Siapa sebenarnya bunian, bangsa jin atau orang?


Dalam masyarakat Melayu, bunian dianggap 'orang' bunian kerana ada yang mendakwa pernah ternampak makhluk-makhluk ini menyerupai manusia atau mirip dengan manusia dan hilang ghaib dari pandangan secara tiba-tiba.

Saya pun tertanya-tanya sendiri, bunian sebenarnya makhluk apa? Jadi saya cuba buat research sedikit berkenaan benda ni. Bila saya selongkar, saya jumpa beberapa artikel merujuk pada bunian tersebut dengan kata kunci 'siapa bunian'.

Siapa sebenarnya bunian?


Dari sumber Wikipedia mengatakan bahawa bunian ini merupakan salah satu ciptaan Allah Azza Wa Jalla dan ia berasal dari usul cahaya sebagaimana malaikat tetapi bunian bukanlah malaikat.

Manakala jin pula berasal daripada unsur api. Jadi, bunian ini dikatakan berada di suatu tempat yang tergantung, tidak di langit dan tidak di bumi. Ia dinamakan sebagai Alam Zara.

Menurut sumber ini lagi, bunian bukanlah dari keturunan jin dan manusia atau malaikat. Ia memang diciptakan dari Allah SWT. Cuma unsurnya sahaja sama seperti malaikat.

Yang membezakannya dengan malaikat adalah, bunian ini berjantina, punya nafsu, makan dan minum serta tidur. Itu dari pemahaman saya dari apa yang dinyatakan.

Alam Zara

Apa yang dikatakan Alam Zara ini ialah tempat tinggal bunian berkenaan. Seperti yang saya beritahu di atas, ia tidak berada di langit dan di bumi. Di situ tiada cahaya matahari dan yang ada cuma cahaya bunian itu sendiri.

Di sana juga suhunya berbeza dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Jadi manusia menggelarkannya sebagai Kayangan, seperti yang digambarkan dalam filem Sumpah Orang Minyak lakonan Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee.

Dikatakan filem berkenaan mendapat inpirasi dan ilham yang diberikan oleh para bunian bagi menggambarkan suasana dan kehidupan bunian sebenar, namun ada yang menyatakan bahawa P.Ramlee telah mengubahnya mengikut citarasanya sendiri.

Hubungan bunian dengan manusia

Disebabkan bunian ini dikatakan mirip dengan manusia, maka ada yang berkahwin dengan mereka. Pernah tak korang dengar manusia berkahwin dengan bunian?

Pernah tak korang dengar ada orang hilang, dikatakan hanya sekejap sahaja tetapi bila dia kembali semula rupa-rupanyanya dah beberapa tahun berlalu?

Pelik kan? Itu adalah perjalanan waktu yang berbeza di Alam Zara berbanding di dunia manusia. Walau bagaimana ada yang menyangkal dakwaan tersebut, bunian dan manusia punya unsur yang berbeza untuk berkahwin.

Jadi, itu bersumberkan dari bacaan saya sahaja lalu saya cuba berkongsi dengan korang bersama-sama. Dan lagi, ada pendapat lain menyatakan bahawa bunian adalah jin.

Bunian adalah jin!


Saya membuat carian lagi di Google search dengan kata kunci 'bunian adalah jin' kerana inginkan kepastian. Lantas saya menemui satu artikel yang merujuk perkara tersebut.

Ia berkait dengan peristiwa kehilangan Mohamad Ashraf Hasan secara misteri ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak pada 23 Mac 2019.

Dr. Zaharuddin Abd. Rahman merupakan seorang penceramah bebas berkata, bunian itu memang wujud dan itu cuma nama panggilan istilahnya sahaja yang diberikan oleh masyarakat tempatan yang merujuk kepada jin.

Katanya lagi, makhluk (jin) banyak disebut dalam Al-Quran menerusi surah Al-Jinn, antaranya menyebut bahawa jin mengakui mendengar al-Quran yang penuh keajaiban, menunjuk jalan lurus dan mereka telah beriman.

Dalam surah tersebut juga mengatakan jin turut mengaku bahawa di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.


Kemudian saya baca lagi dia kata makhluk ni suka tinggal berdekatan dengan manusia dan membina perkampungannya sendiri. Mereka ni juga hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya);
Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (sepertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia).
Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani

Bila saya renung-renung sejenak, yang ketiga mengatakan jin yang menempati suatu tempat dan berjalan seperti manusia itu pasti merujuk pada bunian tersebut. Maka bunian adalah jin.

Kesimpulan

Bagi mereka yang pernah jumpa mungkin tahu bagaimana rupa sebenar bunian. Namun ada yang kata hanya yang dianugerahkan oleh Allah akan ketinggian Ilmu Makrifat dan Laduni dapat menembusi alam mereka dan dapat melihat mereka. Wallahu a`lam.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Siapa sebenarnya bunian, bangsa jin atau orang?"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK