Bekas tentera maut ditembak dalam kem


Seorang lelaki berusia 34 tahun yang bersenjatakan parang ditembak mati selepas menceroboh kem tentera. Lelaki terbabit dikatakan bertindak agresif menyerang anggota di kem terbabit. Pergelutan yang berlaku menyebabkan anggota tersebut terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan lelaki itu terbunuh.

Lelaki itu merupakan bekas tentera yang mempunyai rekod masalah mental yang terpaksa diberhentikan perkhidmatannya sejak beberapa tahun lalu dan pihak polis meminta agar orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga siasatan selesai dijalankan.

Hannah, 30, menangis setelah menerima berita kematian suaminya. Dia tidak menyangka sama sekali perkhabaran duka itu melibatkan Aswadi yang memang mengalami tekanan mental beberapa tahun yang lalu. Tapi kenapa perlu ditembak? Itulah yang Hannah kesalkan? Hanya kerana dia mengamuk dan membahayakan nyawa orang lain lantas tindakan yang pantas adalah dengan menembak sampai mati?

Hannah benar-benar kecewa kerana tembakan itu telah membuatkan suaminya maut. Kenapa perlu menembak pada bahagian yang boleh menyebakan kematian? Bahagian lain tidak boleh ditembak? Kaki? Anggota lain yang boleh merencatkan amukan itu? Entahlah, Hannah tidak faham.

Hannah dengan linangan air mata menangis di bahu sepupunya, Raihan. Memang dia tiada di tempat kejadian dan tidak nampak bagaimana situasi itu, tetapi sebagai seorang tentera seharusnya lebih tahu dan menilai bagaimana untuk mengawal situasi itu atau pun memang penghujungnya adalah 'mati' ? Mungkin juga nyawa orang yang ada masalah mental ini tiada nilai langsung. Tapi itu suami Hannah! Hannah teriak lagi.

Selama ini suaminya tidak pernah menyakitinya dan anak-anak. Suaminya memang ada masalah mental tetapi dapat dikawal dengan ubat-ubatan. 

Cuma ada sesuatu yang pada hati kejadian suaminya seperti hilang kawalan dan seperti memendam sesuatu. Kemudan Hannah bertanya kenapa? Aswadi menjawab, banyak syaitan dalam kem.

Terkejut dengan kata-kata itu, Hannah bertanya lagi, apa abang nak buat? Lalu Aswadi berkata bahawa dia akan hapuskan syaitan. Hannah menahannya supaya jangan diikutkan perasaan. 

Namun Aswadi tetap berdegil. Hannah bilang jangan. Kemudian Aswadi kelihatan tenang dan masuk ke dalam bilik dan tidur.

Tidak lama kemudian Hannah pergi ke bilik dan mendapati suaminya tiada. Dia mula risau kalau-kalau apa yang diungkapkan suaminya itu benar-benar berlaku dan ternyata ia telah pun berlaku. Dari situlah dia rasa ada hal yang tak kena. Penyakit Skizofrenia suaminya semakin parah.

Bagaimana Skizofrenia terjadi pada suaminya?

Semasa Aswadi dalam tentera dan ditugaskan menjaga sempadan ada berlaku insiden tembak menembak di sana. Selepas keadaan, Aswadi pulang. 

Tapi lama kelamaan keadaan keadaan semakin pelik. Aswadi bercakap sendiri. Apabila ditanya, katanya bercakap dengan seseorang.

Kadang Aswadi nampak apa yang Hannah tidak nampak. Apabila Hannah beritahu tiada apa-apa, Aswadi jadi melenting. Perubahan mood berlaku.

Gara-gara pelik dengan itu, Hannah cuba memujuk dan merujuk kepada pakar dan ternyata terdapat gangguan pada mental Aswadi mungkin selepas insiden itu. 

Aswadi memberitahu, semasa persitiwa itu, dia sendiri menyaksikan bagaimana kawannya mati ditembak di hadapan matanya.

Kemudian dia tidak dapat melupakan bagaimana salah seorang daripada anggota terbabit melepaskan penjahat pergi tanpa ditawan. Itu menyebabkan Aswadi berdendam. 

Seharusnya penjahat itu ditembak mati, tapi ketua tentera itu berkata nyawa anggota yang lain lagi penting.

Aswadi pergi ke kem untuk balas dendam

Hannah dapat membuat kesimpulan bahawa Aswadi pergi ke kem itu adalah untuk membalas dendam dan menuntut bela di atas kematian kawannya dan juga tidak berpuas hati kepada ketuanya yang melepaskan penjahat itu pergi.

Aswadi kerap terdengar bisikan supaya dilunaskan segala kegelisan itu. Maka dengan itu Aswadi tidak dapat menahannya lagi dan terpaksa pergi menuntut bela dan ada sesuatu yang menjadi Hannah terkilan dan dia tidak sanggup dan nak dedahkan.

Aswadi pernah menceritakan bahawa dirinya pernah diliwat

Sebagai seorang isteri dia sebenarnya sedih mendengar pengakuan itu. Tetapi dia menerima takdir suaminya. Tetapi itu bukan kerelaannya. 

Suaminya bertahan hidup dalam tekanan dan tidak pernah membuat laporan polis setelah menerima ugutan lalu dia hadapi tekanan hidup sedemikian. Dia juga menahan rasa malu dan juga menjaga nama baik ketenteraan.

Hannah belajar untuk reda

Setelah apa yang berlaku, Hannah belajar untuk reda. Mungkin ini adalah pengakhiran hidup suaminya. Namun dia sedih terhadap nasib yang menimpa suaminya. Walau bagaimanapun, dia yakin semua ini pasti ada hikmahnya.

Raihan nampak jembalang di belakang rumah

Sepupunya Raihan memberitahu Hannah bahawa dia ada ternampak sesuatu di belakang rumah sewaktu membantu Hannah mengangkat kain jemuran. Raihan datang kepada Hannah dengan wajah pucat, memberitahu bahawa pada petang itu di sebalik pohon ara dia ternampak ada jembalang memerhatinya.

Hannah memberitahu Raihan bahawa semasa hayat suaminya, Aswadi suka pergi ke pohon ara pada waktu petang. Raihan tanya, ada apa di pohon ara itu. Lalu Hannah berkata tiada apa-apa. Selama ini pun dia tidak pernah pun ternampak sesuatu yang ganjil di situ. Cuma Aswadi selalu ke situ duduk di buaian santai-santai tenangkan fikiran.

Pohon ara berasap

Raihan menemai Hannah di rumah kerana tahu sepupunya itu masih bersedih lagi. Anak-anak Hannah semuanya sudah tidur, jam sudah hampir 12:00 malam. 

Bilik yang Raihan tumpang tidur pula berada di belakang betul-betul menghadap pohon ara itu. Tiba-tiba sahaja tingkap biliknya terbuka. 

Dia benar-benar terkejut. Matanya tertancap pada pohon ara itu yang dilihatnya berasap. Gara-gara takut, cepat-cepat dia tutup semula tingkap itu. 

Bulu romanya merinding. Lantas cepat-cepat dia pergi menemui Hannah dan menceritakan apa yang dia nampak.

Awang Fateh dihubungi

Awang Fateh tidak dapat datang kerana terpaksa menguruskan pesakit lain, tetapi dia mengirimkan anak saudaranya bersama anak muridnya untuk pergi, iaitu Asri Alam dan Azam Dolah. 

Pada sebelah malam berikutnya mereka pergi ke rumah Hannah. Ketika itu sudah hampir dua minggu kematian Aswadi.

Setelah tiba di rumah Hannah, Asri Alam dan Azam Dolah berdiri di hadapan rumah. Keadaan sunyi sahaja. Rumah pula rumah kampung, jauh sedikit dari jiran. 

Di sebelah rumah Hannah terdapat tanah lapang yang belum didirikan rumah. Di bahagian belakang pula ada pohon ara dan sungai kecil.

Masa mula-mula nak masuk ke situ tadi pun kereta Asri Alam beberapa kali mati enjinnya tiba-tiba di tengah jalan. Mereka tahu itu kerja 'benda' itu mahu menghalang kedatangannya. 

Namun setelah dicuba hidupkan enjin, Alhamdulillah, dengan Izin Allah mereka akhirnya sampai ke destinasi.

Hannah menceritakan mengenai pohon ara

Beritahu Hannah bahawa sepupunya ada ternampak jembalang di pohon ara di belakang rumah. Katanya lagi berasap-asap. Kemudian Asri Alam bertanya, ada berlaku benda-benda pelik ke atas Hannah? Lalu Hannah berkata cuma bermimpi akan arwah suaminya. Itu sahaja. 

Asri Alam bertanya lagi tentang anak-anak, adakah mereka boleh tidur malam? Beritahu Hannah, boleh cuma mereka rindukan ayah mereka. Itu perkara biasa setelah kehilangan. Lagipun anak-anak masih kecil.

Mana Raihan?

Ketika mereka sedang bercakap di luar rumah itu, Hannah tercari-cari mana Raihan yang tidak muncul. Pelik dengan keadaan itu dia terus pergi ke bilik. 

Alangkah terkejutnya dia mendapati Raihan sudah menyarungkan kain ke leher untuk gantungkan diri dari kipas syiling. Seterusnya dia jatuhkan kerusi. 

Terkejut melihat Raihan meronta-ronta tergantung, Hannah jadi panik, tapi mujurlah dia cepat-cepat pegang dan angkat Raihan sambil menjerit memanggil ustaz! "Ustaz!!!"

Ada penunggu di pohon ara

Raihan dapat diselamatkan dan diubati. Ada sesuatu yang merasuki sepupu Hannah sehingga bertindak mahu membunuh diri. Benda itu tiba-tiba keluar dari badan dan lesap. Asri Alam dapat merasai aura jahat itu datang dari pohon ara.

Azam Dolah mengambil batu lalu dibacakan ayat kemudian dihembus pada batu itu. Lantas dilontarkan batu tersebut ke arah pohon ara. 

Kemudian terdengar suara seperti kucing mengiau kuat seolah-olah kesakitan. Lantas melompat keluar seekor kucing hitam dengan bebola matanya yang merah berlari laju ke arah Azam Dolah kemudian hilang.

Asri Alam yang berada di sebelah Azam Dolah pula berkata, dia mengacah kita Azam. Kemudian Asri Alam mengorak langkah ke hadapan beberapa langkah. 

Keadaan malam yang diterangi balam-balam lampu dari belakang rumah Hannah itu masih samar-samar namun mereka tetap dapat melihatnya dengan jelas dengan mata batin.

Keluar perempuan cantik menggoda Asri Alam

Kemudian keluar disebalik pohon ara itu perempuan cantik berkebaya merah dan seksi melambai-lambai ke arah Asri Alam. 

Lambaian itu seperti mahu memukaunya namun tidak semudah itu. Azam Dolah pula terlebih dahulu melontar batu yang dibacakan ayat menyebabkan jelmaan itu ghaib.

Azam Dolah berkata, ia bukanlah pontianak atau langsuir, ia adalah jembalang tanah yang mampu menyerupai apa sahaja yang dia mahu. 

Pohon ara hanya menjadi tumpangannya sahaja. Lantas Asri Alam membalasnya, iya benar. Ia jembalang tanah, jangan sampai tewas.

Keluar jelmaan Aswadi

Tiba-tiba keluar jelmaan Aswadi dari pohon ara itu. Hannah yang berada di dapur rumah terkejut melihat kelibat itu yang serupa seperti suaminya. 

Jembalang tanah juga dapat menyerupai tuannya seperti hanturaya tetapi ia bukanlah hantu raya. Jembalang tanah ini terlalu istimewa punya kelebihan yang luar biasa.

Jelmaan Aswadi itu datang mendekat dengan Asri Alam dan Azam Dolah. Dia memandang mereka berdua silih berganti dan hanya senyum sumbing lantas berkata, apa kau datang untuk memusnahkan aku? Asri Alam menjawab, tidak. Kami hanya ingin kau pergi dan tidak mengganggu keluarga ini lagi.

Mereka telah mati, siapa yang akan menjaga aku?"

Jembalang tanah itu berkata, bahawa tuan asalnya telah mati di medan perang sebelum sempat menyempurnakan pemberian acak. Lalu mewarisi dirinya kepada Aswadi yang sanggup menerimanya dan membawa pulang ke sini.

Asri Alam berkata kepada jembalang tanah itu, seharusnya kamu tidak bertuan. Tidak perlu dipelihara dan hanya hidup bebas di hutan belantara. Di sini bukan tempat kamu. Usahlah kamu membuat kacau. Azam Dolah mendengar kata-kata itu kepada jelmaan Aswadi.

Tidak! Dia telah berjanji kepadaku akan menjaga aku! Itulah yang jembalang itu katakan membuatkan dirinya enggan pergi dan mahu terus diwarisi. Malangnya Aswadi telah mati. Tiada siapa yang boleh menjaganya lagi.

Dipaksa atau rela pergi?

Asri Alam memberikan kata dua kepada jin jembalang tanah itu sama ada mahu pergi secara rela atau dipaksa? Kalau pergi secara rela maka tiada kekerasan yang berlaku. Jika sebaliknya maka terpaksalah menanggung azab.

Apa aku harus menuntut bela di atas kematiannya? Tanya jembalang tanas itu. Lantas Azam Dolah pula mencelah, tidak perlu. Ia bukan lagi urusanmu. Pergilah engkau kembali ke tempat asalmu. Leraikan segala perjanjianmu.

Tidak semudah itu. Peleraian perjanjian ini adalah darah anaknya! Beritahu jembalang tanah itu yang mahukan darah anak Aswadi sendiri. Kemudian Asri Alam pun berkata, nampaknya kamu tidak mahu pergi dan sengaja menciptakan alasan demi alasan.

Lalu duduk Asri Alam bersila di tanah sambil kedua-dua telapak tangannya mencengkam tanah kemudian di angkat dan diterpa lagi ke lantai tanah. 

Azam Dolah seolah-olah terasa aura gegaran. Jembalang tanah itu mula mengecilkan bebola matanya dan berubah wajah ke bentuk asalnya. Wajahnya sangat hodoh dan buruk. Hannah yang memerhati terus pengsan tidak sedarkan diri di ruang dapur itu.

Disebabkab itu maka segera jembalang itu merasuki Hannah sudah pengsan itu dengan sekelip mata sahaja. Ya memang itu helah Asri Alam. 

Akhirnya segera Asri Alam dan Azam Dolah bergegas mendapatkan Hannah yang sudah pengsan di ruang dapur itu.

Apabila Hannah hendak bangun dan menerjah Azam Dolah, segera Asri Alam mematahkannya dengan libasan kain. Terjelepok semula Hannah di lantai. 

Kemudian terdengar suara tangisan anak Hannah yang tiba-tiba berada di muka pintu dapur melihat keadaan itu. Hannah memandang mereka seperti mahu meratah mereka hidup-hidup.

Erangan suara Hannah sangat kasar, air liur meleleh-leleh keluar seperti sangat kelaparan yang sudah lama tidak diberi makan. Asri Alam sekali lagi melibas muka Hannah dengan kain pelepas barat. 

Azam Dolah pula bergerak ke arah belakang Hannah yang merangkak perlahan mahu mendekati anak-anak itu. Sekali lagi libasan diberikan menyebabkan pergerakan Hannah kaku.

Hannah melekat di dinding dapur

Tiba-tiba Hannah melompat laju dan melekat di dinding dapur seperti labah-labah. Lidahnya mula panjang terjelir. Riak wajah itu berubah ngeri. Rasukan itu sangat kuat. Konsentrasi Asri Alam rasa agak terganggu dengan tangisan anak-anak Hannah.

Asri Alam mengambil serbuk dari saku yang tersedia. Digenggam kemas dan dibacakan mentera lantas dihembus ke arah Hannah menyebabkan Hannah jatuh gedebuk! 

Maka menggelepur kepanasan di lantai menyebabkan ia kemudian kaku dan hanya mata sahaja berkelip-kelip.

Azam Dolah pula cuba tenangkan anak-anak Hannah supaya tidak menangis. Tapi pujukan itu hanya sia-sia, malah teriakan makin kuat sehingga mengejutkan Raihan yang tadinya lemah setelah dirawat. Raihan datang dan memujuk anak-anak Hannah. Mereka dibawa beredar menjauhi ruang dapur itu.

Asri Alam menjetik dahi Hannah beberapa kali menyebabkan dengus nafas Hannah semakin kuat. Jembalang tanah itu menjadi marah. Kamu memaksa kami, jadi kami terpaksa menyakiti kamu, kata Asri Alam.

Lantas aura telapak tangan Asri Alam pun dialurkan dari dada ke leher menyebabkan nafas Hannah jadi tercungap-cungap seperti seseorang yang sedang nazak. 

Diulang-ulang sampai tiga kali sambil mulutnya terkumat kamit membaca mentera seterusnya Asri Alam meminta Azam Dolah membuka penutup labu sayong, lantas keluar asap dari mulut Hannah dan asap itu dihala masuk ke dalam labu sayong. Usai itu dengan pantas Azam Dolah pun menutupnya.



Hannah mula sedar lantas termuntah. Dia kerasukan gara-gara jembalang tanah dan mujurlah cepat dibantu oleh Asri Alam dan Azam Dolah. Kemudian, Asri Alam menceritakan bahawa benda tu dibawa balik dari sempadan lalu dibela dan diberi acak.

Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terbatas) seperti berikut :
  • Bertih
  • Pulut kuning.
  • Ayam panggang
  • Telur (mentah/rebus)
  • Anak patung tradisional
Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan di dalam bekas.

(Sumber Wikipedia)

Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Bekas tentera maut ditembak dalam kem"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK