Kami hampir maut akibat terlanggar 'benda' tu yang bergolek laju


Siapa sangka, perjalanan untuk menghantar makanan kepada anak di asrama berubah menjadi episod cemas bagi sebuah keluarga. Jikalau tidak mengawal keadaan ketika itu, sudah pasti mereka parah atau mungkin juga sudah kehilangan nyawa.

Menceritakan kejadian kira-kira 15 tahun lalu itu, Norbayah (bukan nama sebenar) masih teringat lagi bagaimana situasinya pada malam tersebut. Dia dan ibu turut berada di dalam kenderaan yang dipandu suaminya.

Ikuti kisah yang disampaikan oleh beliau...

Perjalanan Ke Asrama


Anak saya yang pertama dan kedua bersekolah di Sekolah Menengah Agama berasrama di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Dari Johor Bahru ke Bandar Penawar memakan masa kira-kira 2 jam lebih.

Dari simpang pekan Kota Tinggi nak ke Bandar Penawar kami terpaksa melalui jalan yang dipenuhi oleh pokok kelapa sawit.

Jalan ini memang agak keras kerana telah ramai orang 'terkena' serta terdapat banyak penampakan. Tempat tersebut juga sering berlaku kemalangan yang meragut nyawa.

Dipendekkan cerita, ada satu hari itu lebih kurang pukul 5:00 petang, anak dari asrama telefon dan mengatakan mereka teringin nak makan mee goreng.

Apabila anak cakap begitu, iyalah naluri seorang ibu ingin memenuhi permintaan anak-anak dan saya cari mee goreng untuk dihantar ke sana. Setelah beli mee goreng, kami terus berangkat ke sana.

Dalam perjalanan ke sana berlaku satu peristiwa di mana saya dan suami ada sedikit konflik menyebabkan kami terpaksa berhenti di tepi jalan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Setelah selesai, jam sudah pun hampir pukul 6:30 petang.

Ketika itu mood masing-masing terganggu. Suami pun memandu dalam keadaan yang tidak tenteram disebabkan konflik yang melanda. Biasalah, hal kecil boleh jadi besar.

Sampai saja di simpang untuk ke Bandar Penawar, saya lihat jam sudah menunjukkan pukul 7:15 petang. Waktu tersebut telah pun masuk Maghrib.

Kami terus juga memandu sampai di kawasan yang bernama Pasak. Sampai kawasan Pasak pula jam dah menunjukkan pukul 8:30 malam. Kami rasa telewat.

Di hadapan kereta kami ada sebuah kereta Proton Wira. Tiba-tiba kereta tersebut meluncur ke sebelah kanan seperti mengelak sesuatu di jalan raya. Kami agak terperanjat dan tiba-tiba kami terlihat suatu bungkusan yg berkain batik lepas bergolek di jalan raya menuju ke kereta kami.

"Abang! Apa tu?!!!" Jerit saya masa tu sebab terperanjat sangat. Mana tidaknya benda tu bergolek laju ke arah kami macam nak rempuh kami. Kalau tak elak, nanti kami saling berlanggar.

Suami pun cuba mengelak tetapi tidak dapat. Akhirnya merempuh juga benda tu. Memang jelas bunyi gedebuk!!! ketika terlanggar. Tapi ia berlaki di tepi kereta kami.

Ketika itu, Ya Allah! Berdebar sungguh. Jantung saya berdetak laju sebab memang jelas nampak benda berbungkus dengan kain batik lepas bergolek-golek.

Kemudian, saya ingatkan habis setakat tu, rupa-rupanya sekali lagi ia muncul di hadapan bergolek-bolek kali kedua ke arah kereta kami. Entah macam mana benda tu ada lagi. Suami elak dan tetapi kali ini terlanggar lubang.

Kemudian kereta kami melawan arus, kemudian tiba-tiba muncul sebuah lori di hadapan kami yang membunyinya hon. Ya Allah! Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.

Mujurlah suami cepat masuk semula ke laluan yang betul, kalau tidak kami dah bertembung dengan lori besar itu. Bayangkanlah keadaan kami masa tu bagaimana. Ibu saya pula di belakang mengucap panjang dengar bunyi hon lori tersebut.

Kami bersyukur kerana tidak terlibat dengan kemalangan namun debaran di dalam hati kami jelas terasa. Masing-masing terdiam bermain dengan perasaan masing-masing.

Tiba-tiba ibu saya menegur, apakah itu yang berguling di jalan raya tadi nampak macam batik lepas. Suami saya pun terus menegur ibu saya suruh diam dan baca Al-Fatihah.

Sesampainya di asrama anak, suami memberitahu benda yang bergolek itu adalah hantu bungkus. Katanya hantu bungkus ni memang bergolek tak melompat macam pocong. Cuma ia berbungkus dengan kain batik lepas.


Jadi, apa yang kami dengar pun kata macam tu juga, hantu bungkus ni berbeza dengan pocong. Tapi entahlah saya tak tahu pasal hantu, yang saya tahu pada malam tu memang benda tu berbungkus dengan kain batik lepas dan bergolek ke arah kenderaan kami.

Walau bagaimanapun kami bersyukur sangat kerana selamat dari kemalangan. Kami tak sempat mengelak dari lori itu, tak tahu apa yang terjadi pada kami. Alhamdulillah, Allah masih melindungi kami.


Mungkin kami sudah ditakdirkan bertemu dengan benda itu sewaktu dalam perjalanan kami selepas kereta wira berkenaan pun turut mengelak. Tapi malangnya terkena kereta kami.

Itulah pengalaman kami bertemu jelmaan tersebut di suatu kawasan yang memang dikatakan sering terjadinya kemalangan. Walaupun sekian lama berlalu namun masih segar di ingatan.

Sekian.

Cerita asal: Norbayah
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kami hampir maut akibat terlanggar 'benda' tu yang bergolek laju"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK