Misteri Pokok-Pokok Puaka


Aku menceritakan hal Lela kepada Kamal, aku beritahu yang Lela ada nampak sepupunya bermain-main berdekatan pohon pisang dan tiba-tiba sepupunya tu ghaib, tahu-tahu sahaja sudah muncul di hadapan pintu rumah. Kamal pun berkata, itu barangkali mainan jin yang menjelmakan dirinya. Ya ke? Aku tanya Kamal untuk kepastian lalu Kamal angguk mengiakan sahaja. Biasanya pohon pisang turut menjadi tempat tinggal benda-benda tu, balasnya.

“Tapi Mal, aku minta dia tunjukkan aku pohon pisang tu, Lela tak nak.” Aku mengadu pada Kamal tentang sikap Lela yang enggan bawa aku ke rumah pakciknya.

“Dia tak mahu ambil port la tu. Dah la, tak payah fikir sangat pasal pokok pisang. Kau kena yakin yang benda-benda tu memang ada. Lagi satu, kalau bab sihir, ada juga orang suka tanam benda-benda tu dekat kawasan begitu.” Ujar Kamal.

Aku bersandar rapat, sedap pulak hisap rokok sambil dengar Kamal bercerita. Air kopi o panas depan aku masih berasap. Aku tak sisip lagi, tunggu suam dulu. Kamal pula macam biasa dia belek-belek telefon, lepas tu baru dia beri tumpuan semula pada aku.

“Kenapa penyihir suka sangat pilih pokok pisang, apa yang mistiknya di situ?” tanyaku ingin tahu penerangan daripada Kamal dengan lebih lanjut lagi.

“Aku tak fokus sangat pasal penyihir, tapi kebiasaanya pokok pisang yang tumbuh berumpun ni menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.” Beritahu Kamal lantas mencapai Nescafe panas lalu disisipnya perlahan.

“Boleh kau beritahu aku, pokok-pokok yang biasanya menjadi sarang mereka?” Aku ni dah macam wartawan tak bertauliah pulak sibuk tanya itu dan ini kepada Kamal tentang perkara mistik. Maklumlah ilmu pengetahuannya agak luas berbanding aku. Sekurang-kurangnya dapatlah aku menimbanya. Lagipun aku suka dengar dia bercerita dan berkongsi.

Kamal membantukkan diri, dia pun hela nafas dan lepas perlahan-lahan. Aku pula telah siap sedia untuk mendengar apa ucapannya. Kiranya aku dah tak mahu lepaskan peluang keemasan ini.

Menurut Kamal, ada beberapa jenis pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus atau hantu, maksudnya memang menjadi sarangnya. Aku pun mendengar dengan teliti. Katanya, di antara pokok-pokoknya selain pokok pisang adalah pokok ara, sekali pandang pokok ara ni saling tak tumpah macam pohon beringin, cuma akar tergantung dan menjalarnya itu lebih kasar.

Sambungnya lagi, pokok berkenaan memang menjadi tumpuan makhluk tersebut. Selain itu, pokok beringin menjadi tempat tinggal genderuwo yang berwujud manusia mirip kera.

“Macam hantu raya ke Mal?” Soalku.

“Lebih kurang la kut, tapi menurut kepercayaan orang Jawa, ia tak seperti hantu raya, tapi seakan-akan begitulah. Seluruh tubuhnya pun berbulu lebat berbadan besar dan kekar,” ujar Kamal.

“Ooo…”

“Jangan tanya lebih-lebih pulak pasal hantu, kau tadi tanya pasal pokok je kan?” Kamal angkat kening. Aku sengih.

Kemudian dia pun menyebut lagi pokok seterusnya iaitu pokok kekabu yang menjadi tempat bagi pontianak, pokok ciku juga menjadi tempat pontianak dan genderuwo, pokok saga… cuma Kamal tak sebut hantu apa yang suka tinggal di pokok tu. Pokok asam jawa, turut menjadi tempat tinggal pontianak dan juga pocong. Bagi hantu toyol pula, dia suka tinggal di pokok bacang.

“Apa yang bestnya pokok bacang tu sampai toyol nak duk situ?” saja aku tanya Kamal.

“Itu kau kena tanya toyol sendiri apasal dia suka tinggal di pokok tu.” Kamal gelak kecil. Aku tanya betul-betul dia ketawa pulak.

Seterusnya Kamal menyambung, pocong turut suka tinggal di pokok sukun manakala pokok buluh pula tempat tinggal pontianak. Berikutnya adalah pokok nangka...

“Banyak juga pokoknya ya…”

“Ya la Shid, banyak… bukankah kita ni berkongsi dunia yang sama cuma alam sahaja yang berbeza. Tapi…”

“Tapi?” Aku berjegil biji mata, Kamal ni asyik nak buat suspen aku aje!

“Elakkan berjalan di bawah pokok-pokok yang aku sebutkan tadi di malam hari.” Sempat lagi Kamal mengusik.

“Oit!” Dekat rumah aku pun ada pokok pisang woi!

p/s: Terima kasih kerana membaca kisah ini. Jemput untuk follow blog saya bagi mendapatkan update seterusnya. Terima kasih di atas sokongan.... kongsi untuk semua.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri Pokok-Pokok Puaka"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK