Misteri pohon pisang depan rumah



Lama jugalah aku tak bertemu dengan si Lela, kebetulan aku singgah beli rokok di kedai dan aku ternampak dia, “Lela, Lela!” Aku memanggilnya setelah keluar dari kedai tersebut. Lela memberhentikan motosikalnya dan memandang ke arah aku. Dia senyum sambil berkata, “Ada apa Shid?”

“Meh kejap.” Panggil aku lalu dia pun datang dekat.

“Ada apa yang penting ke?” Soalnya dan aku pula senyum.

“Tak adalah Lela, cuma lama tak nampak kau, mana pergi?” Lalu dia jawab, dia ada je tak selalu keluar rumah. Aku tanyalah lagi kenapa? Seterusnya dia berkata, entahlah, malas nak keluar rumah… ni pun terpaksa sebab kepala serabut sangat.

“Aku ingatkan ada apa la tadi sampai tak menyempat.” Ujarnya sempat mencebik.

Aku gelak kecil.

“Sorry la… bukan apa, rindu.” usik aku. Saja.

“Ceh! Aku cakap kat wife kau kan.” balasnya.

“Rindu sebagai kawan la… apa la kau ni, fikir lain pulak.” Balasku. Dia gelak. “Sebenarnya aku bosan la Lela, sebab sejak dua menjak ni aku hilang idea nak menulis cerita seram.”

“Cerita seram lagi… kau ni macam tak ada benda lain nak tulis, asyik cerita seram je…” katanya seolah-olah dah bosan sangat kut dengar khabar cerita seram. Atau mungkin dia ada sesuatu yang disembunyikan? Saja aku meneka.

“Dah itu pembaca aku nak, aku sediakan je la… kalau tak ada story, aku diam.” 

“Sekarang kau diam la ye?”

“Ya.” Jawabku. Lela angguk-angguk.

“Aku pun bukannya ada cerita seram nak share kat kau pun, tapi kalau kes kelmarin ada la…” katanya cuba untuk memberitahu aku sesuatu. Kalau dia dah terlanjur berkata begitu, aku memaang asak nak tahu.

“Kelmarin? Cerita la cerita la…” Pujuk aku. Lela masih duduk atas motosikalnya. Enjin sudah dimatikan nak jimat minyak la tu. Aku lihat dia dah macam bersedia untuk bercerita. Ini yang syok ni...

Maka dia pun ceritalah… Ini cerita daripada Lela.

"Kelmarin pada sebelah petang… semasa aku pergi rumah pakcik aku, aku nampak la sepupu aku ni bermain-main dekat pohon pisang, sepupu aku tu budak lagi la Shid, lalu aku pun tegurlah dia, “Ana, abah kau ada kat rumah tak?” Tanya aku Shid kat dia.

Ana diam sahaja dan terus leka bermain. Nampak bermain dengan ‘sesuatu’ tapi aku tak nampak pun yang sesuatu itu. “Ana… abah kau ada tak?” Ana sikit pun tak menoleh kat aku Shid. Dia buat tak tahu je.

Bila aku rasa tak dihiraukan, aku pun terus melangkah ke depan pintu rumah dan memanggil pakcik aku tu kut-kut ada dalam rumah, “Pak ngah…” berkali-kali aku panggil, tapi tak berjawab. Di tangan aku masa tu ada mangkuk tingkat yang dikirim mak aku untuk diberikan pada pak ngah aku tu.

Tidak lama kemudian Ana pun keluar tercegat depan pintu. “Eh Kak Lela…abah tak de, dia keluar dengan mak.” Terkejut beruk la aku nampak Ana depan aku. Dah tu yang bermain dekat pohon pisang tu siapa? Cepat-cepat la aku tengok dekat pokok pisang tu kut ada benda tu lagi, memang tak ada orang pun di situ.

“Eh Ana, tadi bukan kau ke bermain dekat sana?” Lela tunjuk ke arah pohon pisang yang ada depan rumah lalu Ana menjawab tak ada, dia dari tadi lagi duduk dalam rumah tak pergi mana-mana. Dia tak turun ke tanah pun lagi. Jawapan dia tu buat aku rasa seram sejuk. Meremang habis bulu roma aku masa tu Shid... serius aku cakap kau, yang masa tu aku dah fikir bukan-bukan dah.

Pada waktu petang begitu pun aku kena usik. Seriau aku Shid, sampai ke malam rasa tak sedap hati. Cuma tu ar... kadang-kadang rasa macam dia ikut aku je... ish!" 

Begitulah cerita Lela kepada aku. Aku dengar kisah yang Lela sampaikan. Jadi aku pun bertanya Lela, “Jom bawa aku pergi kat pohon pisang tu.” Aku teringin nak tengok pokok pisang tu, apa yang istimewa sangat, berbanding pokok pisang rumah aku?

“Ehhhh tak nak aku… lagipun kau nak buat apa?” Soalnya ingin tahu.

“Aku rasa macam ada something di pokok pisang tu.” Ucapku, Lela angkat kening.

“Something apa?”

“Menurut apa yang aku tahu, Kamal ada cakap… hantu suka tinggal dekat pokok pisang.”

“Ish kau ni percaya sangat dekat si Kamal tu. Tak semestinya dia cikgu tahu segala-galanya.”

“At least dia banyak membaca, lagipun pakciknya pun bukan orang sembarangan tau.” Saja aku nak menangkan si Kamal.

“Malas la aku nak layan kau Shid. Aku nak balik.” Lela menghidupkan enjin motosikalnya. Dia pun meninggalkan aku terpisat-pisat.

p/s: Terima kasih kerana sudi baca perkongsian kisah ini. Sila follow blog ini dan kongsikan kepada semua. Terima kasih sekali lagi...

Ditulis oleh: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Misteri pohon pisang depan rumah"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK