Ibu maut ditetak anak kandung


Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara sebulan sebelum itu telah menetak ibunya sampai mati. Masdi 40 tahun menetak Maimunah 71 tahun kerana mendengar bisikan halus yang menyuruhnya berbuat demikian. Selain itu, Masdi juga berkata, ibunya mendesak agar membunuhnya lantas tanpa berfikir panjang, parang yang berada di lilitan pinggang terus digunakan untuk menetak ibunya.

Masdi telah ditangkap di lokasi kejadian dan hasil ujian mendapati dia positf dadah jenis methamphetamine. Ketika penangkapan dibuat, Masdi kelihatan bersahaja dan seolah-olah tidak terkesan dengan apa yang berlaku. Dia memaklumkan tindakan yang dilakukan itu adalah dari suruhan ibunya sendiri.

Sebelum kejadian

Menurut jiran, Khalsum memberitahu dia ada mendengar pertengkaran dua beranak itu. Maimunah menengking Masdi kerana masih membeli dadah meskipun baru keluar dari penjara. Tidak lama kemudian, keadaan kembali senyap dan dia melihat Masdi keluar ke beranda rumah dengan keadaan berlumuran darah sambil memegang parang.

Curiga dengan keadaan itu, dia memanggil suaminya untuk pergi meninjau keadaan. Halim segera keluar dan pergi ke bahagian belakang rumah Maimunah dan melihat sendiri jasad Maimunah yang terbaring di lantai bahagian dapur melalui tingkap. Halim mendapati bahawa Maimunah sepertinya sudah tidak bernyawa lagi.

Maka Halim segera menghubungi pihak polis dan memaklumkan akan perkara itu. Kemudian sekali lagi dia mengintai jasad Maimunah dan alangkah terkejutnya, dia mendapati ada seekor makhluk menggerutu gelap hitam, lidahnya terjelir menampakkan taring dan berkuku runcing berada di sisi mayat Maimunah sedang menjilat-jilat kesan darah.

Peristiwa yang terjadi pada senja itu membuatkan Halim merinding. Apakah yang sebenarnya yang telah terjadi. Halim tahu sebelum ini Masdi pernah dipenjarakan kerana positif dadah dan tidak pula menjangkakan hal ini akan berlaku.

Masdi pernah mengadu selalu diekori

Halim memberitahu bahawa Masdi pernah mengadu kepadanya bahawa dirinya sering merasa diekori. Tidak kira walau ke mana sahaja dia pergi. Halim juga pernah mengajak Masdi supaya pergi berubat sebelum keadaan bertambah parah, tetapi Masdi enggan.

Kemudian keadaan semakin parah bila Masdi mula terjebak dengan dadah. Kata Masdi kepada Halim, dia ambil benda itu kerana ingin menghilangkan tekanan. Pada awalnya dia cuma mencuba, tetapi lama kelamaan ia membawa kepada ketagihan melampau.

Selepas kejadian

Selepas pengembumian Maimunah selesai, Khalsum dan Halim ternampak ada makhluk di beranda rumah Maimunah. Halim menceritakan kepada Khalsum bahawa makhluk itulah yang dia nampak berada di sisi mayat Maimunah pada hari kejadian.

Khalsum rasa seram dan bila malam tidak berani untuk keluar rumah. Adik beradik Masdi pula tidak tinggal di rumah itu. Maka rumah itu dibiarkan kosong. Manakala Masdi pula menerima rawatan mental. Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Pintu rumah Khalsum sering diketuk

Sejak itu, rumah Khalsum yang berada paling dekat sering diketuk bila waktu tengah malam. Ada kalanya terdengar suara perempuan menangis, mendayu-dayu. Mereka yang tinggal empat beranak di dalam rumah berasa tidak aman.

Halim bertanyakan kepada kenalannya tentang orang yang boleh tengok-tengokkan keadaan ini, lalu kawannya memperkenalkan Ustaz Awang Fateh kepadanya. Maka Awang Fateh dengan rasa tanggungjawab datang bertemu dengan Halim.

Lantas Halim menceritakan tentang apa yang berlaku. Kemudian Halim menunjukkan rumah yang telah berlaku kes pembunuhan, di mana seorang anak telah menetak ibunya sehingga mati. 

Saat Awang Fateh memandang rumah itu, Halim perhatikan lama pandangan Awang Fateh terpaku ke arah beranda rumah itu seolah-olah melihat sesuatu.

Halim pun menyatakan bahawa sebelum ini dia ada ternampak makhluk aneh, tetapi selepas tidak lagi kelihatan kecuali terasa kehadirannya. Cuma benda tu tak munculkan dirinya. 

Bila malam, selalu rumahnya diketuk-ketuk pintu. Kadang-kadang tu berlari-lari di atas bumbung. Mulanya dia cuba husnudzon beranggapan itu adalah musang, tapi mustahil seganas itu musang berlari.

Awang Fateh berkomunikasi dengan sesuatu

Halim memerhati Awang Fateh berdiri di hadapan tangga rumah Maimunah. Kemudian Awang Fateh bercakap seperti ada seseorang di hadapannya. Khalsum turut menegur Halim akan tindakan Awang Fateh itu, lalu Halim meminta Khalsum berdiam dan lihat sahaja.

Mayat perempuan tertanam di bawah rumah Maimunah

Dalam kes ini Awang Fateh menyerahkan pada polis untuk menyelesaikannya. Dia hanya memaklumkan bahawa ada mayat perempuan ditanam bawah rumah Maimunah. Awang Fateh memberitahu bahawa perempuan tersebut telah dirogol dan dibunuh oleh Masdi. Perempuan tersebut bukanlah warganegara ini.

Ini bermakna, Masdi terlebih dahulu telah melakukan kejadian rogol dan bunuh tetapi tidak dapat dikesan, sehinggalah perbuatan itu memakan dirinya sendiri setelah roh perempuan itu seringkali menghantuinya.

Masdi membunuh perempuan itu semata-mata untuk menutup perbuatannya. Gara-gara tertekan maka Masdi mula mengambil dadah untuk menghindari bisikan. Malah bukan membaik, tetapi semakin buruk. Ibunya tidak pernah tahu bahawa ada mayat di bawah rumah meskipun kerap diganggu hal-hal yang aneh.

Tempat mayat perempuan yang tertanam itu digali semula, maka keluarlah aroma busuk menusuk rongga. Orang kampung memenuhi kawasan rumah Maimunah lalu menutup hidung kerana bau itu sungguh memualkan. Mereka tidak sangka bahawa Masdi sekejam itu. Sanggup membunuh termasuk ibu sendiri.

Masdi gantungkan diri

Pada suatu malam, ketika para petugas wad sakit mental sedang sibuk, Masdi terdengar-dengar suara menyuruhnya berbuat sesuatu. Lalu dia mengikut suruhan suara itu dengan mengambil cadar dan mengikat pada kekisi serta lehernya lalu terjun dari kerusi mengakibatkan lehernya terjerut kuat. Akhirnya dia tercekik dan kelemasan.


Maka berakhirlah riwayat hidup Masdi dalam keadaan yang mengaibkan sebelum sempat dia dihadapkan ke muka pengadilan selepas melakukan pembunuhan. 

Pada hari kematiannya, petugas di situ ada ternampak makhkuk buruk di sisi Masdi. Itu hanya sekilas pandang namun cukup membuatkan seluruh tubuh petugas itu seriau dan menggigil.

Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Ibu maut ditetak anak kandung"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK