Bila sebut mengenai jalan raya berhantu ini, tergambar dalam fikiran kita tentang Jalan Karak atau pun Jalan Grik yang sering dikaitkan dengan hal-hal misteri seperti penampakkan sosok-sosok aneh atau pun kelibat-kelibat hantu.
Terdapat banyak kisah dan versi daripada pengalaman orang yang pernah melalui jalan tersebut terutamanya pada waktu malam. Ia menjadi kepercayaan dalam sesetengah masyarakat kita sehingga ke hari ini.
Jalan di Karak, ada yang nampak kereta Volkswagen kuning bergerak sendiri tanpa pemandu, manakala di Grik pula nampak benda-benda aneh dan pelik. Mungkin di jalan-jalan lain juga ada.
Malah ada yang mendakwa jalan yang seharusnya membelok, tapi nampak lurus. Maka seringkali terjadinya kemalangan maut dan ngeri di tempat-tempat sedemikian.
Tidak hanya di Malaysia sahaja, malah di negara maju lain seperti Amerika Syarikat turut berlaku benda-benda ini. Tidak hairan di India pun turut ada jalan-jalan angker.
Di bawah ini adalah senarai jalan-jalan yang dipercayai berhantu dan menyeramkan di India. Jom sama-sama kita menelusurinya satu persatu...
9 Jalan di India yang dipercayai sangat angker dan menyeramkan
Delhi Cantonment
Jalan ini merupakan jalan yang paling cantik terdapat di daerah ini. Namun, cantik-cantik jalan ini pun ada juga orang nampak entiti di sekitarnya. Banyak cerita tentang penampakkan seorang perempuan yang berpakaian serba putih berkeliaran.
Berdasarkan cerita-cerita tersebut, perempuan ini menahan kereta minta tumpang. Kalau pemandu itu tidak berhenti, dia akan ikut kereta tersebut. Tahu-tahu sahaja sudah ada dalam kereta.
Ramai yang mengatakan bahawa perempuan itu adalah jelmaan roh arwah perempuan yang mati dalam kemalangan maut yang dahsyat dan mengerikan.
East Coast Road, Chennai
Melalui jalan ini pada waktu siang memang tiada apa-apa yang menyeramkan malah menyenangkan. Jalan tersebut menghubungkan Chennai dan Puducherry yang membentang di sepanjang panta Laut Arab yang indah.
Terdapat hutan dan juga jurang di sepanjang jalan itu yang mungkin dilihat agak menakutkan apabila direntas pada waktu tengah malam.
Hal ini kerana ada pemandu mendakwa pernah melihat perempuan bersama dengan kanak-kanak kecil. Penduduk di situ yakin bahawa mereka telah meninggal dalam kemalangan beberapa tahun lalu.
Blue Cross Road, Chennai
Lagi jalan di Chennai yang terletak di Daerah Basant Nagar. Terdapat pohon-pohon besar menghiasi sepanjang jalan dan ia merupakan lorong tunggal.
Kawasan yang terpencil itu sering menjadi tempat bunuh diri. Saat malam hari, penduduk di situ tidak berani nak melintas jalan sebab selalu ternampak roh gentayangan. Mereka percaya, roh orang mati bunuh diri sering menghantui mereka.
Sathyamangalam Wildlife Sanctuary
Tempat ini merupakan tempat yang sering terjadi rompakan, maka daerah ini disebut sebagai kubu Veerappan. Banyak orang yang telah terbunuh di sini.
Penduduk setempat memberitahu bahawa selalu terdengar jeritan suara yang kuat dan pernah melihat hantu. Cuma mereka tidak pasti apakah itu adalah makhluk ghaib atau pun bukan.
Kashedi Ghat
Jalan ini sangat indah saujana mata memandang. Jalan ini terletak di antara Mumbai dan Goa. Kashedi Ghat merupakan jalan yang sering dan banyak berlakunya kemalangan.
Penduduk setempat mendakwa bahawa terdapat orang yang muncul tiba-toba di hadapan kereta lalu meminta tumpang.
Sekiranya tidak berhenti atau memandu tersebut sengaja melanggarnya, maka pemandu itu akan menerima nasib malang atau akan mengalami kemalangan maut.
Jamshedpur-Rachi
Laluan di jalan tersebut sangat berbahaya apabila waktu malam. Penduduk sekitar memaklumkan terdapat banyak hantu yang berkeliaran dan sering sahaja mereka lihat.
Beasant Avenue, Chennai
Tedapat lagi jalan di Chennai yang turut tersenarai sebagai jalan angker, iaitu jalan Beasant Avenue. Hantu di sini agresif. Dikatakan boleh melukakan orang dengan memukul atau menampar.
Maknanya hantu-hantu ini boleh bertindak kasar pada fizikal seseorang. Dan mereka juga percaya bahawa hantu-hantui ini sangat memiliki kekuatan luar biasa sehingga mampu melemparkan orang ke tengah jalan.
Kasara Ghar, Mumbai-Nashik
Jalan yang masih dikelilingi hutan ini adalah jalan yang menghubungkan antara Mumbai dan Nashik. Mereka yang melalui jalan ini dikatakan sering ternampak sosok manusia duduk atas pokok.
Terdapat banyak juga dakwaan mengatakan pernah ternampak wanita yang mengenakan pakaian putih tapi tanpa kepala berada di pokok. Sungguh menyeramkan!
Marve dan Madh Road, Mumbai
Menurut kepercayaan mereka, jalan ini sering kelihatan sosok pengantin perempuan yang mati dibunuh dengan kejam. Selepas itu, mayatnya pula telah dibuang dalam hutan bakau pada malam pernikahannya. Sadis betul.
Penduduk setempat juga percaya bahawa wanita itu selalu muncul dan tiba-tiba sahaja berdiri di hadapan kenderaan yang lalu di jalan itu.
Bila sudah muncul secara mengejut begitu, pemandu pun jadi terperanjat. Disebabkan hal itu sering terjadi kemalangan maut di kawasan tersebut. Puncanya, boleh hilang kawalan lalu terbabas.
Rashidsalim.com
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "9 Jalan di India yang dipercayai sangat angker dan menyeramkan"
Catat Ulasan