Seram! Saya perhati je benda tu lalu kat tepi, malangnya saya tak dapat nak larikan diri
Rabu, 21 Julai 2021
Add Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan dan pembaca cerita seram. Semoga anda semua baik-baik sahaja. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi menjengah ke blog saya.
Baiklah... kali ini kiat teruskan lagi bercerita seram dengan kisah seterusnya datangnya daripada Amy (bukan nama sebenar) yang berkongsi kisah zaman remajanya yang ketika itu baru tamat SPM.
Menurutnya ada peristiwa aneh yang telah berlaku ketika aktiviti berkelah pada waktu malam di tepi pantai bersama teman-temannya itu.
Apa yang telah beliau dan kawan-kawan alami? Jom sama-sama kita menelusuri kisah seram berkelah di tepi pantai...
Malam itu malam yang misteri...
Kisah ini dah lama dulu, sewaktu dah tamat SPM. Kiranya kami kawan-kawan sekelas ini buat pertemuan santai di tepi pantai. Tak adalah ramai mana, semua geng-geng lelaki saja yang terlibat. Tapi bukan semua pun yang dapat datang.
Budak-budak kelas kitaorang je. Kalau tak silap saya 12 orang semuanya. Masing-masing bawalah makanan sedikit sorang dari rumah. Bahan-bahan lain serba sedikit bawa. Sebab hari itu kami nak bakar ayam.
Ada yang bawa gitar sebagai hiburan, ada juga yang mengada-ngada siap bawa joran kata nak memancing sekali. Ikut sukalah... asalkan bahagia. Jadi kawasan pantai yang kami pilih tu tempat jauh sikit dari pondok bot-bot nelayan.
Kami bikin unggun api. Nyamuk jangan cakaplah, boleh tahan jugak. Kacau betul. Kebetulan pulak ada kawan sorang tu siap bawak colok cina. Katanya bagus untuk halau nyamuk katanya. Entah dari mana di rembat pun saya tak tahu.
Sambil-sambil tengah bersiap tu, yang sorang ni sibuk main gitar lagu jiwang karat dia. Masa tu lagu Spring Sejiwa tangkap leleh la dimainkan petikan gitar. Saya pun ikut-ikut nyanyi sekali.
Suasana malam itu agak meriahlah juga sambil layan panorama malam dan mendengar deruan ombak menghempas pantai. Sesekali angin menyapa tubuh kami. Pada malam itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Tidak jauh dari kami in ada pokok jambu laut. Kalau di kawasan kami ni daun jambu laut orang buat bungkus tapai. Ketika itu memang banyak terdapat tepi-tepi pantai. Sekarang ni dah payah jumpa.
Okey saya sambung... seterusnya ada beberapa orang ni curing tulang tak tolong, perigi memancing. Amboi sedap benor ye! Saya pun panggil bukan dengki, tapi not fair la. Saya minta cari kayu. Unggun api dah nak padam dah tu.
Kayu bukan susah pun, bersepah tepi pantai ni. Jadi kami taklah kedinginan sangat sebab hangat api membakar. Keadaan pun terang. Tengah-tengah duk sibuk tu, dengar kawan kami kat tepi pantai tu bersorak.
Amboi bukan main, katanya dapat ikan. Yang dekat dengan saya ni pula dah tukar lagu lain dah, tadi lagu Spring, ni lagu Ulek Mayang. Dia nyanyi lagu tu. Dia buat seram suara mendayu-dayu... saya tegurlah... apasal menyanyi macam tu.
Dia cakap, ni lagu berhantu, katanya. Memanglah... semua orang tahu lagu tu berhantu. Tapi buat apa nak nyanyi lagu mitos tu dengan cara macam tu. Jadi dia pun berhenti main lagu Ulek Mayang.
Yang lain-lain khusyuk duk belek-belek ayam atas pemanggang. Sebab kami dah mula membakar. Kalau lambat siap, nanti lambat boleh makan. Makanan lain seperti mee, kerepok, semua ada atas tikar. Kawan yang dapat ikan tadi naik ke atas dan masukkan ikan dalam plastik.
Waktu terus berlalu, jam dah pukul 10 lebih. Kami tak boleh balik lambat, nanti mak bapak kami bisinglah kan, iyalah walaupun dah habis exam sekalipun, tak semestinya kami boleh balik lambat. Paling tidak pun jangan lebih pukul 12 malam.
Lengah-lengah dah dekat pukul 11. Kawan yang main gitar tadi dah berhenti. Dia lapar, nak makan dulu. Kata bolehlah makan, sebab dia tak tahan sangat. Katanya tak boleh lama-lama ada gastrik.
Jadi biarkan dia makan. Yang dekat bawah tu sibuk memancing lagi. Tadi minta cari kayu api, cari sekejap sahaja dah sambung balik memancing. Bukannya nak datang tolong bakar ayam ni.
Tak apalah, dah nak siap pun. Selepas itu tiba-tiba, yang memancing tadi tiba-tiba menggelabah naik cepat-cepat. Woi woi!!! lari-lari!!!
Saya tanya la, apasal woi? Ada yang sempat tunjuk kat tepi laut tu. Ada yang lain dah lari dah. Yang lain tak tahu apa-apa ikut lari juga sebab terkejut. Ingat polis ke apa ke. Lagipun buat apa nak lari, bukan kita buat salah?
Saya terpinga-pinga sendiri. Wei!!! Mereka semua lari! Yang tengah makan tu pulak tak berkutik tengok ke arah saya. Mee dekat mulut dia jatuh. Mata dia terbeliak. Dia macam kaku. Lepas tu dia terus lari.
Saya yang pegang pengepit ayam tengah duk mencangkung di atas pasir tu rasa lain macam. Tinggal saya sorang yang terakhir tak lari sebab saya rasa bingung sendiri. Kawan-kawan yang lain bertempiaran lari.
Masa tu la saya nampak lidah menjalar atas pasir menuju ke arah plastik berisi ikan yang kawan saya dapat pancing. Saya ingat ular, nampak merah hitam berkilat sebab pantulan unggun api. Saya terbeliak. Ketika itu saya ada hidu bau busuk sangat.
Saya nampaklah benda tu tarik plastik tu dari sisi saya. Bila plastik ditarik lalu kat sisi saya, perlahan-lahan kepala saya ikut toleh sampai ke belakang. Saya tengok plastik tu masuk sampai ke dalam laut. Saya jadi hairan la, apa benda tu.
Perkelahan kami pada malam tu haru biru. Katanya ada tiga orang sahaja yang nampak benda tu. Dua orang yang memancing dekat bawah, dan seorang yang makan mee dekat atas. Yang lain-lain tu cuma ikut lari sebab terkejut.
Saya tanya mereka, apa yang mereka nampak, diorang kata dia nampak benda hitam tak jelas sangat tapi hitam besar nampak macam bersisik keluar dari air laut. Kemudian saya minta yang makan mee tu gambarkan, dia kata benda tu besar...
Benda tu berdiri belakang saya, matanya nampak kosong hitam, sangat tak jelas, lepas tu badan bersisik-sisik, kepalanya nampak macam bertanduk, seperti tanduk kerbau cuma ia turun ke bawah. Bentuk kepalanya bujur. Badan pulak besar dan halus dekat bahagian kaki.
Menurutnya ia hitam legam nak nampak berkilat-kilat sebab terpantul sinar unggun api. Ia nampak seperti sisik-sisik yang kasar. Tangannya pendek kukunya runcing bergerak-gerak seperti mahu cekik saya katanya.
Saya sendiri pun tak tahu makhluk apa sebab saya tak nampak. Mereka tanya saya, adakah saya lari, saya jawablah, saya nak lari tapi kaku, seluruh tubuh saya macam kena gam. Saya pun beritahu mereka lagi yang saya cuma nampak lidah tarik plastik ikan tu masuk dalam laut.
Kami pun membuat spekulasi... barangkali ikan yang dipancing mungkin milik benda itu. Entahlah... saya pun tak pasti. Tapi mujurlah sangat-sangat tak ada kejadian yang berlarutan selepas hal malam tersebut walaupun esoknya badan kami panas demam.
Kami pun tak adalah nak cerita dekat sesiapa benda ni sebab ada je yang gelakkan kami, malah yang ada dengan kami sendiri pada malam itu pun tak percaya. Habis kalau berani sangat, kenapa lari? Hanya empat orang sahaja yang percaya... lagi lapan orang anggap kami prank.
Ketika itu istilah prank-prank ini belum diperkasakan lagi. Tapi mereka anggap kami main-main. Kalau main-main nak buat apa nak membazir makan-makanan tu semua. Habis ayam-ayam tu dimakan dek apa pun tak tahu, tinggal macam tu je. Siang-siang hari baru berani pergi ambil barang dan bekas itu semua.
Tak apalah... biarlah ia menjadi sebuah kenangan dan kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini... kalau mereka sendiri yang kena, mungkin mereka akan percaya agaknya. Tapi kenapalah tak kami semua yang nampak ya? Tak aci betul!
Sekian...
Cerita asal: Amy
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "Seram! Saya perhati je benda tu lalu kat tepi, malangnya saya tak dapat nak larikan diri"
Catat Ulasan