Cara ringkas buat eBook PDF percuma

Cara ringkas buat ebook pdf percuma

Seronok sebenarnya dapat buat ebook. Lagipun ia tidaklah sesukar yang disangkakan. Memanglah awal-awalnya rasa payah sebab tidak mengetahui bagaimana cara untuk memulakannya. 

Terdapat banyak cara untuk menghasilkan ebook tetapi ia terserah anda untuk menghasilkan ebook yang bagaimana. Maksud saya ebook tentang apa.

Terdapat beberapa cara untuk buat ebook tetapi saya kongsikan ebook yang biasa saya buat dan gunakan. Ia cukup mudah bagi amatur seperti saya. 

Platform yang mudah dan sangat senang dan percuma adalah dengan menulis di Microsoft Word. Namun begitu, ia bergantung kepada keselesaan seseorang. 

Ada juga yang menggunakan software lain selain Word. Ia terpulang. Cuma saya kongsikan cara kuno saya yang ketinggalan zaman ni tetapi saya selesa dengannya.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memikirkan tentang idea. Apa yang hendak anda sampaikan. Apa yang ingin anda tulis dan kongsikan kepada pembaca-pembaca anda. 

Jika saya, kebiasaannya saya suka menulis cerita fiksyen seperti novel atau cerpen. Ada juga saya menulis ebook tentang non-fiksyen mengenai ilmu penulisan seperti Ebook Tulis Sahaja

Selain itu saya juga menulis tentang kisah hidup dalam Taubat Budak Skinhead. Manakala untuk cerita, saya buat ebook Influencer, kisah seram thriller.

Semua itu saya menggunakan Miscrosoft Word lalu saya menukarkannya ke format PDF. Caranya mudah sahaja. Setelah anda menulis, anda perlu convert atau simpan file tersebut ke dalam format seperti berikut.

File >>> Save As

Save as type >>> PDF


Sekiranya anda seorang yang kreatif, maka anda bolehlah mencorakkan pelbagai bentuk atau variasi di dalam penulisan anda itu. 

Sama ada anda hendak menambah grafik atau sebagainya. Itu semua memerlukan sentuhan daya kreativiti anda sendiri. Ia terpulang kepada anda mencorakkannya.

Mengenai bahagian kulit pula, sekiranya anda berkemahiran menggunakan software seperti Photoshop dan lain-lain maka anda sudah jimat dari mengubah orang lain membuat bahagian covernya. 

Jika sebaliknya, ada boleh membuatnya secara mudah sahaja menggunakan Micrcsoft Word juga berpandukan kreativiti anda tersendiri.

Mengapa saya tidak menceritakan bagaimana untuk melindungi karya anda? Kerana saya tidak mahu memeningkan kepada anda. 

Saya ingin anda bersemangat untuk menulis ebook anda terlebih dahulu dan tahu bagaimana untuk menyudahkan penulisan anda.

Langkah seterusnya

Anda boleh mendaftar ebook anda bagi mendapatkan ISBN. Sebenarnya ia untuk melindungi karya anda sekiranya terdapat plagiat atau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan maka anda boleh mendapatkan keadilan. Karya anda dilindungi di bawah hakcipta.

Bagaimana untuk mendaftar ISBN? 

Insya-Allah, jika ada kelapangan, saya akan terangkan di posting yang akan datang. Buat masa sekarang ni anda perlu selesaikan misi menulis ebook pertama anda terlebih dahulu. 

Sekiranya anda berjaya maka anda boleh meneruskan langkah seterusnya sebelum anda menjana pendapatan dengan penulisan ebook anda tersebut.

Langkah berikutnya

Sesudah anda save file anda ke dalam bentuk PDF, itu belum dikira selamat untuk anda benarkan sesiapa memilikinya. Ia belum siap sepenuhnya. 

Namun jika untuk simpanan anda tidak mengapa. Format PDF ni mesra mobile. Jadi file tersebut boleh dibaca melalui telefon pintar dan di mana jua.

Sangat diakui, menghasilkan Ebook tidak memerlukan modal yang besar tetapi memerlukan idea yang bernas, baik dan segar serta memerikan manfaat kepada pembaca. 

Ebook yang dicari pembaca ada ebook yang baik yang memberikan impak yang sangat besar. Jadi untuk menghasilkan ebook yang berkesan adalah memerlukan cabang ilmu dan pengalaman anda. 

Maka untuk ebook pertama anda, tulislah tentang apa yang dekat dengan anda,  dan apa yang anda tahu dan apa yang pembaca perlu. Kongsikan.

Berapa banyak halaman untuk ebook?

Ia tidak spesifik, tetapi cukup dengan padat dan kemas. Malah ada sahaja ebook yang dijual dengan sebanyak 7 halaman sahaja, itu pun harga cukup mahal kerana kandungannya yang sangat diinginkan.

Bagaimana untuk meletakkan password pada file ebook?

Anda boleh meletakkan kata laluan untuk ebook anda sebagai langkah keselamatan. Anda perlu membuka semula file yang anda simpan tadi ke dalam software PDF-Viewer. 

Sekiranya belum ada, maka eloklah anda muat-turun terlebih dahulu software tersebut.


Software ini bila anda buka, anda boleh setting password yang anda ingini sebelum anda hantar kepada pembaca anda. Kiranya anda perlu generate password terlebih dahulu.

File >>> Document Propertiest


Securtity >>> Password Security


Require a password to open the document
Require a password to change permissions fot the document


Kemudian klik OK. Selesai.

PERINGATAN : Jangan lupa kata laluan yang telah anda isikan. Jika tidak anda perlu mengulanginya semula.

Bagaimana? Adakah sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu anda bagaimana untuk membuat ebook? Walaupun tidak dapat membantu banyak, namun harapan saya sedikit sebanyak dapatlah membuka ruang untuk anda berkarya dan menghasilkan ebook sendiri.

Anda masih keliru dan tidak tahu untuk bermula? Saya sarankan anda untuk mengikuti insan hebat ini untuk mengetahui langkah-langkahnya. 

Beliau yang saya maksudkan adalah Tuan Wan Zayuhisham Wan Yusoff. Beliau menganjurkan kursus seni tulis ebook bagi membantu penulis membuat ebook.

Selamat menulis....

Terima kasih kepada anda kerana sudi membaca artikel ini. Kongsikan sekiranya bermanfaat...
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Cara ringkas buat eBook PDF percuma"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK