Kisah Gangguan Di Lebuhraya


Pada suatu hari, aku pergi di pantai, rasa nak minum air kelapa Pok Nik yang berniaga tepi jalan depan sekolah menengah. Tidak berapa lama aku di situ duduk minum-minum air kelapa, aku pun ternampak kelibat Wadi. 

Eh! Dia ni balik kampung tak beritahu aku pun, soal hatiku sendiri. Wadi melangkah mendekati gerai Pok Nik dan dia tak perasan aku ada duduk lepak di bahagian belakang gerai tu.

Aku pun lambai-lambai tangan, dia terjenguk-jenguk barangkali terfikir siapalah yang lambai kat dia tu agaknya ya. Maklumlah lama tak jumpa, kalau berborak pun hanya dalam telefon. Aku pun betulkan kedudukan kacamataku lalu bangun dari duduk. Pok Nik pulak sibuk bakar satey.

"Kau balik tak bagitau aku ek...?" Soal aku pergi dekat sebelah dia selepas bersalaman. Dia cakap... balik pun cuma sekejap saja ada urusan keluarga. Aku pun tanyalah isteri dan anak-anaknya mana, lalu jawabnya ada di pantai tu. Oh!

Kami bertanya khabar dan dalam pada itu juga aku pun selit soalan kat dia, tak ada cerita seram ke nak share kat aku? Alang-alang aku dah tanya tu, dia pun beritahu ada. 

Katanya masa dia dalam perjalanan balik ke kampung ni, tayar keretanya pancit dekat highway. Terpaksa berhenti di bahu jalan untuk gantikan tayar. Masa tu tengah-tengah malam buta. 

Anak dan isterinya pula semua dah tidur dalam kereta. Ketika itu mujurlah dipandu dalam keadaan berhati-hati, kalau dibuatnya tayar meletup masa sedang memandu, boleh terbabas, nahas jadinya.

Dia mulanya cuak jugak nak keluar dari perut kereta tapi kalau tidak digantikan dengan tayar spare, nanti tidak ke mana la dia jawabnya. Mahu atau tidak, kena gantikan juga. 

Dia malas nak bangunkan isterinya, tak nak diganggu katanya. Dia pun dengan berani-beraninya pergi turun. Tayar depan belah kiri keretanya yang pancit.

Kemudian dia melangkah ke belakang untuk mengambil tayar spare, dia gunakan lampu suluh dari telefon untuk terangi malam yang gelap. 

Sesekali ada kenderaan lalu dan ada yang bunyikan hon, dia tak tahu menahu pun apakah motif hon itu dibunyikan. Ada la beberapa kenderaan yang picit hon tapi dia buat biasa saja la...

Selepas tu dalam proses nak ganti tayar tu, tiba-tiba katanya bulu romanya meremang habis. Dia lawan perasaan tu dan buat selamba sambil berkata, 'Aku tak kacau kau, janganlah kacau aku...' Dia cepat-cepat buat kerja. 

Kemudian dia mendengar suara isterinya dari belakang, "Kenapa abang tak kejutkan saya?" Wadi terpaku, sambil menoleh, memang itu isterinya kemudian dia suluh pulak di bahagian hadapan dan tengok di dalam kereta lalu dia mendapati bahawa isterinya itu sedang nyenyak tidur. Jadi yang di belakangnya tu siapa???

Dia pun apa lagi, meligih (menggeletar) dan gemuruh jadinya lalu cepat-cepat pergi selepas siapkan ganti tayar. Rasa nak demam dibuatnya kena ganggu di lebuhraya. 

Wadi sindiri tindak mengetahui apakah benda itu yang telah menyerupai isterinya. Seram sejuk tetap dia rasa sepanjang perjalanan dan terpaksa kejutkan isterinya. Nampaknya Wadi telah punya pengalaman di lebuh raya. Mungkin ada di antara pengguna lain melalui perkara misteri seperti itu.

"Berani jugak kau?" Ujarku, lalu katanya terpaksa. Kemudian kami selesai borak, lagipun dia kena hantar air yang dibeli untuk keluarganya yang sedang menunggu di tepi pantai tu. Mereka duduk santai-santai. Kalau ada umur yang panjang, berjumpa lagi, Insya-Allah.


Tapi aku lupa nak tanya Wadi... benda tu ada ikut dia balik ke tak? Ish risau pulak aku.... harap-harap tak ada apa-apalah yang berlaku. Biasanya benda-benda tu sengaja nak menyakat orang kut. Sekian.

p/s: Terima kasih kerana sudi membaca kisah dariku untuk kali ini. Jangan lupa follow dan share, terima kasih sekali lagi. Jumpa lagi... - Rashid Salim

Like juga pages Rashid Salim di Facebook.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kisah Gangguan Di Lebuhraya"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK