Kepercayaan Hantu Kutti Satan Di Kalangan Masyarakat India


Di India, masyarakat mereka percaya akan kewujudan hantu ini sejak sekian lama. Menurut dari pembacaan saya, Kutti membawa maksud kerdil, manakala Satan pula adalah syaitan atau makhluk halus. Saya pun berminat juga nak tahu apa sebenarnya hantu kutti ni?

Jadi saya pun buatlah kajian sikit dan mendapati hantu ini dikatakan memiliki wajah yang sangat menakutkan, bertaring, serta memiliki rambut. Dikatakan pula, badan makhluk ini berwarna putih. Itulah gambaran bagi makhluk kutti satan ini.

Kutti satan bertubuh kecil, kalau masyarakat Melayu pula ada toyol, namun sejauh manakah perbezaan saiznya, Wallahu a`alam. Tetapi bagi orang terdahulu yang bela hantu kutti ini, mereka gunakan ia untuk tujuan perperangan.

Di India sekitar abad ke-13, dikatakan raja-raja pada ketika itu menggunakan khidmat kutti satan di dalam skill perperangan. Setiap perperangan yang tercetus, maka raja-raja ini akan menggunakan ilmu mistik bagi mengawal kutti satan untuk turut berperang mengalahkan musuh.

Negeri yang sangat terkenal dengan hal-hal mistik adalah di Kerala, India. Di sana juga dikatakan kalau nak dapatkan hantu-hantu ini, boleh jumpa dengan pawang mereka. Nak bela benda ini mesti ada mantra-mantra khusus. Bukan sembarangan.

Dan, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat mewujudkan semangat kutti satan ini. Maknanya kutti satan ni bukan mudah-mudah nak dibela. Cuma kalau dah bela, ada syarat-syat tertentu. Kena bagi makan. Iyalah, dah bela makhluk halus, tak adanya nak minta makan ayam KFC atau burger McD.

Dimintanya darah ayam atau darah kambing atau sebagainya. Mereka hanya inginkan darah, tak bernafsu nak makan macam kita yang kadang-kadang teringin nak makan pizza. Itulah habuan untuk mereka, dahagakan darah.

Kutti satan ada banyak jenis dan spesis, katanya hampir 500 jenis, dan biasanya yang terpopular adalah antaranya ialah;

Jenis-jenis Kutti Satan:

  • Poo Kutti Satan
  • Karun Kutti Satan
  • Pranthan Kutti Satan
Seperti yang saya maklumkan di atas, untuk mendapatkan setiap kutti satan ini punya mantra khusus. Ia bukanlah sangat mudah untuk didapati. Hanya orang-orang tertentu sahaja. Contohnya orang yang boleh berhubung dengan benda ini. Boleh contact dengan alam ghaib misalnya, yang tahu akan titik kelemahannya.

Namun sekarang ini ada sahaja yang bela benda ini dengan pelbagai tujuan sebagai pendamping, untuk mencuri dan pelindung diri. Sebut pasal tujuan mencuri, dah hampir sama pula tugas dengan toyol. Geng-geng merekalah tu kut.

Tetapi setakat ini saya tak pernah terserempak dengan benda ini. Minta dijauhkan. Ia suatu yang menakutkan. Mungkin masyarakat kita terbiasa nampak saudara kutti satan ini kut iaitu toyol. Cuma toyol ini botak, kutti pula ada rambut, tunggulah rambutnya keguguran, sepesen la tu nanti. Tapi... warna pula berbeza... toyol hijau, kutti putih pulak... yang boleh claim sama, kerdil ajelah kut...

Baca: 9 Jalan di India yang dipercayai sangat angker dan menyeramkan

Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa berwaspada dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah oleh Allah Azza Wa Jalla. Segala info yang saya sampaikan ini sekadar menambah pengetahuan sahaja. Sekian...

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kepercayaan Hantu Kutti Satan Di Kalangan Masyarakat India"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK