Misteri Hantu Jepun Di Padang Kilang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog RashidSalim.Com. Terima kasih saya ucapkan kerana anda masih setia temankan saya di sini. 

Kepada rakan-rakan dan pembaca sekalian, kali ini saya nak sampai tentang kisah pengalaman saya sendiri yang ketika itu di usia muda remaja.

Cerita ini adalah untuk perkongsian semata-mata tanpa sebarang niat kecuali untuk bacaan sahaja. Kerana saya yakin, dunia yang kita berada ini tidak hanya kita. Kita berkongsi...

Baiklah... sewaktu saya berusia 17 tahun, selepas tamat SPM saya terus merantau ke Johor. Banyak pekerjaan saya lakukan sebenarnya, semuanya singkat-singkat, ya la cari pengalaman. Salah satunya menjadi pengawal keselamatan. 

Saya ditugaskan mengawal di kilang Southern Lion, Tebrau. Ala... kilang tersebut membuat produk sabun dan ubat gigi tu. Kira banyak juga la produk-produk yang mereka hasilkan.

Ketika saya kerja syif malam, hal yang paling tak menyeronokkan adalah kunci jam (watchman clock). Kata rakan sekerja, saya kena kunci jam. Bayangkan kilang tu sangat luas. 

Saya pun ingat-ingat lupa dah berapa tempat kena kunci, memang banyak jugalah. Setiap dua jam sekali kena pergi kunci. Maknanya dua jam sekali juga kena meronda kawasan.

Tapi saya kira beruntunglah, pada jam 2 pagi tu, saya bukan pergi kunci sendirian. Setiap dari kami pergi berdua. Gila la saya kalau pergi kunci sorang-sorang. Kalau jumpa apa-apa, siapa nak jawab? 

Sudahlah Mr. chip pernah pesan yang kawasan ni kena hati-hati. Bikin takut saya saja. Mereka tak apalah, sudah biasa. Saya ni budak baru, iman dah lah tak kuat mana.

Dengan bertemankan lampu suluh saya melangkah. Saya turut diberikan kotak untuk digalas. Kotak jam itulah yang digunakan untuk dikunci nanti. Mereka gantungkan kunci di setiap zon yang perlu saya lawati. 

Tiba yang pertama, selesai. Sehingga ke enam pun selesai, tapi yang seterusnya tiba dekat kawasan padang, tidak semena-mena terdengar orang berkawat. (Askar Jepun). Huh! Seriau saya jadinya.

Tiba-tiba, si kawan ni jalan laju tinggalkan saya. Apa hal? Bulu roma saya dah meremang. Saya tercari-cari ke mana dia tapi tak ada. Bunyi hentak kaki orang berkawat tu semakin lama semakin kuat. 

Perasaan takut dan gementar saya ni usah dicakap lagi, berpeluh-peluh. Suasana pulak samar-samar. Kawan saya pulak hilang. Kemudian terdengar suara memanggil saya dari belakang. Saya pun segera menoleh dan terus suluh ke arah wajahnya. 

Dia terasa silau lalu menghadang dengan tangan. Alangkah terkejutnya saya bahawa dia adalah kawan saya yang tadi. Dia tanya saya, kenapa saya jalan laju sangat? Hah sudah! Saya pula yang dikatakan berjalan laju. Habis tu yang berlari melintasi saya tu siapa pulak?

Saya tanya dia, ada dengar orang berkawat tak? Dia kata jangan tegur. Diam-diam sudahlah. Kalau tegur nanti tak pasal, katanya. Nadanya seperti selamba sahaja.

Bunyi orang berkawat pun tidak kedengaran lagi tapi bulu tengkuk saya masih berdiri. Kami terus jalan. Namun saya masih berdebar-debar, rasa nak terkencing pun ada tapi ku tahan-tahan. Saya bukan si pemberani. Kalau benda tu muncul depan-depan, dah tentulah saya dulu yang cabut lari.

Akhirnya saya tiba di pos utama kawalan. Waktu kunci jam terasa sangat lama dan memenatkan kerana kena berjalan dan menahan debaran. Taubat saya rasa nak berhenti kerja. Saya ingatkan kerja jadi PK ni senang, rupanya mencabar jugak.


Setibanya di pos, saya tersentak sendiri. Saya nampak partner kunci jam dengan saya tu rupa-rupanya sedang tidur. Hah??? Cepat-cepat saya toleh belakang. Habis yang temani saya, siapa? Incharge pun tegur, kenapa kau pergi sendirian, nak tunjuk berani ke? Soalnya.

Aduh! Saya pergi kunci jam sorang-sorang ke? Allahu'Akbar! Esoknya saya demam. Tiga hari juga badan saya panas. Kemudian saya beritahu kat bos yang saya tak nak kerja lagi.


Dia cakap tak boleh berhenti sesuka hati, tapi akhirnya saya ditukarkan ke tempat lain.  Perasaan seram sejuk hanya Allah sahaja yang tahu, kecutnya kepala waktu tu, Nauzubillah dan saya mengaku ketika itu saya terkencing dalam seluar.... Huhuhu...

Penulis: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

4 Responses to "Misteri Hantu Jepun Di Padang Kilang"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK