Saka Polong Dalam Botol


Dalam kepala aku ada satu pertanyaan. Jadi aku ingin bertanya kepada Kamal mengenainya. Mungkin dapat menyelesaikan persoalan itu. Sekurang-kurangnya bertambahlah sedikit ilmu mengenai hal-hal mistik ini.

“Aku nak tanya kau sikit.” Aku mula berdialog dengan Kamal. Dari tadi aku lihat dia asyik leka dengan telefon saja, macam sibuk benar.

“Kejap Shid, budak-budak ni duk wasap aku tanya kerja rumah yang aku kasi. Siang-siang mereka tak nak tanya, malam jugak sibuk la nak tanya itu nak tanya ini.” Katanya membebel.

Biasalah dia kan cikgu. Zaman sekarang budak-budak pun dapat berkomunikasi dengan cikgu melalui aplikasi wasap dan sebagainya. Kalau zaman aku dulu, nak ada telefon pun payah. 

Berkembang pesat betul teknologi sekarang. Begitu jugalah dengan hantu dan sihir, ikut peredaran zaman. 'Mereka' pun sudah moden sekarang.

Tidak lama selepas itu dia pandang aku, “Apa yang kau nak tanya tadi?” Aku pun betulkan dudukku selepas menyisip teh yang telah suam berada di hadapanku.

“Selama ini la kan... Kau pernah nampak polong tak?” Soalku sambil mengusap bawah dagu sendiri. Lalu Kamal menggeleng katanya tidak pernah bertemu polong tapi menurut Kamal ada satu cerita yang berlaku di kampungnya. Di sana ada orang bela polong.

Lalu Kaml pun menerangkan kepada aku apa itu Polong. Polong merupakan makhluk halus yang wujud dari orang yang mati dibunuh. Jadi di kampungnya ada seorang yang susah nak mati. 

Tahu-tahu ada bela benda itu. Katanya lagi, lelaki itu mewarisi saka tersebut, selagi saka berkenaan tidak diperturunkan, selagi itulah jasadnya akan terseksa.

Selagi saka berkenaan tidak diperturunkan, selagi itulah jasadnya akan terseksa.

Polong disimpan dalam botol


Kamal beritahu bahawa polong akan disimpan di dalam botol. Bila hendak diberi makan polong ini maka mestilah bagi darah. Darah tuannya sendiri, biasanya lelaki. Aku pun ingin tahu macam mana polong itu boleh wujud? 

Jawab Kamal, seseorang yang telah ambil darah orang yang mati dibunuh lalu disimpan dalam botol. Kemudian dibacakan mentera tertentu sehinggalah kedengaran bunyi mengerit dari dalam botol. Itu menandakan polong tersebut telah ada.

Kemudian, orang itu akan hiris hujung jari dan masukkan dalam botol. Polong itu akan hisap darah tersebut maka dengan itu termenterailah perjanjian dan polong akan ikut segala perintah si tuannya. Aku angguk-angguk dan bertanya apakah tujuan orang bela polong?

Kamal senyum, dia letakkan telefon di sisi. Tangannya mencapai pula gelas dan diteguk kopi itu. Gelas diletak semula. Aku memerhati gelagatnya. Serius aku teringin sangat nak tahu.

“Polong ini digunakan untuk merasuk orang lain. Maksudnya untuk membinasakan orang yang dibenci oleh tuannya. Jadi, ia memang digunakan untuk perkara yang tidak baik. Selain tu, ia juga boleh mendatangkan wang.” Ujarnya.

“Maksud kau?” Soalku pada Kamal.

“Maksud aku, dia boleh jadi bomoh, polongnya yang rasuk seseorang, dan dia juga yang keluarkan polong itu dari badan orang yang dirasuk tu.” Beritahu Kamal. Oh! Orang bayar pengeras.

Baru aku faham. Tambah Kamal lagi, polong ni perlukan pewaris, kalau tak diwarisi... seperti yang dikatakan tadi, si tuan susah nak mati. Kalau tak diberi makan dalam tempoh tertentu, polong tu akan mengamuk dan binasakan tuannya.

“Pendek kata, polong tetap polong, makhluk halus yang dilarang dari sisi agama untuk dibela.” Ujarnya.


Aku angguk-angguk. Kamal memberikan aku info yang menarik. Begitulah cerita polong maka persoalan aku pun terjawab. Meskipun kelahiran polong itu melalui proses sedemikian namun ia tetap wujud di zaman yang serba canggih ini.

Sekian.

Ditulis oleh: Rashid Salim

Like juga pages Rashid Salim di Facebook.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Saka Polong Dalam Botol"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK