Adakah Menulis Di Blog Masih Relevan?


Persoalan ini bermain di dalam fikiran sewaktu saya mahu kembali aktif berblogging di tahun 2021 ini. Kenapa? Tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan media sosial seperti Facebook, Twiter, Instagram, Tiktok dan sebagainya lebih diberikan tumpuan berbanding blog yang dikatakan sudah ketinggalan zaman.

Bagi saya yang suka menulis, pada sepuluh tahun dahulu saya aktif berblogging dan banyak menulis di blog namun saya tinggalkan sejak terjebak dengan Facebook serta email saya untuk blog saya itu telah dihack. Sedih juga.

Saya pun menulis di Facebook untuk berbagi cerita. Cuma lama kelamaan saya rasa ada sesuatu yang kurang, iaitu untuk mencari semula karya-karya saya itu ia sangatlah menyulitkan.

Tambahan pula menulis di Facebook memang mudah mendapat perhatian cuma ia bergantung pada sesebuah content.

Tetapi, menulis di Facebook tetap terikat dengan polisi dan peraturan Facebook sendiri yang sentiasa berubah-ubah. Maklumlah Facebook bukan milik kita.

Konten Di Facebook Tidak Tersusun

Saya baru sahaja mengambil keputusan untuk membina semula blog ini dan berkarya di sini agar memudahkan pembaca-pembaca saya mencari tulisan-tulisan saya.

Apabila saya sendiri nak cari dan susun pun senang, sebab sudah tersedia kemudahan tag, arkib dan sebagainya. Semua itu juga memudahkan pembaca mencari bahan. Blog lebih tersusun berbanding Facebook.

Diakui, memang blog kini agak ketinggalan zaman namun ia tetap releven selagi mana masih wujud orang yang suka membaca. Golongan-golongan ini tetap akan masuk membaca di blog kita selagi mana kita mengisi konten-konten yang menarik dan bermanfaat.

Disebabkan hal itu saya kembali menulis di blog dan berbagi cerita untuk pembaca-pembaca saya di sini. Saya mengumpul karya-karya saya di sini dalam satu tempat. Jadi bagi saya, menulis di blog tetap relevan di masa sekarang dan di masa-masa akan datang.

Mudah Dikesan Oleh Enjin Carian Google

Selain daripada itu, enjin carian di Google juga mudah mengesan maklumat yang ada berdasarkan penulisan blog yang baik. Lagi pun, SEO banyak mengesan penulisan-penulisan blog untuk berada di ranking cariannya berbanding media sosial.

Agak jarang penulisan artikel yang ditulis di Facebook mahupun media sosial yang lain berada di ranking utama dalam enjin carian Google. Kebanyakkan adalah dari penulisan di blog akan dipaparkan. Justeru itu, sekali lagi saya mengatakan bahawa menulis di blog masih kekal relevan.

Blog Tetap Evergreen

Walau bagaimanapun, kedua-duanya penting kerana blog dan media sosial saling memerlukan. Artikel-artikel mahupun kandungan-kandungan yang ada di dalam blog dapat dipromosikan juga kepada pembaca-pembaca baru yang berada di media sosial.


Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran traffic ke dalam blog dan sekaligus dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca sekalian. Hal ini memberikan impak yang sangat baik dan berguna di masa-masa yang mendatang. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

7 Responses to "Adakah Menulis Di Blog Masih Relevan?"

  1. Boleh juga menjana pendapatan dgn memasang iklan

    BalasPadam
  2. Tuan editor...boleh tak buat kontent tentang penyakit mental skizofrenia kerana ramai rakyat malaysia belum ada kesedaran pasal penyakit mental ni

    BalasPadam
  3. Orang cakaplah apa pun, bagi saya blog tetap relevan. Selagi ada search engine, selagi itulah blog itu relevan.

    BalasPadam
  4. Ya.. ada pro dan con.. tapi yang pasti blog akan selalu ada dan senang nak rujuk

    BalasPadam

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK