6 Jenis Hantu Popular Di Korea Selatan


Hai semua, apa khabar? Kali ini kita nak terbang ke Korea Selatan nak intai spesis hantu yang ada di sana pula. Ini dari info yang saya godek berkenaan rumor-rumor hantu yang ada di sana yang menjadi bualan.

Apa yang saya nyatakan di sini sekadar pengetahuan semata-mata dan hiburan kita bersama kerana tidak hanya kita berkongsi dunia ini. Semoga terhibur hendaknya.

Baiklah, tanpa membuang-buang waktu, marilah sama-sama kita menelusuri beberapa jenis hantu yang sangat popular di Korea Selatan. Di antaranya adalah...

Jenis-Jenis Hantu Di Korea Selatan


Cheuksin

Cheuksin adalah Outhouse Goddess yang bermaksud Penunggu Tandas (penjaga) pada bangunan tambahan, ia digambarkan sebagai hantu wanita berambut panjang dengan bola matanya berona hitam dan berpakaian berwarna putih, dia sering dijumpai melayang di kawasan yang gelap di sekitar tandas yang dijaganya.


Ada rumor mengatakan, kalau nak masuk tandas tu kena batuk tiga kali sebelum nak guna tandas tersebut. Itu sebagai tanda agar penjaga itu bersiap untuk beredar. Kira macam bagi signal. Kalau main terjah sahaja, hantu tu mengamuklah. Ibarat masuk rumah orang tak bagi salam.

Cheonyeo Gwisin

Cheonyeo Gwisin dikatakan sebagai hantu gadis sunti, digambarkan sebagai hantu sosok perempuan muda memakai baju putih dengan rambut hitam yang terurai panjang.

Hantu ini nampak macam mirip dengan pontianak ya? Tapi di Korea, hantu ini bukan mati beranak, tapi mati sebabkan kecewaaan dan despression (tekanan perasaan).

Bila jadi hantu, mula ganggu penduduk sekitar dan orang-orang yang dia kenal. Ada rumor mengatakan hantu ini sangat kecewa dengan teman lelakinya, kecewa dengan keluarganya. Kira hidupnya rasa tak berguna langsung. Akibatnya dia bunuh diri.

Bunshinsaba

Bunsinsaba sebenarnya bukan hantu tetapi ia adalah sebuah permainan pemanggil hantu dengan menggunakan papan khusus mirip seperti Ouija board atau spirit of the coin. Ia permainan yang menyeru semangat roh atau hantu.


Ia bertujuan untuk mengutuk (mengancam) seseorang, hantunya sendiri sering digambarkan wanita berambut panjang dengan gaun merah yang sangat menyeramkan.

Kiranya macam panggil hantu, lepas tu target siapa nak dikutuk dengan menulis nama individu tersebut dengan guna pensil. Maka hantu itu akan pergi bunuh atau apa-apa sahajalah pada orang berkenaan.

Macam pembunuh upahan menggunakan hantu pula. Tetapi awas, jika silap percaturan, pemain itu sendiri akan menerima nasib malang.

Hwaiteu

Hwaiteu yang bermaksud putih (white) adalah hantu wanita berambut putih, mata putih yang latar belakang ceritanya berhubungan dengan dunia music kpop. Peminat-peminat kpop mungkin tahulah kut pasal hantu ini.

Dikatakan hantu ini wujud dari sebuah perasaan iri anggota kumpulan penyanyi tersebut. Salah seorang anggotanya yang mempunyai bakat hebat dalam pencipta lirik dan lagu selalu menonjol.

Akibatnya dirinya didengki dan dianiaya sehinggalah dia tidak tertahan kerana selalu dibuli hingga dia pun membunuh diri dengan meminum racun. Setelah itu, dia bangkit dan menghantui sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu-lagunya.


Mul Gwishin

Mul Gwishin adalah Hantu Air yang digambarkan sebagai mahkluk ghaib yang menjaga di kedalaman air dan mereka juga sering digambarkan sebagai hantu dengan rambut panjang serta lengan yang menonjol keluar dari air tenang untuk menyerang setiap orang yang mandi atau berenang di tempat berkenaan.

Menurut kepercayaan mereka, kewujudan hantu tersebut adalah akibat dari sebuah kecelakaan kenderaan yang berlaku ke atas seorang wanita jatuh lemas di dalam air berkenaan dan mayatnya tidak ditemui. Seterusnya, ia menjadi tempat yang berpuaka sehingga menarik orang yang berenang di situ seolah-olah mahu meminta tolong.

Gumiho

Gumiho adalah rubah yang berekor 9 yang sudah hidup selama seribu tahun dan akhirnya mendapat ilmu boleh merubah wujudnya apa-apa sahaja. Perubahan yang paling disukai adalah menjadi seorang perempuan atau gadis muda yang cantik lalu menggoda lelaki dan mengambil jiwa-jiwa mereka.

Menurut rumor, rubah ini dikatakan akan mengubah wujud sebagai manusia dan sesiapa yang dapat menyimpan rahsianya selama sepuluh tahun maka ia akan tetap menjadi manusia. Sekiranya rahsianya sengaja dibongkarkan, ia akan memudaratkan orang yang tidak menjaga rahsianya.

Terima kasih kerana membaca. Sehingga jumpa lagi. Jangan lupa untuk follow dan like pages blog ini ya untuk cerita dan info yang akan datang. Sekian...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

3 Responses to "6 Jenis Hantu Popular Di Korea Selatan"

  1. Kalau jumpa hantu korea kita suruh dia menarinoppa gangnam style lah ye...

    BalasPadam
  2. aduh, tengok hantu Cheuksin tu pun dah rasa seram dah.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK