Misteri Hantu Roh Bola Api
Sabtu, 17 April 2021
Add Comment
Aku kelip-kelip mata memandang Samsudin. Sebenarnya aku ada hajat datang jumpa dia malam ni. Bukan apa, saja buat modal untuk aku update cerita aku dalam blog. Ada juga benda untuk aku kongsikan nanti kepada pembaca.
Ilmu pengetahuan ni kena cari. Kalau tak cari mana ada ia datang sendiri. Maksud aku kenalah godek-godek juga, menimba ilmu kata orang. Lagipun setiap orang punya pengalaman berbeza-beza. Berkongsi penglamana boleh juga diambil iktibar darinya. Begitulah kehidupan ni.
Aku tengok di sedang sibuk. Malas nak kacau tapi tu la. Ala… kacau sikit-sikit-sikit saja tak apa kut. Semalam dia punya cerita pun tergantung, kan? Ala, cerita pasal kes banglo berhantu tu.
Nak tanya lebih-lebih, dia pun tak tahu mana pembunuh tu pergi. Biarlah kekal misteri, kan? Dah namanya cerita misteri. Kalau tahu jawapnnya tak misterilah jadinya.
“Din...” Aku panggil Samsudin yang aku tengok baru siap memasak. Masak char kuey teow untuk pelanggan dia.
“Tak payah!” katanya yang macam dah tahu-tahu tujuan kehadiran aku ke warung dia malam ni.
“Ala Din... Boleh la Din..." Aku gosok-gosok meja sedaya upaya memujuk Samsudin tapi dia macam nak tak nak je.
“Kau ni kan tak puas-puas lagi ke? Semalam kan aku dah cerita, kau siap gelak-gelak lagi.” Samsudin tak puas pasal kes semalam la tu. Alahai…
“Aku bukan apa Din, aku gelak tu tanda aku seronok dan ada part-part muka kau lucu bila bercerita. Tapi bila time part suspen...layan beb...” Kataku ingin memujuk. Harap-harap la Din dapat pam satu cerita kat aku ke... Mana tau rezeki dapat dengar petang ni.
“Ah sudah! Kau memang saja kan.” Jawab Samsudin sambil libas tuala kecil ke belakang bahunya. Kemudian dia betulkan topi sedikit senget.
“Aku tau kau banyak cerita seram, apa salahnya share lagi kat aku... Aku sanggup bayar wooo...” Acah aku sengih-sengih. Seloroh.
“Banyak la kau punya bayar. Okey la aku cerita...” Akhirnya... Aku pun senyum. “Tapi kalau pelanggan sampai, aku kena stop cerita tau." Katanya lagi.
Ye la dia tengah berniaga, teruk jugak aku ni duk ganggu dia. Tapi tu ar... Aku dah jadi peminat cerita dia. Patut dia create satu blog jadi Cerita Misteri Din CKT. Gitu... Aku gurau aje la...
“Begini kisahnya...”
Samsudin pun memulakan cerita...
Ada satu sekolah ni dikatakan berhantu. Pak guard yang kerja situ ada yang pernah nampak budak sekolah mengendong kepala sendiri ke hulur dan ke hilir.
Pak guard tu tak berani tegur dan dia buat derk je la, buat-buat tak nampak. Itu kena yang berani, kalau yang penakut pulak macam mana, kan?
Kemudian... Ada pak guard baru yang mula bertugas di situ syif malam. Dia pergi ronda dekat bahagian pejabat, dia nampak macam ada cahaya dari dalam duk suluh-suluh.
Dia nampaklah pantulan cahaya tu. Pada mulanya dia fikir ada pencuri pecah masuk. Perlahan-lahan pak guard tu pun pergi ke pejabat sekolah tu. Cahaya tu masih ada.
Tiba-tiba bulu romanya merinding. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati. Kalau dia tak pergi tengok, dia takkan tahu apa yang jadi. Kalau barang hilang, siapa nak jawab?
Maka nak tak nak... dia kena juga hadap. Dia pergi la dekat pintu tu, semua elok, berkunci, tak ada tanda-tanda yang pecah masuk.
Dia cuba nak pergi intai dari celah-celah tingkap naco tu kut-kut ada nampak apa-apa. Sewaktu dia melangkah di koridor... Tidak semena-mena ada cahaya tembus tingkap tu. Ia seperti bebola api. Terperanjat pak guard tu. Laju gila benda tu terbang, zuppp hilang.
Waktu tu jantungnya berdegup kencang, sama ada nak percaya atau tidak tu sama banyak. Dia sendiri tak tau benda apakah itu. Tak lama selepas tu dia patah balik. Tiba-tiba dia nampak cahaya tu ada di sebalik pohon. Seolah-olah cahaya yang serupa yang dia jumpa. Dia nak pergi dekat pun takut, bimbang kut pelik-pelik berlaku. Cahaya tu semakin lama semakin malap dan hilang gitu je.
“Lepas tu apa jadi dengan pak guard tu Din?” Soalku.
“Kemudian dia suluh bawah pohon tu dan ternampak tubuh budak tanpa kepala duk dekat situ. Cepat-cepat dia cabut lari.” Jawab Samsudin.
Huh! Seram aku dengar main tak ada kepala ni. Apalah sejarah yang berlaku di situ terhadap budak tu agaknya? Aku tertanya-tanya sendiri dan cahaya tu cahaya apa la sebenarnya?
“Kau rasa tu cahaya apa Din?” Aku ingin tahu pendapat Samsudin mengenai benda itu. Samsudin angkat kening. Tenung aku dalam-dalam dan selepas tu dia menggeleng.
“Mana la aku tau Shid... aku pun dengar dari cerita dari orang jugak…”
“Ooo…” Aku angguk-angguk dan kemudian baru order char kuey teow. Lapar pulak rasanya.
“Kau rasa?”
“Mungkin hantu roh bola api kut, tak pun balan-balan. Entahlah Shid… aku tak tau lah…”
“Balan-balan pun keluar api ke Din?”
“Eih kau ni! Mana la aku tau!” Samsudin angkat kaki, terus ke tempat memasak. Masak aku punya char kuey teow la tu… alahai… Perkara itu kekal menjadi misteri. Nampaknya aku kena godek sendiri mengenai hantu roh api ni...
Penulis: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK
0 Komentar untuk "Misteri Hantu Roh Bola Api"
Catat Ulasan