdapat banyak lagi kisah seram yang saya kongsikan di Youtube Channel saya iaitu wilson_official.

Sekian, terima kasih... jumpa lagi.

Robi Wilson.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Kisah Seram Tapak Perumahan Baru"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK