Terserempak hantu bonceng dalam semak


Saya Husin (bukan nama sebenar) dan sekarang dah buka bengkel motosikal. Ini merupakan kisah seram saya dahulu masa jiwa muda. Jiwa remaja memang sukakan cabaran.

Tidak terkecuali saya juga gemarkan aktiviti perlumbaan. Itu zaman remaja ketika berusia 16 tahun. Pada waktu itu saya dah jadi joki. Badan saya ni kecil sahaja orangnya.

Saya terjebak aktiviti tersebut gara-gara terpengaruh sebenarnya. Lagi satu saya ni suka ubahsuai motosikal. Motosikal ayah saya tu dah jadi racing. Pernah jugalah kena kejar dengar ayah. Tapi itu tak lama, selepas itu ayah dah buat tak tahu.

Padahal saya ni tak faham bahasa, ayah marah sebab sayang, tapi kita ni budak-budak masa tu, mana ambil peduli hal itu semua. Yang kita tahu nak enjoy je dalam kepala ni. Hakiktanya kita juga yang menyusahkan mak bapak.

Oklah, tak nak cerita bab tu, nak cerita bab seram je. Dipendekkan cerita selepas waktu sekolah tu, adalah budak sekolah lain datang deal. Katanya ajak race. Ok on!

Race waktu malam, jarak 1km. Ok... lawan motor EX5 je... ketika itu saya joki EX5, belum pro lagi nak main RXZ. Motosikal ni kalau nak bawa pergi race memang kita tak hidupkan enjin tu, memang bawa tunda je.

Kalau yang jenis ada lori, angkut atas lori je. Tapi kita ni barai punya racer mana nak upah orang angkut naik lori, kan? Tak apalah tunda dengan motor member.

Main dekat satu kawasan tu. Memang line clearlah tempat tu kalau tengah malam. Sekiranya ada polis datang, maka berteraburlah lari. Bukan tak biasa, tapi malam tu malang sikit.

Jadi malam tu kami sediakan wang pertaruhan. Kalau kalah, tergadailahkan...tapi malam tu minta-minta menang. Budak tu dari gaya memang action gila la cabar saya. Dia sound perang psikologi pula kata saya gerenti kalah.

Diorang ni sebenarnya nak tebus kekecewaan lalu. No hal beb. Jadi di malam itu bising dengan kita orang je. Memang tak boleh tunggu lama di kawasan itu. Nanti kalau polis datang bikin hal lain pulak.

Geng-geng saya ada yang tunggu dekat garisan penamat dan kemudian baru je nak mula. tengah-tengah duk pulas minyak panas enjin, tiba-tiba siren polis kedengaran. Nampaklah lampu rotator polis di kejauhan. Aduh! Bikin kacau betul.

Siapalah yang pecah lubang ni? Mesti ada kaki report ni! Memang tak puas hati betul. Jadi berteraburlah kita orang blah dari situ. Rupa-rupanya pihak polis ni dah bersedia dah nak perangkap kami.

Mereka dah jaga di laluan keluar. Adalah kawan-kawan saya kena tahan. Saya ni pergilah masuk dekat lorong mana entah bersembunyi. Matikan enjin motosikal, sorok di belakang semak diam-diam.

Tengah-tengah duk mencangkung, intai-intailah tengok mereka tolak motosikal masuk truk. Saya tak jauh dari mereka, nampaklah diorang tu. Sesekali adalah lampu pihak polis duk suluh. Harap tak nampaklah saya.

Alhamdulillah sangat, mereka tak nampak saya. Saya ni siap kena gigit nyamuk lagi. Mereka ada yang kena angkut, ada yang terlepas. Saya je tengah terperangkap dekat situ. Saya pun berundur ke belakang sikit tiba-tiba badan saya tersentuh sesuatu.

Saya ingat batang pokok ke apa, lembik je ni...saya picit-picit, nampak macam kain... saya raba-raba macam tu la dalam gelap. Saya raba bawah lagi, rasa macam kasut. Ah sudah! Jangan-jangan saya dah tertangkap agaknya!

Rasa bahu kena pegang, saya pun bangun perlahan-lahan. Saya rasa dah kantoi, nak buat macam mana, nasib badan. Race tak jadi, kena angkut pulak lagi. Saya pun pusing, adui!!! Saya tengok orang tak ada kepala! Punya la saya terkejut, saya terus lari ke arah polis tu.

Tak pasal-pasal saya pun kena angkut sekali masuk truk. Jantung saya macam nak luruh ketika itu. Saya kata biarlah kena tangkap dengan polis dari duk lama-lama dalam semak tu. Korang jangan gelak pulak tau, ni kisah seram saya tau....

Sekian...
Cerita asal: Husin
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Terserempak hantu bonceng dalam semak"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK