Sering mimpi aneh dan sakit kepala tanpa sebab antara tanda-tanda terkena sihir


Secara umumnya sihir adalah satu perbuatan yang mempunyai tujuan tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Sihir telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi sehingga zaman Baginda SAW dan berlaku sehingga sekarang.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan serba sedikit informasi kepada anda tentang tanda-tanda seseorang itu terkena sihir, supaya langkah-langkah awal dapat diambil untuk mengubatinya.

Tanda-tanda umum waktu tidur;

  1. Selalu mimpi syahwat dan berhubungan intim dengan mahramnya, dengan orang tidak dikenali, orang terdekat seperti suami, tunang, atau mimpi dirogol atau mimpi berkait homoseksual atau lesbian yang terjadi antara tidur dan terjaga.
  2. Bermimpi binatang seperti ular, unta, anjing atau kucing.
  3. Selalu bermimpi hal yang mengerikan dan menakutkan.
  4. Mimipi batiniyyah iaitu berasa duduk di suatu tempat dengan orang ramai dan merasakan kejadian tersebut pernah terjadi sebelumnya.
  5. Berkeringat waktu tidur sampai susah hendak tidur. Sudah berusaha untuk tidur tetapi tetap juga sukar sehingga lama kelamaan barulah terlelap tetapi terjaga semula sehingga menimbulkan kegelisahan. Anxiety.
  6. Tidur sambil berjalan.
  7. Mengaduh waktu tidur.
  8. Kerap tidur kena tindih sama ada berlaku antara tidur dan terjaga. Minta tolong tapi tiada seorang pun yang mendengarnya. Susah nak melepaskan diri.
  9. Sering mimpi melakukan onani atau melakukan hubungan songsang atau memiliki alat kelamin berlawanan jenis, contohnya laki-laki memiliki kelamin perempuan, perempuan memiliki kelamin laki-laki.
  10. Bermimpi selalu dikhianati orang terdekat seperti isteri. Dalam mimpi tersebut terjadinya perselingkuhan isteri dan sebaliknya. Isteri atau suami telanjang depan orang ramai dan disetubuhi orang lain di hadapannya dan sebaliknya.
  11. Seringkali bermimpi sesuatu tujuan dihalangi seperti tidak dapat sampai ke tempat yang dikehendaki. Ketinggalan bas, tidak dapat keluar dari satu tempat, gagal menjawab peperiksaan dan sebagainya.
  12. Kerap terlintas di fikiran mahu melakukan hubungan intim dan perasaan itu susah ditahan.

Tanda-tanda umum ketika sedar;

  1. Sakit kepala secara tiba-tiba. Kebiasaanya adalah ketika bangun dari tidur dan berlaku migrain. Ia tiada berkaitan dengan perubatan moden.
  2. Keguguran rambut tanpa sebab medis, terutamanya melibatkan perempuan. Kadang-kadang rambut seperti diikat yang susah untuk diurai. Ia kusut.
  3. Lebam-lebam pada badan termasuk pada dan bawah perut. Lebam makin ketara bila tidur dalam keadaan sedih atau marah. Keadaan lebam tu pula serupa seperti dicakar-cakar.
  4. Kitaran haid tidak lancar atau berbau. Terjadinya pendarahan yang tidak menentu dan keradangan pada vagina. (Biasanya kerana sihir pemisah atau jin asyik)
  5. Terjadi ruam seperti cacar air ketika bangun tidur. Lazimnya pada bahagian paha antara payudara dan punggung.
  6. Bahagian punggung terutama tulang punggung mengalami kesakitan
  7. Mengalami penyakit biasa yang sepatutnya mudah sembuh tapi susah sembuh dengan ubatan moden.
  8. Penglihatan dan tutur bicara jadi terganggu.
  9. Rasa tercekik, dada rasa sesak susah bernafas tanpa sebab yang jelas setelah menjelang waktu petang atau ketika melihat orang tertentu atau berada di tempat tertentu atau juga dalam keadaan tertentu.
  10. Sering mengalami kekejangan otot atau kerasukan atau juga tidak sedarkan diri yang bukan disebabkan oleh tindakan balas listrik pada otak.
  11. Jadi malas untuk melakukan ibadat (Jin memang suka buat orang jadi malas beribadah, kerana sangat mudah untuk dikuasai)
  12. Perasaan tidak menentu seperti menangis tanpa sedar masa sendirian, kadang-kadang berteriak tiba-tiba macam orang kena histeria.
  13. Timbul respon terkait waktu dan tempat macam cepat sakit kepala kalau hendak pergi ke sesuatu tempat atau berhubungan intim.
  14. Mempunyai deria ke enam seperti boleh nampak sesuatu perkara ghaib yang orang lain tak nampak, boleh tahu mengenai sesuatu yang akan berlaku.


Amalan yang boleh dilakukan untuk menghindari gangguan jin, syaitan dan sihir adalah dengan membaca ayat Kursi sebelum tidur.

Nabi SAW bersabda maksudnya,

“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”
(Hadis Riwayat Bukhari 2311)
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Sering mimpi aneh dan sakit kepala tanpa sebab antara tanda-tanda terkena sihir"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK