Ada Kelibat Depan Tingkap


Aku nak kongsi sikit berkenaan pengalaman aku jadi penulis. Sebelum ni aku pernah tulis novel genre cinta dan komedi. Cuma menulis kisah seram aku tak berapa reti sangat. 

Tapi sejak akhir-akhir ini timbul pula minat menulis cerita-cerita seram dan mistik ni. Tambah pula ada beberapa insiden yang aku alaminya sendiri.

Aku cerita serba sedikit macam mana aku boleh terjebak tulis kisah seram ni. Ia bermula ketika aku selalu nampak kelibat melintas-lintas depan mata. Kerap juga la benda tu terjadi. 

Perasaan tu muncul. Maksud aku perasaan takut. Aku cuba la nak coretkan perasaan tu melalui penulisan. Aku lepaskan perasaan tersebut dekat media sosial. Aku cuba la tulis nak buat buat buku tapi tak berjaya sebab aku tak berapa pandai nak tulis kisah seram panjang-panjang.

Kemudian tu aku berjinak-jinak la tulis cerpen secara komplot bersama penulis lain di bawah Penerbitan Pena Padu Press. 

Pada tahun 2018 maka terbitlah buku antologi pertama aku iaitu Pawagam yang reka kulitnya aku ciptakan untuk penerbitan tersebut berdasar imej yang pernah muncul dalam bayangan jadi aku pun edit lah gambar tu. 

Aku berkhayal memikirkan tentang hal-hal aneh. Seterusnya ada beberapa naskah lagi bersama mereka di antaranya tema Teksi, Asrama, Pejabat dan Syaitan. Sempat juga beberapa kulit buku aku ciptakan buat penerbitan berkenaan.


Antologi Seram Pawagam

Selepas dah puas tulis cerpen, rasa nak cuba tulis buku solo pula. Tapi otak masa tu takut jugak nak tulis sebab bimbang tak berjaya menyudahkan buku tersebut. Bukan senang sebab tulis novel ni panjang tak macam tulis cerpen. Cerpen pendek je.

Dapatlah idea tulis cerita Perigi Lama Nek Mah, share dekat facebook dan pembaca suka. Akhirnya dapat jadi buku. Pada tahun 2020 ia siap dicetak oleh pihak Penerbitan Pena Padu Press. 

Terima kasih buat penerbitan Pena Padu kerana sudi menerbitkan karya aku. Walaupun macam-macam halangan yang muncul tapi siap juga dicetak dan dipos kepada pembaca-pembaca aku.



Dari situlah bermulanya semangat aku untuk terus menulis dan seterusnya buku Buruk pula dilahirkan. Bermacam-macam halangan aku hadapi nak siapkan naskah ini tapi aku hadapi ia dengan tenang. Sampai ada termimpi-mimpi akan makhluk pelik. Seolah-olah aku yang berhadapan dengan benda yang ada dalam novel ni.

Bahaya juga bila imaginasi menguasai diri. Sehinggakan membuatkan perasaan terbawa-bawa. Kalau terperangkap di dalam dimensi tersebut, boleh meroyan jadinya. 

Minta-minta la selepas ni segalanya selamat. Namun aku syukur di atas penerimaan pembaca terhadap naskah Buruk. Terima kasih kepada pembaca-pembaca aku yang tersayang...



Setelah buku Buruk direlease, aku menulis lagi cerita seterusnya iaitu Ratisya. Macam tak serik-serik lagi aku ni kan selepas kena ganggu ketika menulis buku seram sebelum ni? Nak buat macam ni rasa macam seronok pulak. Buku ni pun siap dicetak pada tahun yang sama, tahun 2020. Jadi pada tahun tersebut tiga naskah buku aku diterbitkan. Syukurlah.



Sini aku nak promosi tulisan aku yang satu lagi, tapi bukan buku fizikal, ia adalah buku digital atau ebook. Judul Influencer. Genre Seram Thriller dan Mistik. 

Ia sebuah kisah pembunuhan tragis ke atas para Influencer yang berpengaruh di media sosial. Ia dilakukan oleh seseorang yang mempunyai motif. 

Pembunuhan yang dilakukan adalah secara langsung melalui video live sambil disaksikan oleh follower-follower Influencer berkenaan. Harganya cuma RM10 sahaja. Mampu milik. Aku masih jual lagi sehingga kini. Mari baca.



Berminat??? whatsapp aku segera 017-9193204 atau klik DI SINI


KEJADIAN KETIKA MENULIS CERITA SERAM

Suara Memanggil Nama

Mari aku ceritakan lagi tentang hal yang terjadi ketika menulis buku. Ketika aku menulis Pergi Lama Nek Mah, aku dengar-dengar orang panggil nama aku. "Rashid........" Nama aku di seru beberapa kali. Aku toleh sebab nak intai kut ada sesiapa. Tapi tak ada.

Suara tu panggil-panggil aku. Seolah-olah 'benda' tu sibuk memerhatikan aku yang lagut menaip. Tengah-tengah malam tulis, untuk dapatkan feel. Lagipun pada waktu malam lebih sunyi tanpa bunyi bising. Lebih tenang untuk menaip. Tak sangka bila malam semakin larut, semakin benda tu nak mengarut.

"Rashid....."

Ish!

Bulu roma aku memang auto tegak. Merinding habis. Kepala aku mengecut sahaja. Meremang jadinya. Jantung berdebar-debar. Memang rasa tak selesa. Kata orang kalau nak menulis cerita seram, kita kena rasa feel seram tu dulu. Tapi kalau dah seram tahap terkena gangguan, memang tak jalan kerjanya.

Ada Kelibat Depan Tingkap

Pada suatu malam tu, keadaan sunyi sangat. Sampai air paip menitis di singki pun kedengaran sangat menyeramkan. Tap tap tap tap... bunyi ia menitis. Malam kan sunyi... aku sendirian dekat ruang tamu sedang menaip cerita Buruk. Isteri dan anak-anak semua dah lena dibuai mimpi.

Ketika sedang menulis, aku membayangkan babak-babak seram dalam tu, sebab untuk tulis aku kenalah berkhayal, tapi khayalan tu membuatkan aku tenggelam ke dasar lautan imaginasi. Aku sendiri macam tak tahu aku ni sebenarnya berpijak di alam yang nyata atau mimpi?

Lama aku termenung, tiba-tiba rasa nak buang air. Aku bangun dari duduk, tiba-tiba kaki rasa macam kena cuit. Dah meremang seluruh tubuh. Kecut kepala. Apakah mungkin cuma perasaan aku saja? Mereka nak bergurau ni. Kata orang kalau dah tulis kisah mereka, memang mereka ni suka hadir.

Entah ya entah tidak aku tak pasti, ia seolah-olah menyeru mereka. Jadi aku pun gerak ke tandas. Tapi tu la, rasa macam diperhatikan sahaja. Bulu roma aku merinding semacam. Seram sejuk dibuatnya. Ketika aku lalu tepi tingkap naco tu terus ada kelibat putih melintas kat luar tu. Zapppp!!! laju. Terkejut beruk aku!



Kus semangat. Masa aku berpaling, rasa macam 'dia' ada di tingkap tu... aku pun dah tak mahu fikir banyak, tutup pc terus masuk tidur.

Jadi begitulah serba sedikit pengalaman aku. Ada masa nanti aku sambung lagi, Insya-Allah... terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Jangan lupa follow blog aku agar anda tidak terlepas entri yang akan datang. Sekian untuk perkongsian ini. - Rashid Salim.
LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK

0 Komentar untuk "Ada Kelibat Depan Tingkap"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 1

IKLAN

Iklan Tengah Artikel 2

IKLAN

Iklan Bawah Artikel

LIKE DAN FOLLOW PENULIS DI FACEBOOK