Kisah Banglo Berhantu


Suasana begitu tegang, si isteri berlinangan air mata menfikan sekeras-kerasnya namun si suami tetap tak percaya. Cakaplah apa pun memang susah nak percaya lagi. Dia pegang dengan kata-kata yang itu bukan benihnya!

“Baik kau cakap! Anak siapa dalam perut kau tu?!”

“Abang! Ni anak kita bang, anak kita!”

“Mustahil!”

Pang! Tamparan dilepaskan ke muka isteri.

Terkejut aku mendengar cerita yang disampaikan Samsudin. Memek muka dia bersungguh dengan itonasinya sekali. “Lepas tu apa jadi Din?” Soal aku ingin tahu apa yang berlaku seterusnya pada suami isteri tu.

“Lepas tu Shid, dia ikat bininya pada kerusi. Bini dia tu meronta-ronta minta dilepaskan. Kemudian dia ambil air panas, terus disimbah ke muka.” Beritahu Samsudin. Mak aiiii! Zalimnya. “Meraung kesakitan.” Tambah Samsudin.

“Asal kejam sangat suami dia tu?” Soal aku rasa geram pulak dengan tindakan si suami yang tidak berperikemanusiaan itu.

“Sebenarnya tak kejam Shid... Tapak rumah tu ada benda tak kena.” Balas Samsudin. Boleh pulak kata tak kejam dah tu main simbah air panas segala tu apa cerita? Kejam la tu! Bini tengah mengandung kut. Lalu jawab Din, memang tengah mengandung tapi tu bukan anak suaminya. Anak orang lain.

“Apa pulak anak orang lain... Dah suami isteri..." Aku sengaja pertikai nak tengok reaksi Samsudin. Selepas tu dia pun beritahu bahawa si isteri itu telah dituduh melakukan perselingkuhan. Si suami pulak disahkan mandul, sebab tu tak percaya yang dalam perut tu adalah anaknya. Tambah pulak bila marah, macam-macam suara duk hasut datang membisik.

Aku tak sabar nak tahu bagaimana pengakhirannya. Samsudin pun sambung cerita, selepas disimbah dengan air panas, si lelaki tu pun tikam perut isterinya dengan pemutar skru berkali-kali sampai mati. Darah memancut-mancut.

Kemudian kejadian yang lebih pelik dan tragis lagi, suaminya itu meminum darah isterinya sendiri. Lalu Samsudin memaklumkan bahawa si suami itu sebenarnya telah kerasukan. Sudahlah ditikam dengan pemutar skru, dikerat-kerat pula isterinya itu seolah-olah sudah hilang kewarasan.

“Bila punya cerita ni Din?”

“Dah lama dah ni Din… dah lama sangat.”

“Apa jadi dekat lelaki tu?”

“Hilang entah ke mana tak dapat dikesan.”

“Sampai sekarang?”

Samsudin pun mengangguk. Seriau pulak aku rasa. “Dah tu bagaimana dengan banglo tu?” Soalku ingin tahu keadaan banglo tu sekarang ni apa yang berlaku.

“Terbiar Shid… tak ada siapa yang berani tinggal di situ lagi.”

“Dah tu mayat isteri dia tu siapa yang jumpa?”

“Pembantu rumah dia jadi saksi pembunuhan tu kejam tu.” Beritahu Samsudin, dan menurutnya lagi, pelaku tak dikesan malah yang didakwa adalah pembantu rumah tu pulak yang dihukum mati.

“Peliknya.”

“Memang pelik pun.”

“Confuse aku Din. Yang bunuh isterinya itu adalah suaminya, tapi yang dipersalahkan pembantu rumah…”

Samsudin pun jongket bahu. “Nak buat macam mana… adalah tu yang tak kena…” Jawab Samsudin.

“Aku syak pembantu rumah tu kut ada ilmu sihir jadikan si suami tu rakus dan zalim…” Ish! Aku teka je.

“Banyaklah kau…”

“Tak adalah… saja je…” Aku sengaja buat spekulasi. Tapi manalah tahu kut ada cerita di sebalik kejadian tu kan. Ya la, sekarang banglo tu dah kosong, jadi misteri lagi. Misteri yang tak terungkai.

Tapi tu la, tak semua kisah ada kesudahannya, kadang sesuatu dibiarkan tanpa jawapan untuk difikirkan bagaimana yang sebenarnya. Sakit pulak hati aku ni, sebab tak dapat tahu kebenarannya.

-Tamat-

Penulis: Rashid Salim
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

2 Responses to "Kisah Banglo Berhantu"

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK