Akibat Mencuri Tali Pocong


Gempar sebuah kubur di sebuah kampung telah diselongkar. Kubur yang baru sahaja berusia seminggu itu telah digali dan didapati empat tali pocong atau tali kain kafan yang mengikat kafan jenazah telah hilang.

Mereka yakin bahawa individu yang sengaja mengambilnya adalah sangat mempercayai bahawa tali tersebut boleh mendatangkan tuah. Kubur itu pun dikambus semula.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. Beberapa hari kemudian terdapat individu telah menemui plastik berisi tali berkenaan di tepi sungai lalu menyerahkan kepada pihak berwajib.

Menurut pihak polis, ia dipercayai telah dibuang ke dalam sungai. Hasil penemuan tali itu telah membawa kepada satu penangkapan seorang lelaki bernama Dian Zulkifli, 37 tahun yang bekerja sebagai penjual burger.

Menurut Dian, dirinya begitu terkesan dan terpengaruh dengan kenyataan sebuah portal di internet yang memberitahu bahawa tali pocong punya azimat dan sangat mujarab. Justeru dia pun bertindak berani dengan menggali kubur tersebut.

Dian menjelaskan, dia menggalinya seorang diri pada jam 12 tengah malam dengan menggunakan tangan dan kayu. Dia mengambil masa kira-kira hampir tiga jam untuk mendapatkan apa yang dingini.

Dian memberitahu lagi, tujuan dia mengambilnya adalah untuk melariskan jualan burger di gerainya dan ingin mendapat lebih ramai pelanggan. Malangnya setelah dia memiliki tali berkenaan, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku.

Berang dan bengang dengan keadaan itu, maka dia pun mengambil keputusan untuk membuang tali pocong tersebut ke dalam sungai yang berdekatan.

Dian bakal bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum setahun empat bulan di atas perbuatannya dilakukannya itu.

Pocong di tepi gerai burger

Setelah heboh sekampung kes Dian mencuri tali pocong, maka berlaku satu peristiwa yang tidak disangka-sangka. Terdapat orang kampung telah terserempak hantu pocong di tepi gerai burger Dian sekitar jam 11 tengah malam.

Dian tidak berniaga kerana susah hati dirinya akan didakwa di mahkamah akibat perbuatannya itu. Kes akan dibicarakan pada tarikh akan datang.

Kadang dia menyalahkan dirinya kenapalah bodoh sangat mudah percaya dengan benda-benda karut tu semua? Mana boleh jadi kaya secepat itu! Dia tidak senang duduk dalam rumahnya.

Tiba-tiba dari katilnya dia terpandang kelibat putih di luar rumah. Dia nampak jelas dari cermin naco. Ia berbungkus. Dia pun bangun dan mendekati cermin naco itu. Segera dia membukanya, sekelip mata kelibat itu hilang.

Pintu rumah diketuk-ketuk

Dian yang tinggal seorang diri di rumah sewa itu terdengar pula pintu rumahnya diketuk-ketuk. Siapa pula yang datang tengah-tengah malam ni? Fikirnya.

Dia pun keluar dari biliknya dah segera ke pintu utama untuk menjenguknya. Lantas dia pun mendapati tiada sesiapa di muka pintu. Yang menerobos masuk ke dalam rumah hanyalah angin.

Pocong berdiri di belakang

Sebaik sahaja Dian menoleh, berdiri seekor pocong betul-betul rapat di hadapan mukanya. Mereka saling bertentangan. Bau busuk bagai bangkai jelas menusuk rongganya. Begitulah bau yang dihidunya sewaktu dia menggali kubur untuk mengambil tali pocong.

Mata pocong itu kemerahan merenung tepat ke dalam matanya. Dian jadi kaku, tidak dapat bergerak. Seluruh tubuhnya mengeras. Darahnya seperti membeku.

Setelah itu, terasa macam ada sesuatu seperti tiub berlendir masuk melalui mulutnya kemudian darahnya seperti disedut-sedut. Sakitnya bukan kepalang. Dia tidak tertahan perit yang sangat dahsyat dan akhirnya Dian meninggal dunia rebah di dalam rumahnya.

Sejurus itu, terdapat dua orang kampung yang menjadi saksi kejadian terus melarikan diri. Mereka sempat menyaksikan hantu pocong 'membinasakan' Dian.

Dian mati, pocong pergi

Selepas kematian Dian, tiada terlihat pocong di tempat itu. Penduduk beranggapan bahawa pocong tersebut hanya membalas perbuatan Dian. Boleh jadi pocong itu marah, tambah lagi Dian pergi 'kosong' ketika menggali kubur tanpa apa-apa pendinding.

Sekian.

Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

5 Responses to "Akibat Mencuri Tali Pocong"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK