Kanak-kanak maut digilis lori



Seorang kanak-kanak lelaki maut digilis lori treler yang membawa muatan batu bata. Jasad Amirul berusia 5 tahun berkecai di atas jalan raya.

Menurut bapanya, Yassir Abbas 29 beliau ketika itu sedang membuat pembayaran di sebuah kedai makan dan tidak menyedari ketiadaan anaknya di sisi.

Menurut saksi, Amirul secara tiba-tiba berlari menuju ke arah jalan raya dan seterusnya dirempuh oleh treler terbabit yang langsung tidak menyedari akan kelibat kanak-kanak malang itu.

Manakala menurut saksi yang lain pula berkata, ada seorang perempuan tua melambai-lambai ke arah Amirul dari seberang jalan seolah-olah sedang memanggil kanak-kanak itu.

Kejadian pelik itu disokong oleh pemandu lori berkenaan yang mendakwa ternampak kelibat misteri di seberang jalan berada dalam keadaan mencurigakan.

Pemandu terbabit sempat menoleh ke arah perempuan tua itu sebelum melanggar tubuh Amirul secara tidak sengaja dan mengikatkan kematian.

Apa yang anehnya, perempuan tua yang dimaksudkan tiba-tiba ghaib sebaik sahaja Amirul dirempuh lori treler berkenaan.

Hal yang lebih mengerikan adalah keadaan mayat Amirul sudah berkecai setelah diseret beberapa meter dan digilis beberapa kali.

Yassir Abbas yang terkejut dengan insiden itu terus bergegas melihat keadaan mayat Amirul yang sangat menyayat hati itu.

Bapa Amirul tidak dapat menahan rasa sebak sehingga rebah melutut di situ. Orang ramai yang ada di situ turut berkerumun melihat kemalangan ngeri tersebut.

Tidak lama kemudian, Yassir Abbas bangun dan terus mengutip ketulan daging yang berdarah itu. Jalan raya menjadi sesak kerana mereka ingin melihat kejadian yang berlaku.

Satu demi satu ketulan daging dikutip oleh Yasir Abbas yang masih lagi terkedu dengan keadaan itu. Dia seolah-olah tidak menyangka akan perkara ini menimpa anaknya Amirul.

Ibu Amirul meroyan

Setelah kehilangan satu-satu anaknya iaitu Amirul, seorang ibu bernama Rohani Hassan 28 tidak dapat menerima kenyataan itu. Beliau yang ketika kejadian berlaku berada di dalam tandas di kedai berkenaan.

Walau bagaimanapun di dalam tandas dia sudah terdengar suara pelik sudah membisik-bisik di halwa telinganya.

Rohani Hassan mendengar satu suara berkata, nyawa anakmu sebagai ganti. Dia yang terkejut itu terus berasa meremang seluruh tubuh.

Usai itu dia segera keluar dan mendapati orang ramai sudah berkerumun di jalan raya. Dia tidak menyangka sama sekali yang mati itu adalah anaknya.

Dia terus berlari dan terkejut melihat kepala Amirul dipeluk oleh suaminya sudah terputus dari badan. Lagi pula badan Amirul telah hancur berkecai. Segala sendi menjadi lemah lalu membuatkan Rohani Hassan pengsan serta merta.

Setiap malam dengar suara Amirul menangis

Setelah tragedi itu berlalu, pasangan itu mendakwa sering mendengar tangisan Amirul. Kehidupannya dihantui suara tersebut.

Rohani Hassan pula kadang-kadang ketawa, kadang-kadang menangis. Puas Yassir Abbas ikhtiar berubat tetapi keadaan isterinya tetap begitu.

Dia sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan. Memang sukar hendak melupakan peristiwa itu tetapi Yassir Abbas kena reda dengan ketentuan itu.

Dia sangat berharap agar isterinya juga menerima hakikat itu tetapi malangnya semakin lama keadaan isterinya semakin teruk. Sehingga kurus kering tubuh Rohani Hassan. wajah Rohani Hassan pula semakin buruk.

Sehingga suatu hari Rohani Hassan tidak lagi dapat bangun dan hanya terlantar sakit. Yassir Abbas menjaga isterinya di rumah siang dan malam. Dan pada suatu malam, dia terhidu bau yang sangat busuk.

Tubuh Rohani Hassan semakin busuk

Bau tubuh isteri Yassir Abbas sungguh busuk. Apabila dibelek di bahagian belakang tubuh isterinya itu, rupa-rupanya sudah berulat.

Tetapi mata Rohani Hassan masih berkelip-kelip seolah-olah langsung tidak sakit. Semenjak akhir-akhir ini selera makannya sangat luar biasa. Sering meminta makan. Tidak bercakap soal lain tetapi apabila lapar, hanya perkataan makan sahaja akan disebutnya.

Melihat keadaan isterinya sudah bertambah serius. Yassir Abbas pergi membawa isterinya berjumpa doktor, malangnya doktor kata isterinya kena penyakit kencing manis. Keadaan kencing manis isterinya sudah kritikal dan tidak boleh dirawat lagi.

Isterinya sudah mati

Cerita tentang keadaan Rohani Hassan tersebar dan menarik perhatian Awang Fateh. Jesteru itu Awang Fateh mahu menolong dan menawarkan khidmatnya.

Awang Fateh datang bertemu dengan Yassir Abbas dan memberitahu bahawa Rohani Hassan sebenarnya telah pun meninggal dunia.

Namun Yassir Abbas tidak percaya dengan kata-kata Awang Fateh dan mengatakan bahawa Awang Fateh sengaja hendak memburukkan keadaan.

Tetapi secara baik Awang Fateh memaklumkan bahawa dia tiada niat buruk. Apa yang berlaku semenjak kejadian kematian anaknya si Amirul ada kena mengena dengan saka.

Terkejut dengan ucapan itu, Yassir Abbas mahu Awang Fateh buktikan bahawa isterinya itu sebenarnya sudah lama mati. Lalu Awang Fateh pun berpesan supaya Yassir Abbas reda dan menerima dengan hati yang tenang.

Jasad terapung

Awang Fateh duduk bersila sambil menghadap tubuh Rohani Hassan yang terbaring kaku di atas tilam. Baunya memang sungguh busuk, dan ulat-ulat jelas terlihat. Kulit muka Rohani juga memburuk dan ada ulat.

Namun mata tetap sahaja terbuka dan berkelip-kelip. Mulut masih ternganga seolah-olah meminta makan. Mulut Awang Fateh kumat kamit membaca ayat.

Sejurus kemudian dia menepuk kedua-dua telapak tangannya ke lantai rumah. Serta merta jasad Rohani Hassan terapung setinggi sekaki dari tilam.

Terkejut Yassir Abbas menyaksikan hal tersebut. Lalu Awang Fateh berkata, isterimu telah mati, ini bukan isterimu lagi, ini adalah saka keturunannya.

Saka ini juga penyebab kematian anakmu. Isterimu sendiri tidak pernah tahu bahawa dia mewarisi saka keturunan, ujar Awang Fateh.

Tidak lama kumudian, perkara aneh telah berlaku. Tiba-tiba terlalu banyak belalang kepala tirus keluar dari mulut Rohani Hassan yang ternganga itu.

Belalang-belalang itu terbang mahu menuju keluar dari rumah. Dengan segera Awang Fateh bangun dan melemparkan sesuatu dari genggaman seperti debu menyebabkan kesemua belalang-belalang itu hangus terbakar. Barangkali itu belalang-belalang yang menjadi tunggangan pelesit.

Dengan segala ilmu yang dimiliki, Awang Fateh dapat memusnahkan saka pelesit yang bersarang di dalam jasad Rohani Hassan. Selama ini Yassir Abbas tidak pernah rasa sesuatu yang pelik dengan isterinya.

Lalu Awang Fateh pun berkata, memang orang yang terdekat dengannya tidak akan pernah merasakan keganjilan kerana terikat dengan kasih sayang.


Mimpi Amirul tersenyum

Biarpun isterinya dan anaknya telah pergi. Yassir Abbas meneruskan kehidupannya. Dia pernah bermimpi anaknya Amirul tersenyum kepadanya. Dia juga mendoakan agar roh isterinya juga dicucuri Rahmat Ilahi.

Semenjak itu, tiada lagi gangguan dalam hidupnya. Suara tangisan tidak lagi didengari. Dia kini bebas dari dibelenggu igauan ngeri mesti pun bayangan akan kematian anaknya itu masih segar diingatan.

Ditulis oleh: Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Kanak-kanak maut digilis lori"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK