Angkara cemburu, Isteri kelar leher, kemaluan suami
Ahad, 2 Mei 2021
Add Comment
Seorang lelaki mengalami tragedi ngeri ketika sedang tidur. Marzuki (bukan nama sebenar) tiba-tiba dikejutkan dengan objek tajam mengelar bahagian sulitnya dan lehernya juga turut dikelar.
Menyedari kelibat yang ada di hadapannya adalah isterinya sendiri, lalu dia bergegas bangun dan terus keluar dari rumah dengan keadaan berlumuran darah.
Dia yang cedera parah itu meminta bantuan jiran untuk dibawa ke hospital. Sebaik tiba di hospital, beliau diberikan rawatan kecemasan dan kemaluannya menerima jahitan akibat hampir terputus.
Lehernya juga turut menerima jahitan. Mujurlah ketika itu beliau segera dihantar ke hospital dan diberikan rawatan pantas.
Polis akhirnya menahan Fathiyah (bukan nama sebenar) kerana melakukan kesalahan tersebut dan kes itu dibicarakan di mahkamah.
Fathiyah didapati bersalah dan dihukum penjara. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang telah membuatkan Fathiyah sanggup melakukan tindakan nekad itu.
Menurut Fathiyah, dia cemburu dan sakit hati kerana suaminya terlalu mengutamakan seorang lelaki berbanding dirinya. Dia mula mengesyaki bahawa suaminya mempunyai hubungi sulit dengan lelaki berkenaan.
Dia mencurigai suaminya sendiri dan sering mengambil peluang untuk selidik apa yang ada di dalam telefon suaminya itu secara sembunyi.
Ternyata terdapat bukti yang amat menguatkan sangkaannya. Akhirnya dia memendam rasa hari demi hari. Memandangkan hubungan intim antara dia dengan suaminya itu mula renggang.
Sehinggalah tiba suatu hari, dia ingin mengintip suaminya dan mendapati suaminya terlalu mesra dengan lelaki yang dimaksudkan itu.
Berang dengan apa yang dilihatnya, Fathiyah pernah menemui lelaki tersebut tanpa pengetahuan suaminya dan mengugut lelaki itu supaya menjauhi suaminya.
Lalu entah kenapa kelakuan suaminya semakin lama semakin baran dan sering memukul dirinya. Maka mereka selalu sahaja bertengkar kerana hal tersebut.
Fathiyah membangkitkan isu bahawa Marzuki mengamal homeseksual tetapi suaminya menafikan sekeras-kerasnya. Hampir setiap hari mereka bertengkar mengenai hal tersebut membuatkan hubungan mereka semakin lama semakin merosot.
Kemarahan Fathiya memuncak apabila terbaca pesanan whatsapp antara mereka yang kelihatan saling sayang menyayang.
Semakin lama semakin menjadi-jadi membuatkan Fathiyah hilang kesabaran. Sehinggalah dia tidak dapat menahan sabar lagi.
Dan pada malam tersebut, Fathiyah menerima panggilan terlefon daripada lelaki itu mengatakan bahawa dirinya pernah meniduri Marzuki.
Geram dengan hal itu, dia terus mengambil pisau di dapur dan masuk ke bilik lalu melihat Marzuki yang sedang nyenyak tidur. Dengan kesempatan itu, dia terus mengelar leher dan kemaluan suaminya sendiri.
Setelah Fathiyah membuat pengakuan itu, Marzuki tetap menafikan dakwaan tersebut bahawa dia bukan pengamal homoseksual tetapi dia merasakan ada sesuatu yang aneh bila berhadapan dengan lelaki itu.
Lantas Marzuki menceritakan bahawa asalnya dia tidak kenal lelaki itu. Tetapi tiba-tiba lelaki itu muncul dalam hidupnya.
Semenjak kenal lelaki itu, dia kerap bermimpikan lelaki tersebut dan bermimpi melakukan hubungan songsang sedangkan selama ini dia hanya seorang yang normal.
Marzuki memaklumkan bahawa dirinya pernah terlanjur beberapa kali namun dia tidak pernah menyedarinya.
Perkara tersebut sampai ke pengetahuan Awang Fateh, lalu Marzuki hadir menemui Awang Fateh dan memaklumkan bahawa dia menghadapi masalah rumahtangga. Dia menceritakan bahawa dia pernah menerima rawatan kerana isterinya mengelar leher dan kemaluannya.
Kini isterinya meringkuk di dalam penjara. Cuma dia mahu bantuan daripada Awang Fateh, bagaimana untuk dia melupakan lelaki itu kerana setiap kali nama lelaki itu melintas dalam fikirannya, dia akan rasa tidak tentu arah.
Memang pada awalnya dia malu untuk menceritakan kenyataan itu tetapi itulah hal yang menjadi punca keretakan rumahtangganya. Meskipun isu ini tabu, tapi ia telah pun berlaku. Marzuki terpaksa berhadapan dengan realiti kehidupan yang menyakitkan.
Setelah diperiksa, Awang Fateh mengatakan bahawa Marzuki terkena ilmu pelet songsang di mana ilmu ini untuk menyukai pasangan sejenis.
Terkejut dengan hal tersebut, maka dia menyumpulkan bahawa selama ini dia terkena sihir. Awang Fateh membenarkan sangkaan Marzuki itu.
Lalu dengan beberapa langkah yang diambil, Awang Fateh akan tawarkan ilmu pelet tersebut, namun semua itu dengan izin Allah. Memang ilmu pelet ini kuat tetapi kekuasan Allah Maha Kuat meliputi langit dan bumi.
Tiada satu pun tandingan-Nya. Hanya Allah semata-mata. Maka pasakkan hati dan keyakinan kepada Allah, pinta Awang Fateh kepada Marzuki.
Marzuki meminta agar sihir tersebut dikembalikan kepada tuannya. Lalu Awang Fateh berkata, jika itu yang diminta, Insya-Allah dia pulangkan.
Awang Fateh tidak bermaksud untuk memudaratkan kepada pengirim pelet tersebut tertapi ia hanya memulangkan semula. Ia terserah bagaimana keadaannya nanti.
Pengirim pelet, sasau
Marzuki mendapat tahu, bahawa pengirim pelet tersebut telah sasau. Sungguh dia tidak pernah ada hati dan tidak pernah menyukai kaum sejenis. Dia tahu batas dan dosa dengan hubungan seperti itu.
Tetapi mungkin imannya lemah menyebabkan dia mudah dipengaruhi oleh ilmu-ilmu hitam. Walau bagaimanapun, nasi telah menjadi bubur, isterinya sudah bertindak sebegitu kerana perasaan cemburu dan sakit hati.
Baca: Ilmu sihir pelet cinta
Ilmu pelet ini tidak hanya untuk membuatkan pasangan berlainan jenis jatuh cinta tetapi juga dapat memaksa kaum sejenis untuk menyukai kaumnya juga.
Bahkan boleh meruntuhkan rumah tangga yang dibina. Jadi berhati-hati dan berwasapadalah dengan permainan jin yang menyesatkan.
Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "Angkara cemburu, Isteri kelar leher, kemaluan suami"
Catat Ulasan