Lelaki bunuh diri terjun dari jambatan


Kesedaran terhadap penyakit mental skizofrenia dalam kalangan masyarakat kita masih lagi berada di tahap yang rendah. Lazimnya salah satu gejala skizofrenia adalah terdengar bisikan suara-suara halus yakni suara yang menyerupai suara lelaki atau perempuan sama ada garau atau pun tidak.

Dari segi perubatan Islam pula, ia mungkin dari gangguan jin dan bila seseorang itu terkena gangguan berkenaan yang telah merasuki badan, ia jadi tidak sedar.

Boleh jadi ia akan kepanasan dan meracau-racau setelah diruqyah dan sebagainya. Tetapi jika sebaliknya ia adalah dari penyakit itu sendiri yang perlu dirujuk kepada pakar psikiatri.

Fauzi (bukan nama sebenar) menceritakan pengalaman berkenaan penyakit yang dialaminya. Dia penghidap skizofrenia dan juga ada anxiety.

Menurutnya, sewaktu mula-mula dirinya menunjukkan tanda-tanda penyakit tersebut adalah dia mula gelisah tidak tentu arah. Perasaan itu datang secara tiba-tiba.

Pada awalnya dia tidak mengerti, tetapi lama kelamaan dia mula tidak selesa dan kebimbangan yang dirasakan mula melampau seolah-olah kematian mula mendekat. Perasaan itu semakin kuat sehingga setiap malam ia sukar hendak tidur.

Seterusnya, dia mula terdengar-dengar suara yang membisik-bisik di telinganya. Katanya ia bukanlah dari suara hati, tetapi memang seperti suara orang yang sedang berbisik.

Kalau suara hati, ia hanya berada di dalam hati sahaja. Ini pula adalah telinga yang mendengarnya dengan begitu jelas sekali sehingga membuatkan dirinya berasa takut dan cemas.

Apabila ditanya, apa yang dibisikannya, lalu Fauzi menjawab ia meminta supaya melakukan seesuatu yang tidak baik seperti membunuh diri. Fauzi ada kalanya merasakan hidup tertekan dengan situasi tersebut.

Lantas apa sebenarnya yang menyebabkan fikirannya terganggu? Kemudian Fauzi menjawab, semenjak dirinya ditinggalkan oleh isteri dan anak-anak, hidupnya mula dilanda kemurungan.

Setiap hari dia asyik berfikir apa kesalahannya dan apa kesilapannya sehingga isterinya tidak mahu lagi tinggal bersamanya dan menuntut cerai. Demikian hari demi hati yang dilalui adalah dengan penuh kekecewaan.

Dia cuma untuk melupakan tetapi semakin ia sakit dan tertekan sehinggalah dia mengalami waktu sukar untuk tidur dan terdengarlah pelbagai suara datang mengacau.

Kerana tidak tertahan dengan keadaan itu, keadaannya mula lemah dan suara itu selalu memaksanya untuk menghabiskan riwayat hidup. Suara-suara itu berkata bahawa hidup Fauzi sudah tiada makna lagi. Untuk apa diteruskan hidup? Lalu suara itu meminta Fauzi membunuh diri.

Pada suatu hari pada bulan Ramadan, Fauzi memandu kereta melalui sebuah jambatan. Ketika itulah suara itu membisik lagi dan berkata supaya terjun sahaja dari jambatan itu.

Tanpa berfikir apa-apa, Fauzi bagaikan boneka hanya menurut. Dia memberhentikan kenderaannya dan terus terjun. Nasib baik kerana dirinya diselamatkan oleh pihak berkenaan. Jikalau tidak, barangkali dia tiada lagi.

Pada hari kejadian Fauzi mengatakan kepada pihak bomba bahawa dia tiada niat membunuh diri, tetapi hanya menurut bisikan. Lantas ada yang mempersoalkan, bukankah bulan Ramadan syaitan sudah dirantai, macam mana ada bisikan pulak?

Kemudian ada Hamba Allah memberitahu bahawa yang dibelenggu itu adalah syaitan yang merupakan makhluk langit manakala jin adalah makhluk bumi, walaupun di bulan puasa, jin tetap ada, katanya.

Fauzi dibawa menerima rawatan psikiatri dan diagnosis dilakukan. Setelah itu dirinya disahkan menghidap skizofrenia kerana terdapat gejala-gejala yang ada padanya.

Kepincangan yang berlaku dalam rumah tanggannya menjadi asbab dia tidak dapat mengawal fikirannya. Lantas anasir-anasir jahat akan turut menumpang.

Apabila ia melibatkan mental, ada dua perkara di sini, sama ada ia adalah dari masalah dalam pemikiran itu sendiri atau juga dari 'benda luar' yang melakukannya.

Jadi untuk suatu tempoh, Fauzi dirawat di bawah rawatan psikiatri, namun bisikan itu masih ada lagi cuma tidak kerap. Fauzi cuba membiasakan diri dan mengawalnya. Kemudian dos ubat ditingkatkan, dan semakin lama bisikan itu mula hilang.

Fauzi memberitahu, hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu betapa sukar untuk mengawalnya. Orang-orang sekeliling pula mesti memainkan peranan penting agar memastikan bahawa golongan ini tidak tertekan dan berada dalam keadaan yang baik.

Adakah Skizofrenia boleh sembuh?

Penyakit ini sebenarnya boleh sembuh tetapi bergantung pada keupayaan diri sendiri melawannya. Bagi orang Islam pula, dekatkan diri pada agama akan menjauhkan diri pada perkara-perkara yang memudaratkan. Dapat menghindari dari dibelenggu hasutan jin dan syaitan dengan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Fauzi turut mengucapkan terima kasih kepada Awang Fateh kerana ikhtiar mengubatinya. Banyak dia dengar cerita tentang ilmu Awang Fateh mengubat orang.

Awang Fateh berkata, yang dilalui Fauzi itu adalah mainan jin cuba memanipulasikan pemikiran yang akhirnya akan merosakan saraf dan akan mengekalkan Fauzi berada dalam sakit sedemikian.

Fauzi menerima rawatan dengan pihak psikiatri itu juga betul untuk merawat saraf dan dalam masa yang sama, jin mula bersarang di dalam tubuh Fauzi. Dengan usaha dan ikhtikar, maka Awang Fateh merawatinya secara batin. Kesembuhan juga adalah dengan izin Allah.

Sihir pemisah

Awang Fateh pergi ke rumah Fauzi dan menemukan sesuatu yang ditanam berdekatan pagar rumah. Ada sesuatu yang berbalut dengan kain kuning. Lalu Awang Fateh memberitahu itu adalah tulang babi dan paku karat.

Ia digunakan untuk menyihir Fauzi kemudian disebalik itu juga terdapat lagi sihir yang dihantar itu iaitu sihir pemisah agar isteri Fauzi membenci dan pergi meninggalkan Fauzi.

Siapa yang hantar sihir itu?

Fauzi tertanya-tanya, siapakah yang membuat khianat? Awang Fateh tidak menjawabnya dan hanya meminta Fauzi berhati-hati sahaja kerana dalam hidup ini pasti akan ada orang yang cemburu dan berhasad dengki. Kemudian Awang Fateh mengingatkan Fauzi supaya sering amalkan membaca 3 Qul dan ayat Kursi sebelum tidur.


Kembali tenang

Fauzi memberitahu, selepas ikhtiar berubat, hidupnya kembali tenang dan dia akhirnya dapat kembali semula hidup bersama isteri dan anak-anak.

Walau bagaimanapun, temu janji dia dengan doktor pakar masih lagi diteruskan bagi memastikan keadaannya betul-betul stabil. Dia masih makan ubat bagi mengawal mood. Itu semua kesan yang ditinggalkan dari kerosakan saraf akibat sihir.

Ditulis oleh: Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Lelaki bunuh diri terjun dari jambatan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK