Kisah Seram Jadi Kelindan Lori


Hi semua. Apa khabar? Terima kasih sudi menjengah ke blog saya ya. Saya harap anda semua suka membaca di sini ya. Maklum sahajalah, blog saya masih baru bersiaran, masih bayi. Di sini juga saya nak ucapkan selamat berpuasa bagi yang berpuasa.

Banyak entri yang saya kutip dari pages facebook saya lalu dibawa masuk ke sini, jadi saya pun kemaskini bagi nampak lebih baik sedikit ayatnya.

Saya ni kalau menulis kadang ayat tungang langgang. Apabila baca semula, ada sahaja ayat yang tak kena, jadi saya betulkan kembali supaya anda semua dapat memahaminya.

Iyalah, jadi penulis ni ayat nak kena jaga supaya tak berbelit-belit bila dibaca. Kalau ada yang tersalah juga tu, harap dapatlah dimaafkan ya…

Baiklah, kali ini saya nak cerita lagi sebuah pengalaman seram saya yang membuatkan segala bulu saya meremang habis. Kecut kepala saya ketika itu. Pengalaman ini tetap segar terpahat di ingatan sampai bila-bila.

Pakcik saya merupakan seorang pemandu lori treler yang membawa muatan kayu balak di kawasan peneroka balak. Pada satu hari tu dia ajak saya jadi kelindan lorinya. Ini kisah masa saya kecil-kecil dululah. Kira jadi peneman saja dia. 

Ketika itu saya baru sahaja berusia 11 tahun, bolehlah nak tolong-tolong dia tapi bukan angkat kayu balak la, gila kau saya nak angkat gedabak berat. Jadi saya membantu apa yang disuruh seperti pacak besi penghadang ke, tarik rantai ke, begitulah.

Korang tahulah kan, balak-balak tu semua berada di dalam hutan, jadi inilah pengalaman pertama saya naik lori bersama pakcik. Sebenarnya saya dah lupa apa nama kawasan tu. Tapi memang situ di kelilingi hutan yang sangat tebal. Kayu balak tu semua dibawa hantar ke sawmill. 

Begitulah kiranya. Lori pakcik saya tiba di kawasan itu adalah pada siang hari, waktu berangkut siap tinggu giliran apa semua tu sehinggalah membawa ke malam. Begitu rupanya rutin mereka, barulah saya tahu.

Perjalanan tu terasa sangat jauh. Bila lori sudah membawa muatan berat maka ia tak boleh dipandu laju, mestilah berhati-hati. Tambah pula jalan yang dilalui tidak berturap. Laluannya pula redah ladang kelapa sawit. 

Setelah tiba di satu kawasan, saya rasa nak terkencing pula. Sudah tak tahan sangat. Saya pun beritahu pakcik yang saya nak kencing, tapi dia suruh saya tahan dulu tak bagi kencing. 

Katanya, buat apa nak berhenti di tengah-tengah hutan ni? Sambungnya lagi, depan tu sikit saya boleh turun kencing. Nak tak nak, saya tahan jugak la. Aduhai.

Selepas tiba di kawasan yang gelap, pakcik saya pun memberhentikan lorinya berdekatan simpang hendak menuju keluar ke jalan raya. 

Namun di situ tiba-tiba sahaja saya rasa seram sejuk sekali, maklumlah keadaanya gelap yang hanya dipantulkan oleh balam-balam lampu depan lori sahaja. 

Dalam kepala otak saya ketika itu, kenapalah saya setuju ikut pakcik saya ni? Tapi tu la, demi upah maka saya sanggup, padahal saya tak terfikir pun akan berhadapan dengan perasaan ni semua.

Sebaik sahaja saya turun... saya dah mula rasa aura seram. Tiba-tiba seluruh tubuh saya meremang. Saya cuba kawal perasaan. Saya pun buang air kecil. Tengah-tengah kencing, makin seriau saya rasa. Kepala saya seperti mengecil rasanya. 

Kemudian kepala ni rasa nak mendongak dan sebaik sahaja saya tengok atas tiba-tiba saya nampak ada bayangan lembaga besar hitam atas kayu balak tu, mata merah menyela merenung ke arah saya. Allahu`Akbar!!! 

Kencing saya jadi tak lawas, terketar-ketar lutut saya jadinya. Errrrrr! Cepat-cepat saya panjat naik masuk dalam lori. Halus sehalus-halusnya kepala saya.

Ketika aku tengah kelam kabut dan ketakutan, pakcik siap bertanya, “Dah beres ke?” Mana ada beres, aku nampak hantu! Sepatutnya dia temankan aku, ni tak... tunggu dalam lori je. 

Lidah saya automatik terkunci, tak bercakap apa-apa. Saya terbungkam dan tidak memberitahu kepada pakcik tentang apa yang saya lihat. 

Sepanjang perjalanan perasaan saya langsung tidak tenteram gara-gara terbayangkan benda tu seolah-olah sedang memerhati. 

Itulah pertama dan terakhir saya ikut pakcik saya tu. Selepas insiden tersebut, pakcik saya pernah mengajak lagi saya ikut dia, tapi saya menolak ajakan itu. Serius saya serik.

Sekarang semua tu dah berlalu hanya tinggal kenangan, tapi saya macam fobia bila nampak lori treler, mesti jadi teringat akan lembaga hitam tu. Macam hantu raya pun ada. Aduh! Trauma rasanya.


Terima kasih sudi membaca kisah ini, lain waktu saya akan bercerita lagi… jumpa lagi. Jangan lupa follow blog aku okay dan kongsikan kepada kawan-kawan akan halaman blog ini. Terima kasih sekali lagi.

Penulis: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kisah Seram Jadi Kelindan Lori"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK