Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 7 Flat


Tragedi yang menimpa keluarga Rusdi sangat mendukacitakan. Bayi perempuan yang berusia 5 bulan telah dicampak dari tingkat 7 oleh Mariana ibu kandung kepada bayi malang terbabit.

Mariana dikatakan melakukan tindakan tersebut setelah mendengar satu suara yang menyuruhnya bertindak sedemikian. Dia tanpa berfikir panjang terus mencampakkan bayi itu melalui koridor rumah flat.

Rusdi yang ketika itu baru pulang dari kerja, tidak sempat menghalang. Tindakan Mariana mencampakkan anaknya adalah berlaku di hadapan matanya sendiri. 

Terkejut dengan tindakan itu, dia segera turun dan melihat keadaan Nur Amira yang sudah berkecai di lantai bawah.

Tempurung kepala Nur Amira pecah dan otak terkeluar dari sarangnya, manakala bebola mata pula turut terjuntai. Keadaan mayat Nur Amira sangat menyayat hati. 

Mereka yang berada di bahagian bawah terkejut dan beranggapan ada orang membuang sampah dari tingkat atas, tetapi tidak menyangka bahawa yang dibuang itu adalah bayi.

Setelah menyedari kejadian tersebut, mereka segera menghubungi pihak polis dan menyebabkan Mariana ditangkap dan didakwa kerana membunuh. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan. Namun setelah diselidiki dan dirujuk kepada pakar, Mariana ada tekanan jiwa.

Menurut doktor, Mariana mengalami penyakit Skizofrenia iaitu mendengar suara-suara halus dan sering menyuruhnya melakukan perbuatan yang pelik termasuklah membunuh anaknya sendiri.

Pada awalnya Mariana sukar memberikan kerjasama namun setelah diagnosis dilakukan maka pihak hospital merumuskan bahawa Mariana menghidap penyakit sedemikian. Beliau kini ditahan dalam wad tahanan sakit mental.

Beberapa hari selepas insiden tersebut, flat berkenaan telah dihantui dengan suara tangisan bayi. Ada yang terserempak dengan seekor makhluk aneh dan pelik di tempat di mana Nur Amira mati.

Pada waktu tengah malam, mereka yang lalu dekat kawasan bawah itu tiba-tiba berasa meremang dengan sendiri seolah-olah ada sesuatu yang sedang berdiri di belakang. Kemudian ada yang merasakan sedang diperhatikan.

Menurut Rusdi pula, ketika waktu malam dia sukar hendak lelapkan mata bila mengenangkan keadaan tersebut. Isterinya masih ditahan di wad mental, dia pula keseorangan di rumah. 

Kadang terdengar-dengar suara anaknya menangis. Dia sukar menerima takdir itu anak mati dalam keadaan sedemikian rupa. Kadang terfikir, apalah dosa anaknya sehingga menerima nasib sebegitu.

Sehinggalah pada suatu detik, dia terdengar-dengar suara gelak ketawa seperti menyindir dirinya. Dia juga seperti terdengar-dengar ada orang sedang bercakap-cakap di ruang tamu. Lalu dia pergi untuk melihatnya dan ternyata dia ternampak ada 'sesuatu' di situ.

Makhluk hitam aneh bermata merah berdiri di sudut rumah merenung ke arahnya. Rusdi tidak berkutik, dia tercegat tidak dapat bergerak seolah-olah seluruh tubuhnya terkunci. Hanya matanya memandang tepat ke arah makhluk yang dirasakan adalah jahat.

Seluruh tubuhnya terasa kebas, andrenalin dalam badannya mengalir laju. Degupan jantungnya pula sangat pantas. Debaran kian terasa. Dia tidak dapat berbuat apa-apa selain menyerahkan takdir hidupnya kepada Allah semata-mata.

Dia cuba kuatkan semangatnya dan membawa ayatul kursi beberapa kali. Dia kentalkan hatinya mestipun dia sedang gemuruh. Dia cuba dan cuba namun makhluk itu seperti tidak berganjak. 

Mungkin ada salah dalam bacaannya. Mungkin kerana terlalu takut, barangkali bacaannya tersilap. Kali berikutnya dia membacanya dengan betul-betul. Alhamdulillah, makhluk itu ghaib.

Kerana khuatir keadaan berterusan, maka dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan orang yang arif berkenaan hal tersebut dan menceritakan apa yang berlaku. 

Seterusnya Ustaz Huzairi dibawa datang ke rumah. Dan situlah Rusdi mendapat tahu bawah ada sesuatu yang tidak beres.

Ustaz Huzairi memaklumkan bahawa ada sihir jahat telah dihantar untuk mengganggu keluarga ini. Dan orang yang terkena sihir itu adalah Mariana. 

Katanya lagi, sihir yang dihantar adalah untuk memusnahkan keluarga Rusdi kerana benci dan dendam. Boleh jadi kerana cemburu.

Rusdi memberitahu bahawa isterinya tidak menunjukkan tingkah aneh, tetapi kenapa anaknya menjadi mangsa? 

Lalu Ustaz Huzairi menjawab, sihir ini kuat sehingga mangsa bertindak drastik. Boleh jadi Mariana ketika itu tidak dalam suci dan tiada pendinding diri.

Rusdi ingin tahu siapa yang berbuat begitu namun Ustaz Huzairi tidak memaklumkan akan siapa tetapi dia hanya menyatakan setakat itu sahaja. Selebihnya terpulang pada Rusdi sendiri.

Kini Rusdi hanya berdoa agar isterinya selamat dan terlepas dari hukuman kerana dia percaya akan apa yang berlaku bukan dari kehendak isterinya sendiri. Di dalam hati kecil Rusdi tetap bersedih kehilangan satu-satu anaknya.

Setelah Ustaz Huzairi membuang sihir itu, gangguan di flat itu lenyap buang masa ini. Untuk masa akan datang, tiada siapa pun tahu kerana permainan sihir ini tetap berlaku selagi masih wujud hati-hati yang hitam. Sekian.

Ditulis oleh: Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Ibu Campak Bayi Dari Tingkat 7 Flat"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK