Hipnosis: Ilmu sihir pukau atau cuma kuasa minda?


Ada di antara kita mungkin menyangka bahawa hipnosis adalah ilmu pukau. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut, suka saya nak ingatkan kepada anda supaya terlebih dahulu membaca ruangan disclaimer di dalam blog ini, terima kasih.

Di negara kita masih lagi kurang diberikan pendedahan mengenai apa itu hipnosis berbanding negara jiran tetangga kita iaitu Indonesia yang jauh lebih memahami kebenarannya. Disebabkan hal itu, ramai di kalangan kita yang beranggapan hipnosis adalah satu ilmu pukau yang diamalkan untuk memukau seseorang.

Tanggapan itu sebenarnya salah sama sekali kerana menurut dari pemahaman saya, hipnosis adalah hal yang sememangnya suatu yang alami. Semua orang pernah mengalaminya, cuma ia dirangsangkan oleh hipnotis menggunakan kaedah hipnosis ini.

Hipnotis: Orang yang memanfaatkan ‘hipnosis’ kepada orang lain untuk tujuan terapi atau untuk memberikan saranan yang lebih efektif.

Proses hipnosis ini dilakukan adalah dengan persetujuan atau dikatakan dengan kerelaan antara individu terbabit. Ia tidak seperti pukau yang boleh dilakukan secara paksa menggunakan ilmu hitam.

Orang yang dihipnosis ini sebenarnya masih sedar cuma ia seolah-olah telah ditidurkan namun ia masih boleh mendengar dan menurut kata-kata hipnotis. Maksudnya, orang yang hipnosis ini telah memberi fokus pada setiap bicara hipnotis.

Di sini sebenarnya menunjukkan seni komunikasi itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting. Namun, tidak semua orang boleh dilakukan hipnosis ke atas dirinya sekiranya tiada persetujuan atau tiada kerelaan individu tersebut.

Ini kerana jika seseorang itu tidak memberikan fokus atau tumpuan, sudah tentu seseorang hipnotis itu tidak akan berjaya membuatkan individu yang ingin dihipnosis akan menurut setiap butir bicara atau arahannya.

Ia sangat berbeza dengan pukau ilmu yang dimanfaatkan oleh si pemukau untuk melakukan jenayah tertentu. Ia boleh berlaku secara paksa. Walau bagaimanapun, hipnotis juga mampu memperdayakan orang dan membuatkan seseorang yang lain berasa kagum.

Walau bagaimanapun ia terpulang pada amalan dan tujuan seseorang. Namun, orang yang dihipnosis ini masih sedar dan tahu apa yang sedang berlaku cuma minda bawah sedarnya telah dikawal oleh hopnotis kerana dia telah memberikan fokus yang dalam.

Jadi menurut pemahaman saya, hipnosis yang dilakukan oleh hipnotis adalah berdasarkan kaedah ilmu sains. Ia juga digunakan sebagai hipnoterapi, manakala pukau pula adalah dari ilmu hitam menggunakan kaedah sihir berdasarkan mantra-mantra tertentu.

Definisi Hipnosis

  • Hipnosis ialah keadaan separa atau separuh sedar yang boleh menyebabkan seseorang itu terlihat seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yang diajukan kepadanya oleh orang yang menguasai mindanya ataupun menghipnotisnya ketika itu.
  • Hipnosis ialah satu kaedah memasuki minda bawah sedar manusia secara lisan dan memanipulasikannya mengikut kehendak yang telah dipersetujui oleh kedua–dua pihak dan selalunya digunakan untuk tujuan-tujuan perubatan, membuang tabiat buruk, memulihkan trauma dan sebagainya.
  • Hipnosis adalah suatu keadaan yang menyerupai tidur yang dapat dilakukan secara sengaja kepada seseorang, di mana seseorang yang dihipnosis boleh menjawab pertanyaan yang diajukan, serta menerima saranan tanpa membantah.
  • Hipnosis adalah teknik (kaedah) atau cara dalam mempengaruhi orang lain untuk masuk ke dalam keadaan luar biasa hipnosis.
  • Hipnosis adalah suatu keadaan di mana perhatian menjadi lebih atau tersangat fokus sehingga tahap daya terima saranan meningkat begitu tinggi.
  • Hipnosis adalah suatu seni komunikasi untuk mempengaruhi seseorang sehingga mengubah tahap kesedarannya, yang dicapai dengan cara menurunkan gelombang otak dari Beta menjadi Alpha dan Theta.
  • Hipnosis adalah seni komunikasi untuk menjelajahi alam bawah sedar seseorang.

Manfaat Hipnosis

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan atau kesan melakukan kaedah ini;-
  • Mengawal dan menguruskan emosi
  • Berhenti merokok / ketagihan
  • Mengatasi isu susah tidur
  • Merawat isu berkaitan seksual
  • Menurunkan berat badan, 
  • Meredakan rasa sakit 
  • Mengubah kebiasaan
  • Menanamkan saranan yang bersesuaian dengan keperluan
  • Merawat ketakutan, kencing malam, psikosomatik, 
  • Memecahkan mental block, keyakinan diri, tekanan perasaan / kemurungan, gugup
  • Menangani rasa cemas
  • Membantu membina dorongan mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya
  • Serta isu berkaitan fikiran dan emosi

Tonton video ini untuk menyaksikan bagaimana proses hipnosis dilakukan serta penerangan mengenainya. Video dari MHI yang bersiaran pada 12 November 2018. Selamat menonton...


Sumber: hipnotis.my
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Hipnosis: Ilmu sihir pukau atau cuma kuasa minda? "

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK