6 Jenis Hantu Popular Di Perancis
Jumaat, 20 Ogos 2021
Add Comment
Hai semua, jumpa lagi kita dalam ruang informasi cerita seram di blog Rashid Salim. Kali ini saya nak kongsi beberapa jenis hantu yang popular di France. Negara ini turut terkenal dengan fesyen (fashion) dan peragaan (modeling).
Perancis merupakan pusat utama industri model dunia. Di sana juga terdapat banyak binaan terkenal seperti Menara Eiffel, Muzium Louvre serta makanan-makanannya yang unik dan sedap. Lazat tu...
Dan kepada anda yang nak cuba rasa masakan perancis, boleh try pergi ke Cafe De Paris, Bukit Bintang, Cantaloupe - The Troika, Kuala Lumpur dan juga di Topshelf, Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur.
Baiklah, kita teruskan dengan info berkenaan jenis hantu yang begitu glemour yang ada di sana. Apakah ia seseram di negara kita atau di negara-negara yang laian? Atau mungkin lebih dahsyat lagi? Jom kita kenali hantu-hantu mereka...
Berikut hantu-hantu terkenal dari Negara Perancis;
GARGOYLE
Makhluk ini berbentuk separuh manusia tetapi memiliki wajah kacukan iblis. Gargoyle mempunyai sayap dan kulitnya sangat keras dengan tekstur yang nampak macam batu. Kalau dia duduk diam tak bergerak, memang nampak macam patung gais. Cuma kalau benda ni wujud, sukar nak beza sama ada itu gargoyle sungguh atau yang patung.
Kalau dalam filem-filem, benda ni nampak macam membunuh, ia digambarkan seperti makhluk yang jahat tetapi ada pula yang mengatakan ia bukan sedemikian, cuma terpalit dengan kejahatan. Namun di sebalik lagenda, Gargoyle ni dikatakan sejenis malaikat pelindung yang sadis memerangi kejahatan.
Wajah mereka memang terlihat begitu dan bengis tetapi sebenarnya mereka memerangi musuh-musuh yang membuat onar. Disebabkan itu patung-patung mereka ni banyak berada di katedral atau gereja pada umumnya.
LES DAMES BLANCHES
Dalam erti kata lain The White Lady yang digambarkan sebagai hantu perempuan yang berpakaian gaun putih panjang dengan wajah yang pucat lesi. Hantu tersebut dikhabarkan selalu menarik perhatian orang yang suka jalan kaki dan dia selalu muncul di jurang, jambatan atau di gua puaka.
Menurut kepercayaan orang-orang, hantu ini kalau jumpa mangsa akan diajak menari. Kalau mangsa tak menari dengannya pasti akan diseksa. Hantu menari ni gais. Dan sekiranya mangsa sanggup menari dengannya untuk beberapa ketika, hantu ini kemudian akan menghilang.
Jikalau terjumpa di jambatan pula, hantu ini seolah-olah minta tol. Maksudnya kena minta izin dengan dia dulu kalau nak lalu. Kena melutut, "Nek... anak cucu tumpang lalu...." contoh je ni. Dan kalau orang tu tak melutut pasti akan dicelakai. Hantu ini akan seru pula benda lain seperti haiwan untuk melukai mangsa. Biasanya yang membantunya adalah matagot.
MATAGOT
Matagot atau dikenali juga sebagai mandagot merupakan Roh berbentuk haiwan. Ia menyerupai kucing hitam yang sering digambarkan dengan memiliki mata besar yang jelas nampak jahat ye gais. Dikatakan matagot ini jugalah yang membantu Les Dames Blanches untuk menyeksa mangsa.
Menurut kepercayaan, matagot ini merupakan kucing penyihir yang membawa kekayaan ke rumah jika diberi makan dengan sempurna. Matagot ini tak boleh diabaikan, mesti dihidangkan makanan yang memuaskannya setiap hari.
Iyalah... Kalau dah diberikan kekayaaan ya gais, janganlah asyik bagi makan ayam goreng je boring la kawan tu, sesekali bagilah lembu celup madu atau celup tepung sekor atau bagi makan kenduri besar-besaran. Pasti tak cari tuan lain dah tu... untung-untung matagot bagi ganjaran emas setiap hari.
Tapi awas... sampai masa kena lepaskan juga benda ni sebab kalau dah si tuannya mula keuzuran, matagot ini akan makan tuan. Iyalah, kalau dah tak larat nak belai dengan kasih sayang, tak dapat nak bagi makan lagi, tuanlah jadi mangsa.
LES LAVANDIERES
Ini pula bermaksud Wanita pencuci baju tengah malam ye gais. Hantu spesis ini digambarkan sebagai wanita yang kurus tinggi dan sangat kuat. Mahu tak kuat, cuci baju bukan pakai mesin basuh ya gais, pakai tangan je.
Ada yang jumpa hantu ini tengah sibuk cuci baju tepi sungai. Kalau siapa yang lalu, diorang ni akan panggil sebab nak minta tolong cuci baju. Sekiranya yang tak tahu itu adalah hantu, pergi tolong cuci baju, pasti akan menimpa nasib malang.
Ini kerana hantu ini cerewet. Orang tolong cuci baju, ada sahaja yang tak kena. Salah sikit mereka akan mengamuk gais. Silap hari bulan mereka akan perlaku si korban ni macam kena pukau. Selepas itu mereka perah tangan mangsa tu seperti perah pakaian.
Korang bayangkanlah gais, terpusing-pusing lengan keluar darah. Kuatnya tenaga hantu ini. Hancur luluh tulang belulang dipulasnya. Prappp prappp prapppp! Memang tak reti berterima kasih sungguh hantu ini. Orang dah tolong cuci baju, malah diseksa pula orang. Hish!
Tapi, untuk selamat, kalau korang gais dengar orang panggil tengah-tengah malam itu, lebih baik chow sahaja. Jangan tunggu lama. Entah siapa-siapalah yang memanggil tu, kan?
PHANTOM THE OPERA
Phantom of the opera sebenarnya adalah manusia tetapi memiliki penampilan seperti hantu dengan muka seperti tengkorak, tidak mempunyai hidung, dan mata. Terlihat seperti mayat hidup, kerana itulah dia memakai topeng.
Disebabkan orang takut melihat wajah, dia sembunyi disebalik topeng tersebut. Dirinya yang pelik itu membuatkan diri terpulau dan dia pun menyembunyikan diri di tempat rahsia bernama The Palais Garnier opera house.
Di situ dia (Erik) melakukan kejahatan terhadap pengunjung yang datang ke opera tersebut. Dia melakukan beberapa siri pembunuhan yang misteri sehingga orang-orang menjadi takut. Sering terbayang-bayang akan kelibatnya.
Erik ini cacat sejak lahir, dia sebenarnya mangsa buli akibat kelainan dirinya tersebut. Iyalah gais, manusia ni kalau nampak benda pelik, mula buat tanggapan yang bukan-bukan sehingga Erik digelar sebagai monster. Mahu tak despression kawan tu.
THE BRIDE OF CHATEAU DE TRECESSON
Yang terakhir ini pula adalah hantu pengantin. Selalu kita dengar pasal hantu pengantin ya gais? Itulah kekecewaan hidup si pengantin yang nak bahagia tapi jadi hantu pulak. Hantu ini dikatakan berkeliaran sambil bawa bucket bunga pengantin. Dia yang mengenakan gaun pengantin yang berwarna putih gentayagan mencari korban.
Dan menurut cerita, pada suatu malam ada seorang pencuri telah melarikan diri dan bersembunyi di suatu tempat. Kemudian pencuri ini melihat ada orang misteri tengah menggali kuburan dan melihat ada sosok pengantin perempuan yang masih hidup dimasukkan ke dalam keranda.
Perempuan itu ditanam hidup-hidup. Setelah mereka pergi, pencuri itupun cuba menolong dengan menggali semula kuburan tersebut dan malangnya perempuan yang memakai gaun pengantin berkenaan telah mati. Semenjak itu Chateau De Trecesson dihantui oleh roh hantu pengantin yang malang.
Ok gais... terima kasih kerana membaca artikel pada kali ini. Jika korang suka dengan info ini boleh terus follow blog saya untuk info-info yang akan datang. Jumpa lagi.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "6 Jenis Hantu Popular Di Perancis"
Catat Ulasan