Betul Ke Blog Boleh Buat Duit?

Betul ke blog boleh buat duit

Ketika saya bina blog baru ini pun saya tercari-cari juga informasi tentang bagaimana cara untuk menjana pendapatan sampingan dengan menulis blog. Kemudian pelbagai info yang saya dapat termasuklah pengiklanan Google Adsense.

Apa itu Google Adsense?


Ia merupakan program pengiklanan Google yang akan bayar kita berdasarkan CPC (cost-per-click) maksudnya anda akan dibayar mengikut jumlah klik pada iklan yang dipaparkan di dalam blog.

Dahulu saya pernah apply Google Adsense ini dan banyak kali saya gagal. Terdapat banyak faktor blog saya yang sebelum ini gagal dalam permohanan tersebut.

Sebab itu, kalau nak apply kena ambil tahu perkara yang berkaitan tentang blog. Ketika itu saya langsung tak cakna, sebab itulah selalu gagal. Sekarang pun saya masih tak apply lagi kerana kurang yakin.

Di bawah ini saya senarai ringkaskan beberapa tips melalui pembacaan saya. Semoga dapat membantu rakan-rakan yang mana nak menjana pendapatan pengiklanan dengan berblog selepas ini.

Tips-tips mudah lulus permohonan Google Adsense

  • Guna template yang disediakan oleh pihak Blogger (built-in template)
  • Tulis entri yang panjang dan berkualiti
  • Jangan tiru atau salin penulisan orang lain
  • Kurangkan gambar, lebihkan perkataan dalam entri
  • Jangan mohon Google Adsense terlalu awal
  • Letak About Me, Contact, Disclaimer (penafian) dan Privacy Policy
  • Hanya letak widget yang sesuai
  • Lihat pengalaman blogger yang telah berjaya
  • Pastikan blog telah siap dibina
  • Sediakan sistem navigasi yang mesra pengguna

Saya tidak menyertakan huraian kerana perkara pokok yang saya ingin sampaikan adalah selain platform Google Adsense boleh menjana pendapatan, terdapat juga pelbagai lagi cara untuk anda menjana pendapatan dengan berblogging. Salah satunya adalah dengan membina blog perniagaan anda sendiri.

Izinkan saya menceritakan kenapa saya membina blog ini...

Saya buat blog ini adalah untuk saya menghasilkan konten dan dalam masa yang sama saya memperkenalkan karya saya kepada pembaca saya. Sekiranya ada yang berminat, maka mereka boleh mendapatkannya.

Saya turut menjadikan blog saya ini sebagai medium perniagaan sampingan. Di sini pengunjung dan pembaca boleh mendapatkan karya-karya saya. Secara tidak langsung mereka dapat menilainya sendiri sebelum membeli. Kerana hak membeli tetap terletak pada tangan mereka. Jadi anda juga boleh melakukannya.

Blog sebagai kedai

Jadikan blog sebagai kedai anda sekiranya anda mempunyai produk untuk dijual sama ada produk sendiri atau menjadi affiliate. Di samping itu tulislah artikel-artikel mengenai kebaikan dan kelebihan produk-produk tersebut.

Saya bina blog ini kerana saya nak jadikan ia sebagai sebagai platform untuk saya berkongsi karya-karya penulisan saya serta untuk berniaga ebook dan buku saya.


Review Produk

Jika bernasib baik, bila ada orang suka dengan penulisan anda, tidak mustahil akan ada orang yang inginkan anda untuk mereview atau mengiklankan produk mereka pula di blog anda. Nah, anda boleh dapat hasilnya.

Artikel yang bermanfaat

Namun, bila kita hendak menulis di blog, maka tulislah sesuatu yang baik dan memberi bermanfaat. Pasti orang akan suka. Itu adalah cara yang terbaik untuk kekal relevan di dalam penulisan blog ini. Kalau konten yang kita hasilkan bermutu dan membantu ramai orang maka blog kita pun jadi evergreen. Blog akan sering dikunjungi pelawat yang datang dari carian Google. Trafik organik.

Menulis boleh buat duit

Sebenarnya menulis memang boleh buat duit. Jadi, jangan sia-siakan bakat yang ada pada anda. Percayalah, setiap penulisan kita pasti ada kelebihannya yang boleh membantu banyak orang. Di samping itu, kita boleh juga menjana pendapatan sampingan.

Apa yang paling penting, kita tahu cara bagaimana untuk menuju ke arah itu agar perkara yang kita lakukan ini tidak terbuang waktu.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk buat duit dengan menulis, maka saya ingin bawa anda ke satu website ini, RahsiaPenulis.com [klik di sini] yang akan membongkarkan rahsia bagaimana untuk anda jana pendapatan sebagai penulis.

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

1 Response to "Betul Ke Blog Boleh Buat Duit?"

  1. Sejak dari kecil saya bercita² untuk membuat duit melalui penulisan. Haha.

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK