Cara membina idea menulis cerita fiksyen


Pernahkah anda tiba-tiba buntu dan tiada idea ketika hendak memulakan atau ditengah-tengah penulisan? Jika pernah, nampaknya kita mengalami nasib yang sama kerana saya juga sering dihadapkan masalah sedemikian.

Tambah-tambah lagi ketika menulis suatu cerita. Ada kalanya ia terbengkalai untuk suatu tempoh yang lama gara-gara tiada semangat serta tiada sepatah idea.

Namun semua itu sebenarnya dapat diatasi sekiranya kita memberikan cukup ruang kepada diri sendiri untuk menilainya. Sejauh mana kita memahami akan masalah yang datang.

Kadang-kadang kita tengah menulis pun tiba-tiba stuck kerana kebuntuan idea. Bingung memikirkan selepas ini mahu tulis apa lagi. Itu yang jadi tertangguh.

Justeru, untuk mendapatkan idea yang lebih baik dan segar. Sini saya amalkan beberapa cara. Anda pun boleh mempraktikkannya supaya anda pun dapat keluar dari belenggu ini.

Secara ringkasnya begini dan ia terpulang pada kreativiti anda...

Cara-cara mendapatkan idea menulis cerita:

1. Layan Youtube

Saat tengah bingung tak ada idea nak tulis next story bagi mereka yang suka tulis cerita pendek, boleh layan filem. Kalau yang suka cerita seram, boleh menonton cerita seram begitu jugalah sebaliknya.

Sekarang ni kan zaman moden, boleh buka youtube channel, layan mana-mana drama ke apa semua tu, buat relief sekejap. Tonton dan jana otak. Banyak info bermanfaat yang dikongsi oleh youtuber-youtuber tanah air mahupun luar negara.

2. Membaca karya online

Boleh searching (cari) info di internet. Membaca artikel-artikel berkaitan, atau membaca cerita-cerita orang lain. Ambil baca juga menelaah karya-karya orang. Tetapi itu tak bermakna anda kena tiru seperti mereka.

Gali idea-idea yang baru, bagaimana untuk menfaatkan penulisan anda seterusnya. Maka tulislah mengikut rencah dan rentak anda sendiri. Setiap penulis pasti mempunyai identiti tersendiri ataupun kelebihan masing-masing.

3. Membaca buku

Anda boleh sahaja membelek buku-buku lain yang berkaitan, tentang karya penulis yang menjadi idola anda. Mesti ada, kan? Karya-karya mereka yang menjadi sumber rujukan dan inpirasi kepada anda.

Baca dan naikkan semangat. Bila ada semangat, idea akan datang sendiri, Insya-Allah. Sebenarnya dorongan dari diri sendiri adalah amat penting.

4. Berkongsi cerita

Rajin-rajinlah bersembang dengan kawan-kawan atau dengan kenalan. Di sini anda jadilah seorang pendengar yang baik. Mana tahu dari berbual-bual dan berkongsi cerita juga dapat memberikan anda idea untuk menulis.

Kadang-kadang, kisah kehidupan juga boleh diadaptasi ke bentuk penulisan. Itu dinamakan based on true story. Namun ada juga yang berlatar belakangkan kisah sebenar yang bukan 100%. Cukup diambil jalan ceritanya sahaja.

5. Melihat cerita alam

Maksud saya melihat panorama alam. Kadang apa yang ada di sekeliling kita juga mendatangkan ilham. Ada sesetengah orang, bila ternampak sebiji batu pun boleh beri dia idea. Ada yang nampak burung yang sedang bagi anak-anaknya makan di sarang pun boleh mendatangkan idea.

Semua itu bergantung pada sudut pandang seseorang. Jadi berikan waktu untuk mata anda melihat keadaan itu. Tinggalkan sekejap meja kerja penulisan anda untuk mengamati keindahan alam buat seketika.

Izinkan otak menjana hal ketika kaki anda berpijak di bumi yang nyata. Mana tahu akan meleraikan kekusutan fikiran yang berlaku. Secara tidak langsung terputuslah kebuntuan yang melanda.


Kesimpulan

Jadi, ini kebiasaan yang saya lakukan untuk saya menghasilkan cerita-cerita seram pendek. Kalau saya membaca karya-karya orang lain, saya cuba menginsiparikan 'sesuatu' darinya.

Tapi ingat! Jika anda mengambil kepunyaan orang, itu plagiat namanya. Anda perlu mengelakkan hal itu kerana ia termasuk dalam prihal etika penulisan yang wajar dipatuhi oleh setiap penulis.


Saya doakan agar kita sama-sama terus sukses di dalam bidang yang diceburi ini. Saya turut mendoakan anda yang minat menulis ini terus unggul dan sentiasa bersemangat. Sama-sama saling mendukung... Insya-Allah....

Semoga perkongsian saya kali ini memberikan sendiri manfaat... Aamiin...

Definisi fiksyen menurut kamus dewan adalah: karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cerita pendek, cereka (cerita rekaan)

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Cara membina idea menulis cerita fiksyen"

  1. semoga sdra rashid akan terus berkarya menerusi genre seram ini. Jarang penulis muda nak buat citer seram skrg. good luck!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan di atas sokongan yang diberikan...

      Padam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK