Wafaq pelaris perniagaan dan 10 kesan buruk menggunakannya
Apa benda sebenarnya wafaq pelaris ni? Apakah yang dimaksudkan dengan wafaq tersebut? Maka saya ingin berkongsi dengan korang berkenaan hal tersebut melalui pembacaan saya.
Apa itu wafaq?
Wafaq adalah sekumpulan huruf yang mengandungi kalimat-kalimat tertentu yang membentuk suatu gambar. Sama ada ia membentuk perkataan yang boleh difahami dan ada yang langsung tak difahami.
Bukan sahaja huruf, malah simbol-simbol tertentu turut terkandung di dalam gambar atau lukisan tersebut yang dikatakan mengandungi kuasa ghaib (berkhodamkan iblis, jin dan syaitan).
Huruf-huruf atau simbol-simbol ini pula hanya diketahui oleh si pembuatnya sahaja. Ada yang membentukkan huruf-huruf atau simbol-simbol dalam bulatan, kotak, segitiga, jadi bentuk binatang dan sebagainya.
Tujuan wafaq
Ia juga digunakan dengan pelbagai tujuan termasuklah sebagai pendinding diri, penyembuhan penyakit, pelaris perniagaan dan juga sebagai pengasihan.
Ketika nak membentuk tulisan dan gambarajah tersebut pun ada syarat-syarat tertentu yang pelik-pelik seperti dilakukan pada masa-masa tertentu, mesti kusyuk, kena tahan nafas, malah nafas kena keluar cepat kemudian ada wirid-wirid aneh dan sebagainya.
Kalau anda adalah orang yang ingin mendapatkan wafaq tersebut. Ini contoh sahaja, jangan pula kata saya yang sarankan, ini contoh sahaja, boleh perhatikan sendiri bagaimana cara ia dibuat. Dukun-dukun ini pasti akan syariatkan ibadah tertentu kepada anda untuk memastikan wafaq ini mustajab.
Cara penyimpanan Wafaq
Ada banyak cara penggunaannya. Ada yang jenis gulung-gulung wafak ni lalu dicampurkan dengan air putih (air masak) kemudian minum air tersebut.
Kemudian ada yang digantung dalam rumah sebagai pendinding diri dan keselamatan. Digantung di kedai sebagai pelaris malah ada yang disimpan dalam dompet untuk apa sahaja yang diniatkan itu.
Pelaris kedai makan
Selain wafaq, apa lagi tempat jin tinggal?
Ibnu Mas’ud ra berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda;
إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ
Sesungguhnya mantera-mantera, jimat-jimat dan pelet adalah syirik
Baca: Ilmu sihir pelet cinta
Bahaya memakai tangkal atau wafaq
Benda ini sudahlah syirik, lepas itu membawa kesan yang sangat buruk kepada diri sendiri, keluarga sehingga ke anak cucu cicit serta keturunannya nanti. Kalau dah bawa kesan buruk, untuk apa nak guna tangkal, wafaq atau mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan ini?
Pasti korang nak tahu apa kesan buruk itu kan?
Kesan-kesan buruk menggunakan tangkal, azimat atau wafaq;
- Bila meradang, susah nak kawal diri. Memang marah gila-gila sehingga ada yang menumbuk tembok batu dan menendang pintu kayu sampai pecah. Pendek kata mudah mengamuk dan melenting.
- Perubahan dan mempunyai personaliti atau karakter yang berbeza-beza dengan sekelip mata.
- Keruntuhan rumah tangga. Mahligai yang dibina menjadi porak peranda. Tidak aman dan tidak tenteram. Berada dalam suasana yang tidak selesa.
- Anak-anak menjadi liar ataupun ada yang mengalami kecacatan anggota badan mengikut imbalan serta perjanjiannya yang dimeterai sewaktu ilmu, wafaq atau tangkal itu diambil sehingga ada yang membawa kepada kematian.
- Anggota keluarga mudah jatuh sakit dan asyik keluar masuk hospital. Akibat juga dari gangguan jin tersebut.
- Mudah berlaku pertengkaran, pergaduhan dan perselisihan sesama anggota keluarga.
- Aura rumah akan menjadi gelap, panas, usang dan sentiasa mempunyai bauan yang tidak enak.
- Ianya lambat laun akan memakan diri orang yang mengambilnya, akan dirosakkan sistem badannya. Orang itu akan menghadapi kesukaran untuk bernafas. Antara penyakit yang sering terjadi adalah sakit jantung atau serangan jantung.
- Sukar untuk menghembus nafasnya ketika sedang nazak. Azab waktu hendak mati.
- Apabila mati kelak khodam-khodamnya akan turun pula kepada anak cucu keturunannya. Ia sebagai Saka keturunan kerana jin-jin itu perlukan tuan. Ini juga faktor penyebab keturunannya mudah jatuh sakit, para doktor kenali ia sebagai penyakit genetik.
0 Komentar untuk "Wafaq pelaris perniagaan dan 10 kesan buruk menggunakannya"
Catat Ulasan