Benda tu tiba-tiba jadi tinggi, kami pun apa lagi cabut lari


Assalamualaikum semua, selamat sejahtera. Semoga anda berbahagia di samping insan tersayang. Terima kasih kerana setia mengunjungi blog cerita seram RS.

Pada kali ini kita nak sampaikan sebuah pengalaman seram kaki pancing. Nizam (bukan nama sebenar) sudi berkongsi dengan kita semua mengenai satu peristiwa seram yang pernah beliau lalui bersama rakan-rakan.

Tanpa berlengah dan membuang masa lagi, jom kita menelusuri kisah beliau memancing di sebuah tempat pada waktu malam bersama kawan-kawannya. Semoga terhibur...

Kawan ajak memancing

Bila sebut pasal memancing saya jadi teringat kisah lalu sewaktu muda remaja. Zaman bujang dulu berbuat apa sahaja tiada siapa nak halang, kan? Cuma saya ni bukan pemancing tegar. Cuma kadang-kadang sahaja.

Maksud saya bukan selalu pergi memancing. Ikut mood juga sebenarnya. Iyalah, memancing ni bukan untuk orang yang tak sabar macam saya. walaupun kurang kesabaran, namun ada juga rasa nak memancing. Begitulah...

Jadi nak dipendekkan cerita, dulu nak beli joran kena kumpul modal. Dapat beli satu pun dah okey. Masa tu terikut-ikuyt kawan. Mereka yang ajak memancing. Yalah... memancing....

Maka belilah saya joran yang tak berapa nak bagus tetapi bolehlah buat memancing. Modal tak banyak. Asal ada la kan dari tak ada langsung. Beli pun sebab kawan ajak mancing katanya. Jadi kena beli gewang sotong.

Memancing dari darat, waktu itu bulan mengambang. Kiranya bukannya pergi turun ke laut naik bot, tak... tapi kami pergi lepak atas batu di teluk. Mancing pakai gewang, faham kan? Begitulah....

Kami pergi empat orang dengan dua buah motosikal. Saya membonceng dengan kawan. Kemudian tiba di tepi teluk tu kena tinggalkan motosikal dan berjalan kaki lebih kurang 150 meter, sebab situ kawasan berpasir, tak boleh nak bawa motor.

Kemudian setiba dekat batu, kami panjatlah bongkah-bongkah tu, sampai ke atas. Maka terpampanglah perpandangan laut yang indah disinari cahaya purnama. Lampu picit kami memang ada bawa sekali. Zaman tu tak ada telefon canggih macam sekarang yang boleh snap gambar dalam gelap....

Masa tu saya guna Nokia 3310 sahaja, kira dah advance sangat dah tu, kan? Kira bolehlah dari tak ada. Selepas tu masing-masing bersiaplah nak mula memancing. Saya pun tegurlah kawan, nama dia Zul, eh Zul... minta air kau sikit, aku lupa bawak air la... kata saya sebab haus.

Zul pun hulurkan minuman, saya minum banyak dahaga tiba-tiba. Minum air masak je tu... saya ucap sorry pada Zul kerana terlebih minum. Nasib baik dia tak marah. Lepas tu pun kami lontarkan gewang.

Rezeki sungguh!

Memang rezeki kamilah malam tu, banyak dapat sotong. Bunyi ombak langgar batu menjadi irama pada malam itu disamping bunyi cengkerik mengiringi lantunannya. Terbuai asyik kami layan panorama yang mengasyikan.

Iyalah bahagia dapat sotong banyak. Kami letak baldi yang dibawa. Memang tak sangkalah banyak betul. Tapi tiba-tiba saya nak terkencing. Biasalah jantan, kencing berdiri sahajalah dekat situ.

Cuma jauh sikit dari tempat memancing. Ketika saya tengah-tengah kencing tu, dengar ada orang "Psstttt psstttt," kat bawah tepi batu tu. Saya terkejutlah sebab ingat dah kencing atas kepala sesiapa. Tak sangka pulak ada orang lain dekat bawah tu.

Saya pun cakaplah maaf bang, sebab saya nampak macam orang lelaki. Malu punya pasal saya pun berundur. Manalah saya nak tahu ada orang lain memancing jugak dekat situ. Sebab tadi tak perasan pun ada orang.

Saya pun kembali semula kat kawan-kawan. Saya beritahulah mereka yang ada orang lain jugak memancing dekat bawah tu. Jadi kami biarkan sahajalah...

Lepas tu kami empat-empat orang ni dengar, Psttttt! Pssstttt!!! serentak kami menoleh ke arah tempat yang saya kencing tadi.

Kami pun nampaklah bayang-bayang seseorang yang berbadan kurus, tercegat atas batu pula tidak jauh dari kami. Dia berada betul-betul tempat yang saya kencing tadi.

Zul pun tegurlah, tu ke orangnya? Saya pun jawablah, ya... tiba-tiba.... hal yang buat kami tak terfikir, benda tu semakin tinggi. Semakin lama semakin tinggi. Terperanjatlah jadinya.

Oi Zam!!! Hantu galah Zam!!!!!!! Jerit Zul! Kami empat-empat orang ni terus berlari turun macam tu sahaja tinggal barang-barang kami. Berlari sekuat hati tanpa menoleh ke belakang lagi. Tak cukup tanah kami pecut.

Dah tak peduli sudah tentang sotong yang banyak kami dapat tu. Kecut kepala kami empat-empat orang ni. Pertama kali jumpa hantu galah yang tiba-tiba meninggi sedemikian rupa. Seram sejuk jadinya. Berderau darah kami.

Entah macam mana benda tu boleh muncul dekat situ. Pelik sungguh kami rasa. Keesokannya kami berpakat nak pergi tengok siang-siang. Nak pergi ambil barang-barang kami masih ada lagi ke tak. Tapi hanya dua orang saja, saya dengan Zul. Lagi dua orang tak nak ikut.

Kami pergi intai dengan penuh berhati-hati, hakikatnya masih trauma sebenarnya, tapi tetap buat-buat berani nak pergi jugak, kami dapati semua sotong dalam tong tak ada. Yang ada cuma kelengkapan memancing kami sahaja.

Masa tu kami fikir, hantu galah makan sotong ke? aduhai, misteri sungguh. Lepas tu ingatkan habis setakat tu sahaja rupa-rupanya saya dan Zul terdengar lagi....

Pssstttttt!!! Pssssttttt!!!!"

Bunyi itu datangnya dari arah dalam semak berdekatan dengan bongkah batu.... maka kami pun cepat-cepat cabut lari! Berdesup! Taubat, sampai sekarang tak boleh lupa. Tapi mujurlah benda tu tak ikut balik.

Sekian.

Cerita asal: Nizam
Ditulis oleh: Rashid Salim

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Benda tu tiba-tiba jadi tinggi, kami pun apa lagi cabut lari"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK